Monday, 14 May 2012

06042012

 Ini majlis Khatam Quran. Tapi kebanyakan gambar di ambil selepas tamat majlis dengan saudara-mara. Gambar comel-comel. Photographer pun layaannnsssssss...
-_-
^_^
*_*
@_@
(*_*)
Dengan saudara-mara dari Malaysia dan Indonesia
Nurul dan Alfian
Nurul dan Alfian
Nurul dan Alfian

Ayu dan Riri
Giera dan Nurul
Ayah dan Anak Perempuan selamanya.Raja Hydar bin Raja Iskandar. 

07042012

Pada tarikh yang keramat ini, akhirnya menjadi seorang isteri kepada Azlan.

07 April 2012

Dialah teman yang baik, dialah teman untuk bergaduh tetapi dia jugalah  yang sentiasa bermain di fikiran selama 7 tahun bermula pada 24 November 2004. Pada hari terakhir menjejakkan kaki di UiTM sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana telah tamat semester yang ke-6 ..Alhamdulillah tiada subject yang kena repeat.. ^_^ .. 

Yang sebenarnya, hari Azlan proposed untuk jadi GF adalah pada tarikh ini, ia adalah lamaran yang dibuat bagi kali yang kedua sebab pernah kena reject sekali waktu pertengahan semester.

 -_- 

Mestilah ada sebab kenapa kena reject..sebab nak tengok keikhlasan hati..adakah lelaki yang seorang ini hanya mencari teman ketika belajar ataupun mencari teman seumur hidup.. Lepas itu, Azlan pun ada bagi soalan cepu emas sebenarnya dan dia suka ulang ulang ayat tu sampai sekarang..Tetapi sebab ayat itu jugalah aku dah kelu tak terkata..Dan aku bersyukur kerana menerima lamaran kali kedua tersebut... hehe..dan kini aku bergelar isteri En. Azlan.


Adikku Nurul duduk sekali supaya aku tidak berasa gugup
Si Pengantin Perempuan
Si Pengantin Lelaki
Sedang membaca taklik bersama papa di sebelah kiri dan tok kadi Hj Ramli si sebelah kanan
Selamat menjadi isteri ^_^
Kucupan di dahi oleh En. Azlan *_*

Itu je ke..Eh..mesti lah ada banyak lagi nak upload ni. Pengantin perempuan masih excited nak cerita pasal wedding event dia.. Next story okeh..