Saturday, 23 June 2012

~Al-Fatihah~Uncle Sabran Napiah~

Sejak subuh lagi I dikejutkan dengan tangisan mama yang secara tiba-tiba setelah menjawab satu panggilan telefon. I dah agak dah ni mesti sebab ada orang yang meninggal dan tekaan I betul. Rupa-rupanya Aunty Rohani yang call bagitahu Uncle Sabran dah meninggal. Uncle Sabran ataupun dikenali sebagai Datuk Sabran adalah kawan baik papa sama-sama belajar dulu sampailah sama-sama menjadi pegawai PTD. I pernah jumpa dia beberapa kali waktu kecil dulu dan arwah memang sangat baik. Malah sebenarnya I pun ada berbual dengannya melalui fb kerana dia adalah salah seorang kenalan papa. Nasihat yang diberikan sangat sangat membantu. 

Terima Kasih Uncle.

Datin Rohani call mama inform pasal ni waktu subuh tadi dan mama bagitahu papa minta bagitahu semua kawan-kawan untuk menziarah dan sebagainya. Mama memang selalu cepat dapat berita sebab hubungan rapatnya dengan semua rakan-rakannya. Tetapi adat manusia, mesti ada yang busuk hati dan mempunyai hati yang hitam. Seperti kata pepatah - Walaupun rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain - sebab tu mama sentiasa di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang tidak kira sama ada yang berpangkat ataupun tidak. Mama dihormati tanpa perlu meminta-minta untuk dihormati dan tak perlu menunjukkan pangkat. Semua sahabat mama tidak hilang ditelan zaman kecuali pergi dijemput kembali ke rahmatullah.

Buat keluarga Datuk Sabran, salam takziah diucapkan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin..

2 comments:

  1. Takziah buat keluarga dato sabran.
    Kami warga AADK amat menyanjungi arwah dato sabran sepanjang perkhidmatannya sebagai seorg KP yg hebat..

    ReplyDelete
  2. salam semua. saya sempat menziarah jenazahnya dirumah. bersolat jenazah dimasjid . mengiringi sampai kekubur dan menghadiri majlis Yaasin dan Tahlil dirumahnya pada 25hb jun. InsyaAllah satu lagi majlis tahlil akan diadakan pada hari sabtu ini 30hb jun dirumah beliau selepas isya'.InsyaAllah saya akan meminta jemaah surau saya untuk membaca Yaasin dan bertahlil pada malam esok , jemaat, untuk Allahyarham. sama2 kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama2 roh orang2 beriman dan dikurniakan Allah sebagai ahli SYURGA. PAK YA ZAKARIA AHMAD , KAWAN KARIB MACAM ADIK BERADIK ARWAH

    ReplyDelete