Friday, 2 October 2015

Lima Hari Pertama ~ GAGAL

Rujuk entry sebelum ini, membuat pengisytharan diet 1200 kcal sehari.

GAGAL..

-_-

SIgh .

Susahnya nak disiplinkan diri bab makan especially time kursus. Esok nak balik Johor. Reset balik mood..

Sunday, 27 September 2015

Stress Tengok Penimbang Berat -_-


Hati tiba-tiba terdetik nak menjenguk blog. Last login bulan November tahun 2014. Sudah hampir setahun. Password pun sebenarnya dah lupa nasib baik masih boleh recover. Maknanya memori jangka masa panjang masih "Not Bad" . ^_^.

Sekarang sedang mengikuti program TRANSE di Putrajaya selama 3 bulan bermula pada 2 September 2015 sampai 3 Disember 2015. Sepanjang tempoh itu, bawa sekali anak-anak tinggal di rumah tok mak mereka di Gombak. Seronoknya duduk sini. Anak-anak pun gembira sebab semakin petah bercakap dan no 2 sudah pandai main cak-cak dengan aunty n uncle mereka. Alhamdulillah. 

TETAPI......

Berkat duduk rumah mak, masakan yang memang superb sedap dan memang rajin memasak walaupun dah cakap tengah DIET.. memang berat badan semakin naik la..Dahlah di Johor dulu pun berat semakin naik sebab gaya hidup sendiri yang memang tidak sihat. Makan. Kerja. Tidur. Layan anak. 
 
Anak makan tak habis, ummi dia ni la yang tolong habiskan. Macam-macam kita masak untuk bagi berat badan dia naik, last-last dia tak makan, ummi dia ni la yang terpaksa habiskan.. Ayat nurse " ummi kena rajin sikit, kreatif bagi anak-anak makan," padahal ummi dah siapkan macam-macam tapi anak masih tak mahu makan. Tapi sejak tinggal di gombak ni, apa sahaja makanan sua kat Akashah dan Mika, mesti budak-budak tu makan sikit.Mungkin mereka sukakan suasana yang meriah dan makan beramai-ramai agaknya. ------- >>> Alasan yang selalu kita dengar, tapi ini realiti kot. Tak kan nak membazir macam tu je kan..

Haaa, siapa yang alami perkara yang sama .. sila angkat tangan ^_^
 

Berdasarkan Kevin Zahri, waktu ikut program dia sekejap di Pinewood, Nusajaya. Kalau nak kurus, kena ada target masa dan perancangan pemakanan yang logik. Dia ajar la buat kira-kira sikit. Jadi kalau target nak kurus dalam masa 3 bulan, apa aktiviti yang sesuai. Jadi kalau diikutkan dengan gaya hidup seharian, memang tak mampu la nak buat dalam masa tiga bulan. Jadi tempoh masa kita panjangkan sikit. Dalam masa 12 bulan, nak target sekurang-kurang dapat 55kg. Boleh ke ni? Jadi 1 hari kena kira maksimum boleh makan sebanyak 1200 kcal sahaja.

-_-, 

Saya Ulang Suara...

Tempoh Masa : 12 bulan
Sasaran Berat : 55KG
Menu 1 hari = 1200 kcal

Jadi sebab itu, saya isytihar dalam blog ni, saya akan mengamalkan gaya pemakanan hidup sihat selama 12 bulan bermula hari post ini di publish.
 
"..waaa... statement berani mati..kalau lepas 12 bulan ko tak dapat buat mira..memang padan muka diri sendiri.. *_* " --------------------->>> cakap dalam hati jerk..

Thursday, 13 November 2014

The Nottingham University, Malaysia Campus

Tengah review post. Dah lama tak update dalam blog. Username pun dah lupa. Nasib baik dapat recover balik. Jumpa draft post lama yang separuh jalan. Tak apalah, post saja.

Jalan- jalan lepas balik dari naik Bukit Broga tue, singgah sekejap kat The Nottingham University, Semenyih Selangor.Bersama Asyikin dan Lin.




Saturday, 3 August 2013

Iftar Aristokratia di Kapten Steamboat and Grill

Pada 26 Julai 2013, warga Aristokratia telah berbuka puasa bersama-sama dengan KPP di Kapten Steamboat and Grill, Johor Bahru, Johor.  Bertolak dari tol Kluang lebih kurang dalam pukul 4 sebab kami konvoi sebanyak 13 buah kereta. Itupun ada yang sesat termasuk aku..-_- ..Sori..aku kan baru duduk Johor ni 12 hari bekerja..hehe..Nak uruskan 55 orang bukannya perkara yang mudah apabila perlu diselesaikan dalam masa yang amat singkat.




Tempatnya agak kemas tetapi agak sempit sikit untuk mengambil makanan bagi tujuan iftar sebab semua orang berpusu-pusu secara serentak untuk mengambil makanan. Dan salah satu kelemahan sebab dah booking untuk 64 orang tetapi tiada kad diatas meja yang menyatakan tempahan atas siapa. Jadi aku dengan rombongan yang ramai, agak sukar untuk membahagikan tempat. Please improve ya Kapten...Other than that, kami berpuas hati. Makanan pun sedap :)

Selamat Menjamu Selera

Tok Sidang Siddiq memberikan ucapan

KPP - Tn Sharulzaman Jaafar memberikan ucapan

-_-
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN  dari WARGA ARISTOKRATIA

Wednesday, 20 March 2013

Percutian di Cameron Highland ~ Part 2 ~

Baru-baru ni suami pergi bercuti ke Cameron Highland lagi dengan ibu mertua dan adik ipar sebab kawan karib dia kahwin di Perak, jadi dah alang-alang dia nak bawa ibu dia bercuti sekali. Emosi agak sedih sebab aku masih dalam pantang hari lagi. Jadi kena tinggal kat rumah. :(

Jadi kali ini kita update senarai hotel yang ada untuk panduan sesiapa yang ada rancangan untuk bercuti di sana.( Untuk peringatan diri sendiri juga sebab senang nak review balik nanti :))
 
1 ~ Hotel Titiwangsa  - 05 - 4901 188
2 ~ Hotel De' La Ferns - 05 - 4914 888
3 ~ Hotel Rosa Pasadena - 05 - 4912 288
4 ~ Hotel Rainbow - 05 - 4914 628
5 ~ Hotel Casa dela Rosa - 05 - 4911 333
6 ~ The Bala's Holiday Chalet - 05 - 4911 660
7 ~ Equatorial Resort - 05 - 4961 777
8 ~ Hotel Heritage - 05 - 4913 888
9 ~ Natasya Resort ( Resort Apartment) - 05 - 4961 030
10 ~ The Lakehouse - 05 - 4956 152

Ada banyak lagi senarai nombor telefon hotel tapi aku senaraikan 10 aje lah buat setakat ni ye. Sebab nak review lebih-lebih pun bukannya pernah menginap di hotel-hotel tu pun. Mungkin lain kali kalau nak sambut Anniversary plak dengan suami nanti :)..Harap ada rezeki lebih boleh bawa anak sekali.

Tapi kalau berminat untuk menginap di hotel bajet, di sekitar Brinchang, banyak hotel bajet. Dekat Tanah Rata pun banyak juga. Kalau di Tanah Rata, hotel bajet berdekatan dengan Maybank. Nak cari tempat makan pun dekat.Restoran mamak ada, Steamboat ada, kedai makan orang melayu pun ada. Banyak kemudahan yang senang dicari di sini. Duit habis, boleh cucuk je kat Maybank tu. Hehe..

Lagi satu, kalau datang sini, lebih mudah dapatkan Tourist Information Guide Map. Harga RM3 je kot. Semua list hotel dan tempat menarik ada kat dalam buku ni. Peta siap gambar kartun kartun pun ada. Menarik. Simpan buat koleksi.

Oklah. Buat setakat ni aje. Harap membantu. Hati hati memandu waktu nak pergi bercuti di Cameron Highland. Biar Lambat Asal Selamat :)

Monday, 25 February 2013

Demam Kuning ~ Apa Nak Buat ???

Hari ini genap 21 hari Akashah menjadi penyeri keluargaku :) . 

Pada 5 Februari 2013, jam 5.38 pm, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel sekali di Hospital Sultan Ismail, Johor. Air ketuban pecah pada pukul 9.30 pagi, waktu tu tengah nyenyak tidur lagi sebab mak mertua cakap walaupun tanda dah ada tapi lama lagi tu nak keluar.. Jadi aku tunggu je lah sampai tertidur dibuatnya. Tiba-tiba terasa air panas keluar di bahagian bawah. Apa lagi, aku terus melompat berlari pergi ke bilik air. Panic Mode.. Air keluar dengan banyaknya tanpa henti. Tak boleh nak kawal langsung. Mak mertua terus hidupkan enjin dan bawa aku ke hospital dan seterusnya sampailah baby akashah ni keluar. Masuk hospital pukul 9.30 pagi tapi baby keluar pukul 5.30 petang itupun selepas kena induce sebab doktor takut aku tak ada tenaga nak meneran nanti sebab sempat breakfast roti canai je sekeping.. :)

Hari kedua, dibenarkan balik rumah pastu ada nurse pula sampai buat susulan dan suruh follow up ke klinik kesihatan sebab nampak baby akashah macam ada kuning sikit. Huhu. Pergi buat follow up, doktor kata paras kuning dia dah agak tinggi dalam 17 macam tue. Kena tahan wad sampai 4 hari duduk bawah lampu ungu tu. Pada hari discharge tu, paras kuning dia turun sampai 12.8 sahaja. Balik K.L hari rabu dan hari jumaat ada nurse datang rumah buat follow up lagi dan cakap kena buat follow up cek darah kuning sebab macam ada kuning lagi, Pergi buat cek darah, paras kuning dia naik lagi jadi 13. Herm. Pada waktu tu, rasa macam sedih sangat, vitamin semua aku makan yang kononnya boleh protect dari kena kuning apa bagai. Tapi kenapa kuning dia tak turun turun pun. Jamu semua aku tak pakai dan minum pun sebab takut effect lagi parah.

Malam tu aku menangis sebab baby Akashah tak mahu minum susu, dah paksa pun tak mahu juga dengan paras kuning dia yang naik tue. Aku dah siap siap nak pergi hospital je terus biar lah duduk dalam wad sampai kuning dia hilang pun dah tak kisah. Tapi mak mertua cuba bagi botol susu, dia minum plak...herm..

Last-last papa beli susu kambing. Mula-mula bagi 3 onz jer, pastu baru bagi 2 oz satu hari..banyaknyer bahan buangan dia. Bila pergi cek balik darah hari isnin, paras kuning dia dah menurun jadi 11.6. Hari rabu follow up lagi cek darah tapi kuning turun jadi 11.2 sahaja. Sedih sangat kenapa turun sikit je..Susu kambing still minum, Breastfeed lagi. Apa lagi masalah dia..Jadi aku nekad, berhenti makan multivitamin semua. Cuma minum susu kambing je. Aku minum susu Higoat tue..dan baby Akashah aku bagi direct susu kambing 2 oz satu hari... Bila check up hari jumaat, akhirnya paras kuning dia menurun jadi 9.2. Alhamdulillah....

Jadi sekarang ni, aku dah tak makan dah multivitamin tu..Jamu pun pakai pilis jer kat dahi..

Jadi pada semua mommies yang ada baby kena demam kuning tue, jangan panik ye.. Petua orang lama-lama memang yang terbaik. Amalan yang dilakukan sejak turun temurun ada kebenaran dia. Just bagi baby susu kambing dan berdoa semoga semua akan jadi lebih baik...Amin..

Kalau sebelum ni, aku yang jaga waktu minum susu baby Akashah..kena kejut dia bangun tidur, sekarang ni, dia dah boleh bangun sendiri dan kejut aku plak untuk bagi dia minum susu..hehe..Tak Apa Janji Dia Sihat.. :)

Monday, 4 February 2013

Menanti Hari di Johor Bahru

Sekarang ni cuma menanti hari untuk kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Aku mengambil cuti awal 2 minggu dari due date yang dijangkakan oleh doktor. Doktor expect 8 Februari 2013. Jadi aku telah mengambil cuti bermula 25 Januari 2013 dengan harapan supaya baby ni keluar awal :p .. Tapi hari dah 4 Februari, baby still tak mahu keluar lagi.. Seronok duduk dalam perut mama yer :)

Seminggu yang pertama duduk kat rumah mak mertua, mula mula tu segan la juga..Tapi bila dah dekat seminggu, aku dah rasa lemau dah duduk kat sini. Nak keluar rumah, tak tahu nak pergi mana. Husband pula kerja tiap tiap hari. Dia ada ajak pergi pejabat dia, tapi seganlah. Akhirnya melepak kat rumah je dengan mak mertua sekali. Nasib baik mak mertua sporting dan baik hati..apa aku minta semua dapat sampai segan nak minta lagi dah..Jadi bila dia tanya nak ke tak nak..laju je aku jawab tak mahula ibu, tak apa..mira okay jer.. baik tak ?? menantu yang baik kan..hehe

Aku ada update status kat facebook cakap aku L~E~M~A~U. Lepas balik dari medical check up kat klinik tadi, baru teringat, aku kan ada blog..Daripada buang masa sesaja. dan buang duit sebab shopping hari hari thru online. Baik aku update post dalam blog ni. Betul tak.? At least, tak adalah lemau sangat.masih boleh berfikir dengan waras..

Tajuk apa agaknya yang sesuai untuk next entry. Pasal nak berpantang nanti ataupun pasal tempat-tempat menarik kat johor nie.. Buat dua dua sekali gus pun ok rasanya kan..

Next mission, entry menarik akan dikeluarkan.. ^_^