Sunday, 23 December 2012

Persiapan Menerima Kehadiran Ahli Keluarga Baru

Dah lama tak menulis entry baru rasanya.Menempuh kehidupan baru Fasa Pertama sudah selesai. Next big step is coming. Tapi yang paling sedih adalah sampai sekarang belum dapat arahan nak transfer untuk tinggal bersama-sama dengan suami. Masih tinggal di rumah bersama keluarga, jadi tak banyak perbezaan kecuali sudah bergelar isteri dan tak lama lagi akan bergelar mummy.. :)

Enough with sad stories....Haip..

Sekarang usia kandunganku dah berusia 33 minggu. Dah tak lama lagi dah. Risau mana lah tahu tiba-tiba plak nak keluar awal ke.Satu barang baby pun tak beli lagi ni.Mula-mula memang dah rancang nak beli Bulan Disember. Ye lah..Kan ada Christmas n Year End Sale, jadi target mesti ada banyak sale barang-barang baby. Tapi semalam dah pergi survey 5 tempat, rasanya tak adalah diskaun banyak sangat, tu pun untuk barang-barang yang tertentu sahaja. Yang Pasti, semua tempat ada barang-barang yang tertentu yang dah berkenan di hati dengan harga yang cukup berbaloi.

Tempat Pertama - Manjaku Taman Sri Gombak

http://www.babymanja.com/t1/retail-store.php
disunting dari http://www.babymanja.com/t1/retail-store.php
Tempat wajib sebab paling dekat dengan rumah. Tengah buat Sale dan banyak pilihan yang menarik. Waktu sampai sini, rasanya tengah terima stok baru kot sebab semua staff tengah sibuk. Tapi tak berapa concentrate sangat sebab first time tengok barang baby memang blur nak beli yang mana satu. Akhirnya buat keputusan kita tengok semua tempat dulu :)

Tempat Kedua - One Baby World (http://www.onebabyworld.com)

Tempat ini jual online sebenarnya tapi dia ada kedai di Taman Permata atas Old Town White Coffee, tingkat 3. Tapi jangan risau, ada lif ye kakak-kakak, abang-abang dan lif tersebut is in good condition. Bila masuk je, WOW. Semua yang diperlukan oleh mummy ada ditempatnya dan sangat teratur. Nak beli gift pun rasanya sini lebih banyak pilihan dan harganya sangat-sangat berpatutan. Selain itu, pakej-pakej untuk membeli breastpump mengikut kemampuan kita pun dah disediakan dan pembantu jualan pun sangat membantu.

Tempat Ketiga - SOGO

Orang sekeliling majoriti advise pergi SOGO, duduk situ satu hari dan shopping barang baby. Senang. Tapi sangkut ditengah jalan selama 1 jam sebab ramai umat ke Kuala Lumpur rupanya waktu ni. -_- ..Parking pun susah nak cari, sesorang plak tue. Parking la jauh sikit dekat depan Balai Polis. Tapi dipermudahkan, seberang jalan pun semua kereta bagi laluan..hehe..semua kesian tengok mummy-to-be seberang jalan sesorang kot..Sampai SOGO naik sampai aras 5 dan tengok tengok dulu. Tapi fikir balik dah alang-alang sangkut kat tengah jalan 1 jam, takkan nak keluar balik free-free je. Akhirnya, ambil bakul dan ambil je apa-apa barang yang ada tanda diskaun..hehe..tapi tak banyak sangat pun beli. Beli yang basic sahaja untuk preparation mana tau masuk hospital awal. Yang lain semua survey-survey harga je dulu. Tapi diskaun pun setakat beberapa sen sahaja. Tak berbaloi, ingatkan nak pergi MYDIN tapi dah tak larat. 

*selingan - Lapar dah nak pergi makan semua tempat penuh dengan bawa banyak barang shopping sesorang lagi, end-up pergi makan restoran yang ambil order je senang. Last last pergi Manhantan Fish kat tingkat bawah tue..Rezeki mummy-to-be juga kot.Makanan n Minuman sekejap je dah sampai tapi meja sebelah punya order tak sampai-sampai lagi..:) Terima Kasih ya.Macam faham ja Mummy-to-be lapar dan penat ..

Tempat Ke-Empat - Kedai Baby berdekatan dengan Kedai Ariani Wangsa Maju (lupala nama dia)

Niat datang sini sebenarnya nak singgah kedai Ariani, ternampak plak kedai baby. So singgah la. Terkejut sebab ramainya yang datang sini. Dan stok baru pun baru sampai je kot sebab ada banyak kotak-kotak dan rak pameran yang kosong. Tengok harga..Wow..sini so far yang paling murah buat setakat ni dan pilihan baju pun banyak. Tapi sebab ramai yang tengah beratur untuk buat bayaran, cuma survey survey je sebab malas nak beratur. Tapi rasanya akan datang sini lagi dengan suami :) ..

Tempat Ke-Lima - Carrefour

Harus la ke sini sebab dah dekat sangat. Saja cuci-cuci mata. Tak ada nak review apa-apa sebab terlalu banyak barang yang dilihat sampai rambang mata..hehe.. 

Kesimpulan, nak beli barang baby,pergi tempat yang jual barang baby je supaya tak tersimpang beli barang lain plak ye..hehe..

Happy Shopping ^_^

No comments:

Post a Comment