Friday, 8 June 2012

Majlis Pernikahan - 7 April 2012

Gambar sendiri sebagai Intro
Semalam genap 2 bulan I telah bernikah dan menjadi isteri orang.. Tapi baru hari ni nak update pasal tarikh pernikahan kami ^_^.. Ye lah. Setiap hari weekdays sibuk bekerja dan weekend travel sama ada I turun ke Selatan ataupun suami datang sini. PJJ la katakan. PJJ tue Perkahwinan Jarak Jauh tau. Bukannya pengajian jarak jauh sebab ada salesman tak habis habis call nak jual barang, bila cakap hubby tak de..kitorang ni pjj..dia ingat I ni student lagi and tanya tinggal kat kampus mana ? hehe .. Weekend ni dua dua tak bergerak ke mana-mana sebab cuti sekolah dah habis dan kami agak jalan mesti jem sebab ramai dah mula balik dari kampung masing-masing. Oleh itu, mari kita update N3..



Pasal nikah ni pun ada kisah yang menarik.. 

Hubby dan rombongan bergerak dari Johor awal-awal pagi nikah.. I dah mintak dia datang sehari sebelum sebab risau kalau jadi apa-apa kat tengah jalan atau jalan jem. Nasib baik tak apa-apa. Selamat sampai ke Gombak dan singgah sebentar di Masjid Al-Khairiyah sementara menunggu persiapan kat rumah I siap. 

Dan akhirnya pengantin lelaki tiba dengan peluh-peluh membasahi muka..hehe..
(tak der saper plak amik pic dia time tue). 

Rupanya hubby jalan kaki dari masjid sampai ke rumah di bawah matahari yang sedang memancar terik..eh eh.. terik ke? tak adalah terik sangat kot sebab baru pukul 10 pagi... exercise pagi pagi ye sayang... ^_^ sebab bas rombongan tak dapat nak lalu. Ni mesti sebab excited sangat nak nikah yeee.. kalau nak ulang balik waktu tue bole x ? macam sweet jer...

Alhamdulillah perjalanan pada hari ini pun berjalan dengan lancar, tidak hujan, tidak terlalu panas, berangin dan berawan..

Tema: Butterflies (warna-warni)
Pelamin: Fiza Persona Bridal - Highly recommended
Makeup: Fiza dari Fiza Persona Bridal - Highly recommended
Official Photographer: Saiful dari Fiza Persona Bridal n Sazanusa
 Baju Nikah: Koleksi Sendiri

I dan Adik (single lagi ni)

Papa, hubby dan Tok Kadi 


Mama (kiri) dan Mak Mertua (kanan) - ini je pic yg ada dedua..huhu

Pakcik-pakcik dan Komuniti Fasa 7

Tok Kadi bagi speech..sempat lagi menyakat kalau pengantin lelaki tak sampai, nak cari pengantin baru..huhu

Pakcik-pakcik Komuniti Fasa 7

Setelah Diijabkabulkan.. Amin..

Ladies in Pink ... My lovely pengapitsss

with all the ladies in pink..comey kan dorang

Kazens dari Medan..Kelas gituuuu..Loved their colors

Papa n Mama

Lovely Kazens

No comments:

Post a Comment