Thursday, 19 July 2012

Percutian di Cameron Highland

Setelah beberapa entry yang serius, entry kali ini jom kita pergi bercuti. Destinasi pilihan minggu ni adalah Cameron Highland, Pahang.. ^_^.. Plan asal nak naik Genting Highland sebab suami kena pergi kursus di Kelantan pada hari ahad tapi dibatalkan saat saat akhir. Tengah breakfast, suami cakap kursus batal..Dalam hati apa lagi, bersorak keriangan nak pergi Cameron Highland..Sebenarnya I teringin nak makan strawberry, tapi mengada-ngada nak makan yang dekat atas Cameron Highland tu juga..hehe..Tapi mama cakap nanti makan sebiji je, nak turun dah..hehe..sekali cakap mama tu betul..I baru makan sebiji dah ajak suami pergi jalan-jalan tempat lain..Kita start cerita dari awal pagi percutian ..

Strawberry Di Cameron Highland
I dah bangun awal pagi excited suami nak bawa pergi jalan-jalan tapi salah masuk highway sebab tunjuk jalan pergi Genting Highland, sepatutnya masuk highway nak pergi Ipoh. Satu jam dah membazir di situ. Nasib baiklah rumah betul betul di tengah-tengah persimpangan 2 highway..Akhirnya masuk jalan yang betul pada jam 10 pagi menuju ke Simpang Pulai. Difahamkan kalau ikut Simpang Pulai, jalan memang agak jauh tetapi kurang selekoh yang belok-belok tu. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke Cameron Highland.

Sampai area Brinchang lebih kurang pukul 2 petang tetapi dapat hotel dalam pukul 4.30 petang. Ramai betul umat manusia waktu ini, bilik hotel semua FULL HOUSE. Last-last pergi Rumah Percutian Kerajaan tapi difahamkan tengah renovate da 3 bulan jadi tak boleh stay.... Ye ke ????? Tapi yang jaga rumah tu recommend hotel dekat Tanah Rata..Alhamdulillah dapat tapi hotel bajet yang memang tak best langsung.. Dari harga biasa RM25 sebilik, sebab weekend harga sebilik jadi RM120..Dah boleh bayang kot bilik yang harga RM25 tu macam mana bentuk dia. Nak snap gambar pun tak sampai hati...huhu..

Da penat sangat.. Jadi rehat kat bilik je, lepas maghrib keluar cari makan. Kebetulan hotel tu dekat dengan restoran Steamboat..dan tengah hujan..makan steamboat time tengah hujan memang heaven..Steamboat Restaurant ni terletak sebelah Maybank. Customer non-stop keluar masuk restoran ni waktu kitorang tengah makan. Ramai betul..Dari gambar-gambar yang tergantung, restoran ni da lama sejak Cameron Highland kecil sampai lah menjadi besar seperti sekarang. Mungkin dah ramai jadi customer tetap.

Antara lokasi menarik kat Cameron Highland yang wajib di lawati adalah YZ Agrofarm di Kg Taman Sedia. YZ Agro Farm ni adalah kebun strawberry yang dimiliki 100% orang melayu dan pernah masuk dalam cerita Vanilla Coklat yang pernah femes tue. Tapi sayangnya tak boleh petik strawberry kat sini.

YZ Agro Farm
Big Red Strawberry Farm is highly recommended. Ini adalah ladang strawberry.Dicadangkan sebelum ke sini, pastikan perut anda tidak terlalu penuh sebab macam-macam menu berkaitan strawberry ada kat sini dan kita boleh petik sendiri buah strawberry yang ada kat situ. RM65 bagi 1/2 kg strawberry. Tapi dua orang boleh bawa satu bakul je waktu petik tue. Diantara menu yang ada, sundae strawberry, cake strawberry, muffin strawberry, skon strawberry, strawberry float dan banyak lagi. I teringin nak sundae tapi perut dah penuh jadi just pass je lah..Dekat kaki bukit sebelum masuk BRSF ni ada amoi jual strawberry saiz besar RM25 untuk 3 kotak..beli je kalau nak bawa balik sebab dah harga murah dah tue..kalau tak harga dia RM10 sekotak..

Cactus Point yang terletak di simpang yang berbentuk S. Kepada peminat pokok-pokok kaktus, Ini adalah tempat yang terbaik sebab banyak kaktus yang menarik di sini dan dijual pada harga yang sangat murah. kalau datang melawat sini, jangan lupa beli Egg Mushroom..Sangat sedap..

Cactus Point
Time Tunnel terletak di sebelah kanan simpang sewaktu nak turun dari Cameron Highland melalui Brinchang. Time tunnel ni macam muzium yang meletakkan barang-barang zaman dulu sampai sekarang termasuk sejarah Cameron Highland dan orang-orang penting.

Taman Rama-rama pun terletak di sebelah kanan simpang sewaktu nak turun dari Cameron Highland melalui Brinchang. Kalau nak beli strawberry banyak-banyak untuk diberikan pada jiran-jiran, saudara-mara, kawan-kawan office, boleh beli di kedai yang berhadapan Taman Rama-rama ni, Sekotak strawberry bersaiz sedang harga RM5,tapi kalau beli 5 kotak, dapat RM20..maknanya sekotak RM4 sahaja. Ini yang paling murah yang saya jumpa dan berbaloi sebab rasa dia pun manis..

Bharat Tea Plantation adalah salah satu ladang teh yang terdapat di sini. Tempat ni sesuai untuk minum petang ada disediakan kek, sandwich dan lain-lain untuk diminum sekali dengan teh. Macam-macam jenis teh dijual disini.

Akhirnya perjalanan kami telah sampai ke akhirnya dan yang menariknya perjalanan pulang ke rumah dari puncak Cameron Highland hanya mengambil masa 3 jam sahaja termasuk singgah lunch sekejap..Oh. Kalau berminat nak bercuti di Cameron Highland, dicadangkan supaya booking hotel terlebih dahulu untuk mengelakkan situasi seperti kami yang banyak membazir masa mencari hotel selepas sampai. Kalau boleh, pilih hotel di Brinchang sebab kawasan ni lebih meriah dan ada pasar malam dan banyak pilihan kedai..I pun telah standby beberapa no telefon hotel mana tahu nak pergi sana lagi nanti. Kalau ada yang berminat, bagitahu okay... ^_^

Terima Kasih Sayang...

6 comments:

  1. boleh share x no-no hotel kat cameron. yg menrk?i rse nk pg CH pla.

    ReplyDelete
  2. boleh amalia..nanti saya senaraikan semua no hotel yang saya ada yer ... :)

    ReplyDelete
  3. i da letak beberapa list nombor kat sini

    http://tintakumerah.blogspot.com/2013/03/percutian-di-cameron-highland-part-2.html

    selamat bercuti ..

    p/s:- Kalau bercadang nak menginap di rumah persekutuan bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan...dicadangkan booking awal sekurang-kurangnya 2 bulan untuk mengelakkan kesesakan.. :)

    ReplyDelete
  4. Hi Mira, salam perkenalan...sy bercadang nk pegi cameron highland hgj minggu...hehehe
    ..kiranya kami ni percutian tak terancamg..tq for info yg u share kt dlm blog yg cute nie....feel free to visit my blog wow . azurarahamatblogspot.com

    ReplyDelete