Tuesday, 25 December 2012

Percutian ke Impiana Resort Cherating, Pahang

Awal bulan ni, outstation ke Impiana Resort Cherating di Pahang..Instead of bringing my husband, saya buat keputusan untuk membawa mama pergi berehat di sana selama 3 hari 2 malam. Sementara saya pergi mengikut jadual mesyuarat yang ditetapkan, mama berehat dibilik seorang diri. Tengok mama sangat tenang, teman jalan-jalan di tepi laut, terasa beban hati yang mama pikul begitu berat. Hati terdetik semua benda yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Mama perlukan teman di rumah sebab itulah perjalanan bertukar ke Johor tidak dipermudahkan.. Ya Allah, hanya kamu yang mengetahui apa yang terbaik buat diriku dan keluargaku..

Terima kasih pada Azma yang rajin untuk melayan mama berbicara ketika masih di sana..Agak terkilan dengan sesetengah orang yang boleh dikatakan acuh tidak acuh dengan kehadiran kami di sana..Tapi biarlah, mungkin kerana mereka sudah terbiasa berada di dalam kelompok mereka sendiri sehingga lupa bagaimana untuk bereaksi kalau ada orang luar yang mahu menyertai..

Hari pertama, bertolak dari rumah pukul 11 pagi sebab dekat dengan highway Karak kan. So advantage disitu. Tunggu mama yang masih sibuk mengemas barang dan masih lagi mengemas rumah padahal semuanya dah kemas. Siap rajin prepare makanan lagi untuk anak-anak dia yang lagi 3 orang dah besar panjang yang boleh cari makanan sendiri. Itulah dia kasih seorang ibu. Nasib baik tak berjanji dengan sesiapa untuk pool car sebab dah tau dah confirm akan bertolak lambat. Singgah petronas beli bekalan makanan ringan macam roti, keropok,jus oren dll untuk mama waktu di resort nanti dan topup touch n go.

And here we go....

Mama tak tidur sepanjang perjalanan..menarik sebab mama pantang kena air-cond mesti mata dia dah berat..hehe..jangan marah ye mama.. <3 ..

Kalau nak exit, ikut Lebuhraya Pantai Timur ..Kiranya kita akan masuk terengganu dulu sebab Resort ni dekat dengan sempadan Pahang-Terengganu dan sebab itu jalan yang paling mudah..Tapi saya pinjam kereta MyVi adik sebab ada GPS.Mudah dan ringkas.. :) Lepas tu, ikut signboard menghala ke Jabur dan straight jer..Signboard untuk ke resort ni tak banyak jadi jangan risau kalau rasa tersalah jalan..selagi jalan yang diikuti tu betul, straight je sampai nampak signboard warna putih tulis Impiana Resort..Nak explain betul betul pun tak reti sebab saya pun ikut GPS je.. ^_^

Dah sampai n thanks to Sayuti dapat check in bilik awal sebab semua urus setia pun rupanya tak sampai sampai lagi..Belanja mama lunch dulu kat Coffe House..erk..Buffet RM 30 per person tapi tak sempat sebab dah pukul 2.30 time ni..Jadi order ala carte je..Saya order spaghetti dan mama order nasi goreng..Spaghetti dia sikitnya..lima kali pusing garpu dah habis...memang style hotel betul..dah la tengah kelaparan ni jalan jauh dari kl tak berhenti sebab takut salah jalan..Nasib baik tempat ni cantik dan sesuai untuk hilangkan stress bersama keluarga. Bilik dia pun best..Rasa rugi plak tak bawa husband..hehe..

Kesian plak kat mama sebab sesorang kat bilik..kalau adik  ikut, boleh teman mama pergi jalan-jalan kat pekan..Tapi apa nak buat, saya kat sini hanya menjalankan tugas sahaja.

So, tempat yang wajib pergi kalau datang sini .. sempat singgah 3 tempat je waktu nak balik kl..

Kedai Bawah Pokok

Ini bos saya yang bagi nama..hehe..dia kata tempat ni punya sata yang paling the best.Tapi selalu habis cepat. Selalu tak sempat nak rasa kat sini. Kalau hari Jumaat pun,  dia start pukul 2 lepas solat Jumaat. Jadi memang tak sempat la nak rasa kat sini.Dari Impiana Resort, belok kanan dan jalan straight je menuju ke KAMPUS INTAN Wilayah Timur (INTIM) tapi selepas traffic light nak masuk selekoh ke INTIM tengok sebelah kiri, ada kerusi meja yang tersusun betul betul  bawah pokok. Kalau sempat rasa sata kat sini, bagitau lah rasa dia macam mana ye..

Aziz Sata

Macam kedai makan yang ada jual sata yang sedap. Ramai orang yang datang ke sini kalau nak beli sata sama ada untuk makan kat sini atau pun bawa balik.. Okey.Dari Kedai Bawah Pokok tadi, jalan straight dan belok kiri. Kedai Aziz Sata ni beratapkan zink yang berwarna kuning. Kalau tak silaplah. Kedai ni ada kat sebelah kanan jalan betul betul kat tepi jalan..Macam-macam ada kat sini, sata, pais ikan,pais sotong,keropok lekor.masakah panas pun ada..Singgahla ye..

Mama borong sata sampai 100 biji bawa balik kl sebab ada kengkawan dia yang order.. Sebenarnya waktu order, mama ckp 50 tapi tak cakap pun 50 biji ke RM50. Jadi dah confuse, dah alang alang tu, order je RM50 = 100 biji. Sampai rumah pun habis licin dalam beberapa jam je bagi kengkawan dengan makan sendiri.

Keropok Lekor Cap Intan

Kat sini plak, tempat beli keropok lekor. Macam-macam brand rupanya yang ada kat sini. Kenapa cap Intan? sebab kawan yang rekomen. Tempat lain tak sempat nak rasa. Lain kali la rasa tempat lain punya..satu keropok lekor 50 sen je tapi dah siap packing. 1 pack ada 10 batang jadi total RM5 je..
Habis 3 hari kat sini. Saya yang drive kereta balik kl. Mama dah selamat tidur tapi baru keluar tol dah salah jalan sebab confident tak nak on GPS ..Sekali ikut signboard yang ntah hapa hapa ikut jalan lama rupanya..daripada pukul 1 akhirnya sampai rumah dalam pukul 5..Singgah RnR sebab dah mengantuk sebenarnya, solat dan makan kejap pastu baru sambung balik perjalanan.

Seronok tengok mama pun happy jugak..Thanks mama sebab temankan mira 3 hari ini...

Sunday, 23 December 2012

Persiapan Menerima Kehadiran Ahli Keluarga Baru

Dah lama tak menulis entry baru rasanya.Menempuh kehidupan baru Fasa Pertama sudah selesai. Next big step is coming. Tapi yang paling sedih adalah sampai sekarang belum dapat arahan nak transfer untuk tinggal bersama-sama dengan suami. Masih tinggal di rumah bersama keluarga, jadi tak banyak perbezaan kecuali sudah bergelar isteri dan tak lama lagi akan bergelar mummy.. :)

Enough with sad stories....Haip..

Sekarang usia kandunganku dah berusia 33 minggu. Dah tak lama lagi dah. Risau mana lah tahu tiba-tiba plak nak keluar awal ke.Satu barang baby pun tak beli lagi ni.Mula-mula memang dah rancang nak beli Bulan Disember. Ye lah..Kan ada Christmas n Year End Sale, jadi target mesti ada banyak sale barang-barang baby. Tapi semalam dah pergi survey 5 tempat, rasanya tak adalah diskaun banyak sangat, tu pun untuk barang-barang yang tertentu sahaja. Yang Pasti, semua tempat ada barang-barang yang tertentu yang dah berkenan di hati dengan harga yang cukup berbaloi.

Tempat Pertama - Manjaku Taman Sri Gombak

http://www.babymanja.com/t1/retail-store.php
disunting dari http://www.babymanja.com/t1/retail-store.php
Tempat wajib sebab paling dekat dengan rumah. Tengah buat Sale dan banyak pilihan yang menarik. Waktu sampai sini, rasanya tengah terima stok baru kot sebab semua staff tengah sibuk. Tapi tak berapa concentrate sangat sebab first time tengok barang baby memang blur nak beli yang mana satu. Akhirnya buat keputusan kita tengok semua tempat dulu :)

Tempat Kedua - One Baby World (http://www.onebabyworld.com)

Tempat ini jual online sebenarnya tapi dia ada kedai di Taman Permata atas Old Town White Coffee, tingkat 3. Tapi jangan risau, ada lif ye kakak-kakak, abang-abang dan lif tersebut is in good condition. Bila masuk je, WOW. Semua yang diperlukan oleh mummy ada ditempatnya dan sangat teratur. Nak beli gift pun rasanya sini lebih banyak pilihan dan harganya sangat-sangat berpatutan. Selain itu, pakej-pakej untuk membeli breastpump mengikut kemampuan kita pun dah disediakan dan pembantu jualan pun sangat membantu.

Tempat Ketiga - SOGO

Orang sekeliling majoriti advise pergi SOGO, duduk situ satu hari dan shopping barang baby. Senang. Tapi sangkut ditengah jalan selama 1 jam sebab ramai umat ke Kuala Lumpur rupanya waktu ni. -_- ..Parking pun susah nak cari, sesorang plak tue. Parking la jauh sikit dekat depan Balai Polis. Tapi dipermudahkan, seberang jalan pun semua kereta bagi laluan..hehe..semua kesian tengok mummy-to-be seberang jalan sesorang kot..Sampai SOGO naik sampai aras 5 dan tengok tengok dulu. Tapi fikir balik dah alang-alang sangkut kat tengah jalan 1 jam, takkan nak keluar balik free-free je. Akhirnya, ambil bakul dan ambil je apa-apa barang yang ada tanda diskaun..hehe..tapi tak banyak sangat pun beli. Beli yang basic sahaja untuk preparation mana tau masuk hospital awal. Yang lain semua survey-survey harga je dulu. Tapi diskaun pun setakat beberapa sen sahaja. Tak berbaloi, ingatkan nak pergi MYDIN tapi dah tak larat. 

*selingan - Lapar dah nak pergi makan semua tempat penuh dengan bawa banyak barang shopping sesorang lagi, end-up pergi makan restoran yang ambil order je senang. Last last pergi Manhantan Fish kat tingkat bawah tue..Rezeki mummy-to-be juga kot.Makanan n Minuman sekejap je dah sampai tapi meja sebelah punya order tak sampai-sampai lagi..:) Terima Kasih ya.Macam faham ja Mummy-to-be lapar dan penat ..

Tempat Ke-Empat - Kedai Baby berdekatan dengan Kedai Ariani Wangsa Maju (lupala nama dia)

Niat datang sini sebenarnya nak singgah kedai Ariani, ternampak plak kedai baby. So singgah la. Terkejut sebab ramainya yang datang sini. Dan stok baru pun baru sampai je kot sebab ada banyak kotak-kotak dan rak pameran yang kosong. Tengok harga..Wow..sini so far yang paling murah buat setakat ni dan pilihan baju pun banyak. Tapi sebab ramai yang tengah beratur untuk buat bayaran, cuma survey survey je sebab malas nak beratur. Tapi rasanya akan datang sini lagi dengan suami :) ..

Tempat Ke-Lima - Carrefour

Harus la ke sini sebab dah dekat sangat. Saja cuci-cuci mata. Tak ada nak review apa-apa sebab terlalu banyak barang yang dilihat sampai rambang mata..hehe.. 

Kesimpulan, nak beli barang baby,pergi tempat yang jual barang baby je supaya tak tersimpang beli barang lain plak ye..hehe..

Happy Shopping ^_^