Saturday, 29 September 2012

Bila Berjauhan

Dah lama tak update blog nie, dah bersawang sangat dah rupanya. Papa dan mama dah pergi menunaikan haji sejak 17hb September 2012. Hari pertama, kumpulan pertama pergi haji untuk tahun ni di bawah pengurusan Tabung Haji. Sunyi rumah ni jadinya, tinggal kitorang adik beradik dengan bibik je. Pergi kerja, balik kerja, weekend tak ada kerja.. ^_^

Lepas tu, hidup berjauhan dengan suami yang ada kat Johor tue. Lagi la rasa sunyi. Jeles bila tengok kawan kawan yang lain update gambar masing masing dengan suami masing masing dengan facebook. Rindu rasanya waktu tak ada facebook, dan masing masing berhubung melalui surat. Perasaan menunggu En Posmen bila sampai kat depan pintu pagar rumah, setiap helaian surat di baca berulang ulang kali, memikirkan idea dan ayat ayat yang perlu di tulis pada waktu tengah malam ( x tahulah korang semua macam mana waktu dulu kan )..Perasaan yang sangat bermakna. 

Berbanding zaman sekarang, dengan butang hijau akan menyala setiap kali kita login facebook, dengan notification yang berwarna merah akan menyala setiap kali kita memberi komen ataupun ditag, boleh berhubung dengan semua orang. Tapi teknologi menghapuskan sesuatu budaya. Semakin senang kita tahu perkembangan orang lain, semakin kurang bermakna interaksi antara seseorang itu. 

Contoh, bila kita pergi ke kedai makan. Acap kali di perhatikan, terutamanya di restoran makanan segera yang ada Wifi. Sebuah keluarga, anak bermain ipad, ibu dan ayah pun sibuk update status kat facebook. Mana masa berkualiti bersama keluarga ? Masa berkualiti bukan bermakna berada di situ secara fizikal sahaja, tetapi dari segi emosi dan mental.... 

Bila berjauhan, mestilah kita nak spend masa dengan orang tue setiap kali berjumpa kan. Tanpa orang lain. Hanya orang yang kita sayang. Tanpa teknologi, tanpa permainan Ipad ker apa apa game yang ada kat smartphone tu. Pergi piknik kat tepi air terjun macam orang dulu dulu ker, pergi jalan-jalan ker. Kalau dapat pergi tempat yang tak ada talian telefon pun lagi bagus. Biar tiada gangguan dari orang luar. Bukannya lama pun. Sekejap pun jadi la..Sedih..Sangat sedih..

Tapi inilah kehidupan. Kehidupan mesti diteruskan. Tak sabar rasanya nak tunggu papa dan mama balik..