Wednesday, 20 June 2012

~Bebola Marimo yang Comel~


Bebola Hijau yang bulat ini dinamakan Marimo. I first time dengar pasal Marimo ni pun daripada suami sebab dia asyik cari Marimo, sampai sanggup pergi Pavilion awal pagi (sebab dia jenis x suka pergi shopping mall yang ramai orang) sebab nak cari Marimo ni yang ada di Tokyo Street, Tingkat 6, Pavilion. ^_^..

Suami cakap Marimo ni asal daripada Jepun dan hanya terdapat di Jepun. Dalam setahun, dia boleh membesar lebih kurang sehingga 1mm. Cuba bayangkan berapa tahun kena tunggu nak tengok dia jadi bola yang besar macam kat dalam gambar tue.  *_* .

Suami belikan I dua biji Marimo dalam satu botol dan untuk dia pun sekali satu botol yang sama. Tapi dia nak juga Bebola Marimo yang besar tue. 

Harga yang dalam botol RM 48 satu botol (ada 2 biji) tapi kecil sahaja. Suami nak yang besar, harga RM68. 

I tak kasi sebab cakap membazir, nak buat apa?Lagipun banyak nak kena save untuk benda lain plus sebab tak lama lagi nak tambah ahli keluarga baru. 

Sepanjang pusing pusing dekat Tokyo Street tue, suami asyik cakap pasal Marimo je dan kenapa dia nak juga yang besar tue. Kebaikan dia macam kepercayaan orang Jepun yang Marimo ni boleh membawa keceriaan,kebahagiaan,cinta, keuntungan dan macam macam lagi benda baik..hehe..pujuk baik punya...Lepas tue, asalkan I berhenti tengok barang-barang atau makanan yang pelik. Dia akan tanya nak ke? I cakap la tak nak..cuma nak tahu je sampai I try test popcorn yang ada macam macam flavor kat situ..dia tanya nak ke? I cakap tak nak dan I jalan straight..tengok belakang dia dah ambil satu popcorn flavor wasabi dan bagi kat I..

Last- last I cakap..oklah ok lah..pergila amik Marimo yang besar tue...hahahaha..Punyala seronok muka dia time tue...Dia suh I pilih..dan I pun pilih yang paling besar dengan sales gurl tue..

Lepas tu kitorang balik dan dia betul betul puas hati dengan Marimo dia..

Sayang.. <3

Jaga semua Marimo tu dengan baik tau..

Nanti I upload botol Marimo yang suami kasi tue sebab botol tu I letak kat pejabat untuk ceriakan bilik I.. ^_^

1 comment: