Tuesday, 12 June 2012

~Jom Makan Steamboat~

I rasa tak sihat pagi pagi tadi sebab dari semalam hidung rasa sensitif sangat.Bersin-bersin non-stop. Kalau lah boleh cabut hidung ni dan letak kat tepi sekejap.. Tapi mesti pelik rupa nanti kan. Okay tak jadi. Tarik balik..Biarlah hidung ada kat tempat asal.Jom kita pergi minum air panas dan ponteng kerja..eh eh silap.Bukan ponteng, rehat dekat rumah, kalau teruk sangat nanti pergi jumpa doktor ambil MC. ^_^ . Bestnya rehat dekat rumah. 

Nampak papa tengah siap-siap nak keluar dan tanya "Kenapa tak pergi kerja ni?" 

Dengan pantasnya menjawab "Flu lah papa, rehat la. Kat office pun asyik bersin je nak buat apa ?"


dan akhirnya

"Jom pergi makan steamboat" dan semua pun setuju..hehe..

Tinggal di Gombak, pergi makan steamboat di Plaza Masalam, Shah Alam dengan papa dan mama.


Restoran: Pak Long Steamboat Tuk Tuk, Plaza Masalam

Family Set Steamboat

Papa dan Mama

Tom Yam ~Nyum Nyum ~

Mama n I
~Sweet Beef~

~Hot Neslo~
Kuah Tom Yam restoran ni memang terbaik. My flu pun terus hilang. Jus Oren dan Apple dia pun bessshhhh sangat. Bill untuk family set + 2 jus buah + 1 Neslo + 1 Barli + 2 side order + 1 nasi putih + 1 mee goreng hanya RM 80 sahaja. Kira affordable la sebab family set tue pun dah banyak, daripada kita makan di Restoran Johnnys tu. Kalau dah makan banyak tu dah kira RM100 ++ sebab dah pernah belanja papa dan mama kat situ juga. Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan.

No comments:

Post a Comment