Sunday, 19 June 2011

~Cute Wedding Invitation Card ~

I dah pening pening dah tengok koleksi kad yang terlampau banyak kat rumah ni. Semuanya cantik cantik..eeee...nak pilih yang mana satu ni..

Survey survey lagi dengan Cik Google tengok dia bagi idea apa..

Suka sangat dengan design dari Camilia Magnolia


Eh ..tapi tu kad untuk Baby Shower laa...ahaha..apa apa pun love it love it so much..

Kad untuk kahwin pun ada jugak lah..cer tengok kat bawah ni..



Eh..naper sumer female dia samer...bukan untuk baby showerla... memang untuk bridal..hahaha..salah paham nie..cuma bunga untuk pic yang terakhir jer yang boleh betul betul bezakan..

Card-card ni semua dia DIY..tapi takkan I nak buat 1000 keping kad macam ni DIY kan...memang tak larat lah kan..tapi tak de ke kat Malaysia ni yang boleh  buat kad macam nie..tapi nak diskaun ..BOLEH ???

Thursday, 16 June 2011

"Sudah Bersediakah aku ?"

Kena bersedia sebelum menempuh alam yang baru iaitu alam Perkahwinan. Sometimes, berkata dalam hati   
      
" Sudah bersediakah aku?"

Makin dekat, semakin hatiku bimbang. Berulang kali ditanya soalan yang sama. 

" Betul-betul sudah bersediakah aku?"

Mental terasa kosong seolah-olah tidak mengetahui apa-apa tapi mahu..ihiks.. *_*

Pergi ke kedai buku mencari entah apa kemudian jumpa Ms. Google...

dan berjumpalah dengan PERKAHWINAN

Apakah definisi perkahwinan?

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.


Perkahwinan berbanding bersekedudukan

Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta kurang berisiko untuk didera secara fizikal.
Bersekedudukan (tinggal bersama sebagai satu keluarga tanpa perkahwinan yang sah) tidak memberi manfaat yang sama seperti pasangan yang berkahwin.Malah meningkatkan konflik, persengketaan dan risiko perceraian dalam perkahwinan akan datang.


Tip perkahwinan bahagia dan berkekalan

Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya

Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin 

Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin 
( yang ini sangat sangat penting )

Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan anda

Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat

Timba sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin 

Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih

Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin

Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin

Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing

Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin

Semakan akhir: 28 April 2008

Rujukan: - Infosihat

Tuesday, 14 June 2011

CInta Melody

Cinta Melody yang ditayangkan setiap hari Isnin sampai Jumaat, 6.30 petang di channel 104. Suka sangat tengok Elang dan Melody. Melody tegas dengan pendirian sendiri dah masih tahu bezakan antara baik dan buruk, antara perkara yang perlu dilakukan dengan tidak, antara cinta nafsu dan cinta sejati.

Harap kisah macam ni tak terjadi pada diriku dan semua b2b yang lain. Semoga apa yang dirancangkan berjalan dengan baik.

 
Ayat faveret dari Raffi " Aku nikahi kamu untuk mendampingiku, bukan untuk hanya melayanku" ..eeeee...suka suka

Saturday, 11 June 2011

Broga Hill

Akhirnya, setelah sekian lama aku berjaya jugak naik Broga Hill... Yeay.. Semuanya kebetulan sebab kelas aku hari ini dibatalkan dan my office colleague nak pergi Broga Hill jadi apa lagi..

" Ya ya ya..nak ikut.. nak ikut"


Tak jauh pun setakat 1.7 km sahaja pun...*_* tapi tahap kecerunan tu kenapa diorang tak letak sekali eh..huhu..

Ramai betul yang mendaki Bukit Broga ni. Kitorang naik lepas solat subuh dekat masjid yang berdekatan. Then naik bukit ramai-ramai. Rasa macam pesta mendaki bukit beramai-ramai...Tapi tak naik lama sebab cuaca tak mengizinkan. Nak hujan. Bunyi guruh telah pun berbunyi memberikan warning...Lucu lepas bunyi guruh semua cakap "HHAAaAAaaa"...hehe jadi turunlah beramai-ramai jugak

Breakfast kat sini.

Makan Roti Canai jer...

Nak pergi KK plak lah camnie... *_*

~E~: Baju Tunang Teaser

Hari tu tengah cari tailor nak jahit baju tunang kan. Haaa.. Nilah kain dia, yang lace tu mak beli waktu kat medan hari itu, mintak dia survey survey ja harga kat sana berapa.. Dia nampak kat patung, berkenan terus dia beli...Yang paling tak tahan yang dekat patung tu dia suruh SA buka sebab stok kain tu dah habis. 

Mula-mula ingatkan nak beli yang ready made je, senang tapi sebab dia dah excited belikan kain yang sangat dia berkenan. Nak tak nak kena cari tailor juga nak hantar kain ni. Dah call tailor yang memang pakar dalam bab baju kahwin-kahwin ni, dia kata boleh accept lagi. Tapi price RM250 termasuk beading. Jadi esok nak hantar kat dia. Tak berani nak letak nama dia lagi sebab tak tahu lagi outcome nanti camner. Kalau dah siap nanti, puas hati nanti aku bagitahu ya..

Biru

Wednesday, 8 June 2011

PPTD Buletin June 2011

Akhirnya setelah hampir 5 bulan mengumpul bahan termasuk menghubungi setiap Zon PPTD untuk mendapatkan laporan aktiviti tahunan mereka. Pada 3 Jun yang lepas, Buletin PPTD 2011 telahpun diterbitkan. Ini adalah terbitan rasmi pertama yang ada sumbangan from me since became part of PTD.




Terima Kasih Emmy kerana peluang yang diberikan begitu berharga..ahaks..

Monday, 6 June 2011

Grand Wedding

 Setiap b2b pastinya sudah memikirkan apa agaknya tema majlis ataupun bentuk pelamin yang yang diminati. Mira pun macam tue juga. Planning awal yang ada dalam kepala, sama la macam yang lain.. Nak yang 'Simple tapi Elegan', memang la kita nak duduk atas tu sekejap je tapi memori tu akan dibawa sehingga ke akhir hayat. Jadi biar lah kita puas hati kan. Tapi seluk seluk poket, alamak.... kena lah cut cost..*___*

Source:- countryarts.blogspot.com
Wedding review by Laksmi G Nair on Sharifah Farrah Soraya. Grand betul wedding dia kan. Anak kepada Tan Sri Syed Yusof and Puan Sri Sharifah Sabrina.


Cantiknya

Cake yang sungguh mengancam
Wow. Tapi kalau nak ikut sebijik macam itu, memang tak mampu la kan. Sedar siapalah diri ini. *___* . Kesemua gambar event tersebut boleh di lihat di lama blog http://countryarts.blogspot.com.

Keyword sampai terjumpa wedding ni sebab dah berangan-angan nak warna Ivory + Gold + Crystal. Rupanya dah ada yang buat event dengan tema ni dengan sangat terbaik...X per..kita bukan setakat yang kita mampu..

Sunday, 5 June 2011

~E~: Tailor - Needed..huhu

Semalam jalan-jalan kat K.L, pergi Jakel beli kain untuk dipadankan dengan kain lace yang mama dah belikan dari medan hari tue..Dah jumpa dan jalan-jalan lagi survey baju melayu pulak untuk Mr Hatiku.

Dan sekarang masalah dah timbul..Nak hantar baju kat siapa nie ?? huhu..siapa tailor..Tailor depan rumah ni, aku tengok jahitan dia je dah menimbun banyak untk raya nanti. Tu lah , siapa suruh tunang betul betul lepas raya. Dah kena berebut tailor plak. Kat K.L ni bukannya senang nak cari tailor yang betul betul puas hati.

Dah tanya pada ButterflyBeads mana tahu kalau kalau dia boleh terima jahitan jugak..tapi kecewa..


Beads yang dia buat memang sangat lawa...dah risau dah nie..nak tanya siapa lagi ??

Any suggestion nak hantar kat tailor mana-mana area K.L, bangi pun boleh jugak...

Mengharap sangat nie...

Kisah Merisik

Akhir-akhir ni selalu juga blogwalking.. baca blog b2b yang lain lain sebab kerja dah siap kan. Dan kesihatan pun dah pulih cuma masih pening kepala mungkin sebab kena hujan cari anak kucing pagi tadi..mak kucing tu pindahkan pergi kat pasu pasu bunga lepas tu hujan lebat, kesian kat anak-anak kucing tu..

Balik pada kisah merisik..ada baca kat blog ash n ann.. sangat sangat sangat suka baca blog diorang ni..sampai satu part kisah merisik diorang n teringat kat kisah merisik sendiri..nak tergelak pun ada..

Al-kisah dia cenggini, Mr Hatiku cakap dia nak datang dengan family dia sekali nak kenalkan dengan parents. Okayla..Memang sebelum ni ada tengok tengok cincin sebab dia cakap nak tunang nanti tapi tak confirm lagi bila. But then, tak jadi beli sebab susah betul  nak cari cincin yang berkenan di hati dan tak jangka akan bertunang dalam jangka masa yang terdekat. Ye lah, sebelum ni masih belum arif lagi blogwalking baca update b2b yang lain.. Jadi main hentam keromo jer, syok sendiri nak kawin...*gatal* wink  wink *_* ..

Lepas tu, dia cakap jangan risau. 

Datang just nak makan makan je..

Kenal kenal.. ( x tahan ayat nie ^_^ )

Okay la fine..

Tiba hari yang dijanjikan..Sedang bz tolong di dapur dengan T-Shirt n seluar track suit jer..pakai tudung pun main simpang jer..selekeh betul..

Lepas tu, janji sampai lepas Zohor, ni baru pukul 12 lebih dah sampai dah.. Aku suruh Mr Hatiku bawa dulu pusing pusing jenjalan kat Masjid dulu ker, kat tasik Sri Gombak yang depan masjid tu dulu ke.. Pergi la jalan mana mana dulu sebab kat rumah masih belum ready lagi..hehe..dah siap nanti baru call suh datang umah...
Tak lama pun sebab memang semua barang dah ready tapi memang tak sempat nak bersiap cantik cantik sikit la..



Datangla tetamu yang ditunggu-tunggu..lengkap berbaju kemas, yang perempuan berbaju kurung cantik..

Alamak..
Cam ner nie...ok ok tak per maintain..kan bz kat dapur tadi..pura pura rajin kejap..hahaha..
Time tengah makan, parents plak suh duduk sebelah Mr Hatiku n makan sekali...segannyer..

Dah habis ..hidangkan teh plak kat ruang tamu..pastu suruh duduk sekali dan soalan cepu emas di tanya terus pada empunya diri. 

Adakah sudi menerima Mr Hatiku sebagai calon suami dan menjadi sebahagian daripada keluarga ?

Dessuupp..darah terus naik ke kepala..dah terasa pipi time ni memang panas...yang ada cuma aku n parents, dia n family dia..semua mata ke arah aku sorang..nak toleh mana lagi..adik aku kat belakang...

Dalam Hati 

"Eh..kata makan makan je..apa nie..dah lah selekeh macam nie..X senonoh betul"

..Aku pandang Mr Hatiku, confuse .. 

Dia tersengih sengih pulak kat sebelah..

Aku pun dah tak ingat aku jawap apa time tue..Tapi memang segan yang amat..

Tiba-tiba mak dia nak sarungkan cincin sebagai tanda..Saiz ngam ngam kat jari aku. Bila dia beli ntah .. Aku pandang dia lagi.. Tersengih sengih lagi..Malunya...Nak ambil gambar untuk kenangan pun tak mahu sebab memang selekeh * gila * time tue..

Tak tahu ni kira merisik ker....makan makan ke tunang ker..tapi bila orang tanya aku jawab jer

"Ini tunang I"  hehe ..senang citer..hehe..

So now, planning nak tunang dulu bulan 9 nanti, lepas raya...Kali ni kena plan betul betul dulu..Nak ambil gambar kenangan banyaaaaaaaakkkkkkkkk banyakkkkkkk kali ni..hehe..

Wish us luck okay..