Saturday, 23 June 2012

~Al-Fatihah~Uncle Sabran Napiah~

Sejak subuh lagi I dikejutkan dengan tangisan mama yang secara tiba-tiba setelah menjawab satu panggilan telefon. I dah agak dah ni mesti sebab ada orang yang meninggal dan tekaan I betul. Rupa-rupanya Aunty Rohani yang call bagitahu Uncle Sabran dah meninggal. Uncle Sabran ataupun dikenali sebagai Datuk Sabran adalah kawan baik papa sama-sama belajar dulu sampailah sama-sama menjadi pegawai PTD. I pernah jumpa dia beberapa kali waktu kecil dulu dan arwah memang sangat baik. Malah sebenarnya I pun ada berbual dengannya melalui fb kerana dia adalah salah seorang kenalan papa. Nasihat yang diberikan sangat sangat membantu. 

Terima Kasih Uncle.

Datin Rohani call mama inform pasal ni waktu subuh tadi dan mama bagitahu papa minta bagitahu semua kawan-kawan untuk menziarah dan sebagainya. Mama memang selalu cepat dapat berita sebab hubungan rapatnya dengan semua rakan-rakannya. Tetapi adat manusia, mesti ada yang busuk hati dan mempunyai hati yang hitam. Seperti kata pepatah - Walaupun rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain - sebab tu mama sentiasa di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang tidak kira sama ada yang berpangkat ataupun tidak. Mama dihormati tanpa perlu meminta-minta untuk dihormati dan tak perlu menunjukkan pangkat. Semua sahabat mama tidak hilang ditelan zaman kecuali pergi dijemput kembali ke rahmatullah.

Buat keluarga Datuk Sabran, salam takziah diucapkan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin..

Friday, 22 June 2012

~Melaka Journey~

Selamat Pengantin baru Akmar...

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia  ke anak cucu...

Pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi Melaka tapi naik bas je sebab I tak larat nak drive jauh jauh sekarang...Sangat mengantuk dan kereta pun tak hantar servis lagi..

Sampai Melaka Central nanti boleh mintak tolong adik jemput. Untung ada adik kat Bandar Melaka tue.. ^_^ weeeee...

Hadiah hutang dulu ye sebab nak bawa jalan jauh jauh ni macam tak sesuai ... ^_^

Akmar ni tinggal kat Taman Sri Gombak tapi dia buat majlis di Melaka plak...jauhnyaaa..tapi apa nak buat..itu kan kampung dia..At least dapat jenjalan jauh sikit..bukannya selalu kan.. 

Orang kahwin sekali seumur hidup kan kan kan ...!!!

Jauh perjalanan, luas pemandangan

Tapi nanti jumpa suami di Melaka Central sebab dier bertolak dari Johor... Dari Melaka kami berjumpa dan akhirnya kembali ke Melaka untuk menjadi meeting point..Dan turun pada adik  lelaki I yang ada di Melaka sekarang nie...

My wedding
Letak gambar wedding sendiri dulu... Nanti baru update gambar pengantin yang d latest ok..hehe

Wednesday, 20 June 2012

~Bebola Marimo yang Comel~


Bebola Hijau yang bulat ini dinamakan Marimo. I first time dengar pasal Marimo ni pun daripada suami sebab dia asyik cari Marimo, sampai sanggup pergi Pavilion awal pagi (sebab dia jenis x suka pergi shopping mall yang ramai orang) sebab nak cari Marimo ni yang ada di Tokyo Street, Tingkat 6, Pavilion. ^_^..

Suami cakap Marimo ni asal daripada Jepun dan hanya terdapat di Jepun. Dalam setahun, dia boleh membesar lebih kurang sehingga 1mm. Cuba bayangkan berapa tahun kena tunggu nak tengok dia jadi bola yang besar macam kat dalam gambar tue.  *_* .

Suami belikan I dua biji Marimo dalam satu botol dan untuk dia pun sekali satu botol yang sama. Tapi dia nak juga Bebola Marimo yang besar tue. 

Harga yang dalam botol RM 48 satu botol (ada 2 biji) tapi kecil sahaja. Suami nak yang besar, harga RM68. 

I tak kasi sebab cakap membazir, nak buat apa?Lagipun banyak nak kena save untuk benda lain plus sebab tak lama lagi nak tambah ahli keluarga baru. 

Sepanjang pusing pusing dekat Tokyo Street tue, suami asyik cakap pasal Marimo je dan kenapa dia nak juga yang besar tue. Kebaikan dia macam kepercayaan orang Jepun yang Marimo ni boleh membawa keceriaan,kebahagiaan,cinta, keuntungan dan macam macam lagi benda baik..hehe..pujuk baik punya...Lepas tue, asalkan I berhenti tengok barang-barang atau makanan yang pelik. Dia akan tanya nak ke? I cakap la tak nak..cuma nak tahu je sampai I try test popcorn yang ada macam macam flavor kat situ..dia tanya nak ke? I cakap tak nak dan I jalan straight..tengok belakang dia dah ambil satu popcorn flavor wasabi dan bagi kat I..

Last- last I cakap..oklah ok lah..pergila amik Marimo yang besar tue...hahahaha..Punyala seronok muka dia time tue...Dia suh I pilih..dan I pun pilih yang paling besar dengan sales gurl tue..

Lepas tu kitorang balik dan dia betul betul puas hati dengan Marimo dia..

Sayang.. <3

Jaga semua Marimo tu dengan baik tau..

Nanti I upload botol Marimo yang suami kasi tue sebab botol tu I letak kat pejabat untuk ceriakan bilik I.. ^_^

Saturday, 16 June 2012

~Final Say From Doctor~

Bila kita sebut pasal doktor...First thing yang akan muncul dalam fikiran kita mesti pasal sakit. Kalau tak sakit, buat apa nak jumpa doktor kan. I paling malas dan paling tak suka jumpa doktor, kalau jumpa pun sebab memang dah terpaksa nak ambil M.C sebab tak larat nak pergi kerja. 

Tapi hari ini, hari yang paling I tak sabar-sabar nak pergi jumpa doktor dengan suami. Suami pun sanggup tak pergi latihan menembak  dan dia sampai K.L pukul 2 pagi tadi semata-mata nak teman I jumpa doktor hari ini. ^_^

I pilih Klinik Hayati Sri Gombak..Main reason sebab doktor perempuan .. Senang nak tanya.. Masuk masuk je.. Doktor tanya " Ye, ada apa masalah sebenarnya ni?"

"Err, doktor, sebenarnya saya nak check pregnancy..boleh ?" sambil tersengih. Tapi suami duduk luar time ni. Tak terfikir plak nak suruh dia masuk sekali. Dia pun tak tanya. Jadi sorang sorang je lah kat dalam tue..

"Boleh,kita buat test dulu " kata doktor sambil tersenyum.

Lepas selesai semua test..bukannya banyak pun..Ujian air kencing je kot..hehe...

"Tahniah, puan disahkan mengandung 6 minggu 4 hari" 

"Terima kasih doktor" ^_^ ..tapi time ni suami masih di luar. huhu..

Ye lah. Kami berdua sama sama anak pertama dan ini adalah cucu pertama (insyallah) dalam keluarga kami..Jadi sama sama blur..hehe.. 

Tak apa lah ..slow slow..insyallah semuanya akan menjadi baik...Amin...

Tuesday, 12 June 2012

~Jom Makan Steamboat~

I rasa tak sihat pagi pagi tadi sebab dari semalam hidung rasa sensitif sangat.Bersin-bersin non-stop. Kalau lah boleh cabut hidung ni dan letak kat tepi sekejap.. Tapi mesti pelik rupa nanti kan. Okay tak jadi. Tarik balik..Biarlah hidung ada kat tempat asal.Jom kita pergi minum air panas dan ponteng kerja..eh eh silap.Bukan ponteng, rehat dekat rumah, kalau teruk sangat nanti pergi jumpa doktor ambil MC. ^_^ . Bestnya rehat dekat rumah. 

Nampak papa tengah siap-siap nak keluar dan tanya "Kenapa tak pergi kerja ni?" 

Dengan pantasnya menjawab "Flu lah papa, rehat la. Kat office pun asyik bersin je nak buat apa ?"


dan akhirnya

"Jom pergi makan steamboat" dan semua pun setuju..hehe..

Tinggal di Gombak, pergi makan steamboat di Plaza Masalam, Shah Alam dengan papa dan mama.


Restoran: Pak Long Steamboat Tuk Tuk, Plaza Masalam

Family Set Steamboat

Papa dan Mama

Tom Yam ~Nyum Nyum ~

Mama n I
~Sweet Beef~

~Hot Neslo~
Kuah Tom Yam restoran ni memang terbaik. My flu pun terus hilang. Jus Oren dan Apple dia pun bessshhhh sangat. Bill untuk family set + 2 jus buah + 1 Neslo + 1 Barli + 2 side order + 1 nasi putih + 1 mee goreng hanya RM 80 sahaja. Kira affordable la sebab family set tue pun dah banyak, daripada kita makan di Restoran Johnnys tu. Kalau dah makan banyak tu dah kira RM100 ++ sebab dah pernah belanja papa dan mama kat situ juga. Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan.

Monday, 11 June 2012

Friday, 8 June 2012

Majlis Persandingan - 7 April 2012

Majlis persandingan dibuat sejurus selepas majlis nikah. Semuanya dilakukan dalam sehari. Dah alang-alang penat, biar penat terus. Senang, hari Ahad dah boleh rest dah..

Tema:Butterflies (warna-warni)
Makeup: Fiza dari Fiza Persona Bridal
Photographer: Saiful dari Fiza Persona Bridal n Sazanusa
Baju Sanding: Koleksi Sendiri

Pengapit Farid yang kacak n Lily yang manis
~ Best Fren Forever - Asma, Dieda n Akmar ~


~ Luv Families ~

~ Bob n Pian ~

~ Loving Couple Papa n Mama ~

~ Jiran - Jiran yang sangat baik hati ~

 ~Fiza (dua dari kiri) dan kazens dari Medan ~

~ Luv Families ~

wif Bos -- Harus ni..hehe

Majlis Pernikahan - 7 April 2012

Gambar sendiri sebagai Intro
Semalam genap 2 bulan I telah bernikah dan menjadi isteri orang.. Tapi baru hari ni nak update pasal tarikh pernikahan kami ^_^.. Ye lah. Setiap hari weekdays sibuk bekerja dan weekend travel sama ada I turun ke Selatan ataupun suami datang sini. PJJ la katakan. PJJ tue Perkahwinan Jarak Jauh tau. Bukannya pengajian jarak jauh sebab ada salesman tak habis habis call nak jual barang, bila cakap hubby tak de..kitorang ni pjj..dia ingat I ni student lagi and tanya tinggal kat kampus mana ? hehe .. Weekend ni dua dua tak bergerak ke mana-mana sebab cuti sekolah dah habis dan kami agak jalan mesti jem sebab ramai dah mula balik dari kampung masing-masing. Oleh itu, mari kita update N3..



Pasal nikah ni pun ada kisah yang menarik.. 

Hubby dan rombongan bergerak dari Johor awal-awal pagi nikah.. I dah mintak dia datang sehari sebelum sebab risau kalau jadi apa-apa kat tengah jalan atau jalan jem. Nasib baik tak apa-apa. Selamat sampai ke Gombak dan singgah sebentar di Masjid Al-Khairiyah sementara menunggu persiapan kat rumah I siap. 

Dan akhirnya pengantin lelaki tiba dengan peluh-peluh membasahi muka..hehe..
(tak der saper plak amik pic dia time tue). 

Rupanya hubby jalan kaki dari masjid sampai ke rumah di bawah matahari yang sedang memancar terik..eh eh.. terik ke? tak adalah terik sangat kot sebab baru pukul 10 pagi... exercise pagi pagi ye sayang... ^_^ sebab bas rombongan tak dapat nak lalu. Ni mesti sebab excited sangat nak nikah yeee.. kalau nak ulang balik waktu tue bole x ? macam sweet jer...

Alhamdulillah perjalanan pada hari ini pun berjalan dengan lancar, tidak hujan, tidak terlalu panas, berangin dan berawan..

Tema: Butterflies (warna-warni)
Pelamin: Fiza Persona Bridal - Highly recommended
Makeup: Fiza dari Fiza Persona Bridal - Highly recommended
Official Photographer: Saiful dari Fiza Persona Bridal n Sazanusa
 Baju Nikah: Koleksi Sendiri

I dan Adik (single lagi ni)

Papa, hubby dan Tok Kadi 


Mama (kiri) dan Mak Mertua (kanan) - ini je pic yg ada dedua..huhu

Pakcik-pakcik dan Komuniti Fasa 7

Tok Kadi bagi speech..sempat lagi menyakat kalau pengantin lelaki tak sampai, nak cari pengantin baru..huhu

Pakcik-pakcik Komuniti Fasa 7

Setelah Diijabkabulkan.. Amin..

Ladies in Pink ... My lovely pengapitsss

with all the ladies in pink..comey kan dorang

Kazens dari Medan..Kelas gituuuu..Loved their colors

Papa n Mama

Lovely Kazens