Saturday, 24 March 2012

Persiapan Majlis Perkahwinan VS Persiapan Untuk Perkahwinan

Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Dan ini adalah kali ketiga menukar nama blog dan mengimport kembali semua entry yang lama dari blog-blog yang lain. Nama tintakumerah adalah nama blog yang pertama sebelum menukar nama yang lain dan kini kembali pada tintakumerah..

Lagi beberapa hari lagi akan menjelang hari yang kutunggu-tunggu sejak 7 tahun yang lepas..wow..lamanya kami bercinta..harap semuanya akan berjalan dengan lancar walaupun hanya akan diadakan di rumah, tidak seperti perancangan yang asal..

Kawanku menasihatiku  

' Biasanya kita semua akan sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan tetapi bukan untuk perkahwinan itu sendiri padahal perkahwinan itu yang akan kekal seumur hidup'.  

Ayat itu membuatkan aku berfikir jauh dan berfikir sedalam-dalamnya . Ayat itu membuatkan aku tidak lagi panik mengenai persiapan majlis. Yang penting adalah majlis akad nikah berjalan dengan lancar, cukup dengan wali, saksi dan saudara mara terdekat.Tidak perlu bermewah mewah dengan barang hantaran perkahwinan kerana itu semua sementara sahaja. Walaupun ada yang kata ini adalah peluang itu seseorang perempuan minta semua yang dihajati kerana selepas berkahwin, tidak mungkin pihak lelaki akan berusaha untuk membelikan barang-barang mewah itu semua..Sedikit sebanyak setuju juga dengan kenyataan tersebut..

Tapi oleh kerana kami baru sahaja membeli sebuah rumah di Bandar Dato' Onn, Johor, jadi i'll skip this part untuk mintak macam-macam n terima apa saja seadanya..^_^ 

Mengenai persiapan majlis, aku juga memilih untuk tidak terlalu berkira dan menyerahkan urusan pada parents sebab majoriti tetamu adalah rakan-rakan mereka. 

Harap semuanya akan berjalan dengan lancar... Amin