Monday, 7 November 2011

Rindu walau di depan mata.

Pernah tak korang rasa rindu pada seseorang tapi orang tu ada je kat depan mata kita. Tetapi kita tak boleh nak reach dia. Rindu sangat nak bergurau senda, keluar sama-sama dan berborak. Walaupun di depan mata, hati seolah terkunci nak bertegur. Lagi buat tak tahu, dia pun buat tak tahu macam tak ada apa apa yang jadi. Cemburu di hati bila dia lebih mengenali anak saudara dari keluarga sendiri. Semua yang pernah dilakukan diungkit kembali. Tetapi bila selalu kena tipu dengan anak saudara. Semuanya dilupakan seolah-olah tiada apa yang terjadi. Apa yang terjadi pada keluarga mereka sehingga mereka marah. Aku juga membaca lembaran luahan hati mereka kerana kecewa di perlakukan sedemikian, tetapi lupakah mereka juga melakukan itu kepada kamu. Selama 27 tahun aku hidup, rumah tidak pernah sepi time hari raya. 

Sejak ajid meninggal, semuanya sunyi. Tiada lagi kunjungan yang biasa seperti selalu. Terasa semuanya terpaksa membuat muka yang ceria, terpaksa tanpa rela. Di tambah lagi dengan perangai kamu yang melebihkan orang lain kecuali anak sendiri. Pernah aku menduga apakah makanan kesukaan aku? Tetapi sepi tanpa jawapan. Pernah juga kutanyakan apakah kelebihan yang ada pada setiap seorang daripada kami? Tetapi sepi tanpa jawapan. Tetapi ketika majlis perkahwinan anak saudara kamu, luncur sahaja bertanyakan apakah perancangan masa depan, bila nak sambung master, dengar cerita nak ke sana sini? Tahu tak ketika itu, hatiku terasa hendak menjerit kenapa tidak di tanya bila dan apa perancangan ku nak sambung master? Ya..memang aku cemburu..tapi memang patut aku cemburu..

Selalu mengintai di celah tangga melihat kamu lebih bahagia dan suka menghadap fb dari berborak dengan keluarga sendiri. Hatiku sayu. Membawa keluarga beriadah dianggap membuang masa tetapi menghabiskan masa di rumah saudara lain dianggap merapatkan silaturrahim. Menjemput keluarga pulang dari Pahang dikatakan membuang duit, membazir masa dan tol..Tetapi berulang alik ke Johor, ke Perak ke Kelantan, ke Sabah? Walaupun tidak pernah bagitau kemana. Namun aku tahu semuanya. Cuma aku diam jer.. Aku diam kerana tidak mahu sentiasa berselisih faham dengan harapan kamu melakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan. Tapi kamu lebih suka begitu. Keluar dan masuk sesuka hati. Kamu bangga dengan keadaan kamu. Kamu bangga dengan pangkat kamu. Kamu bangga dengan harta kamu.. Semua itu hanya pinjaman yang boleh ditarik sekelip mata. Harta kamu yang sebenar ada di depan mata.. Yang tidak kamu hiraukan..Jangan menyesal sekiranya semuanya terlambat..Kamu juga tidak kelihatan menyesal walaupun ajid telah tiada..

Dari dahulu mencari rezeki yang halal..Niatku dari dahulu adalah untuk membalas jasamu. Dan aku berterima kasih kerana kamu, aku berada di tempatku kini. Namun, aku jadi curiga dengan apa yang terjadi kini. Aku ni siapa? Kami ni siapa di pandangan mata kamu ? 

Aku sentiasa mengikut perkembangan diri kamu. Melihat kamu gembira di setiap foto foto baru dengan rakan-rakan kamu yang menjadi rakan keluarga ini juga membuatkan aku curiga. Tidakkan mereka peduli dengan apa yang terjadi pada kami. Mereka seolah olah menutup sebelah mata dan anggap "Tak jadi kat keluarga mereka, x apa lah"..
Aku juga mahu menangkap gambar bersama kamu seperti dahulu. Tetapi setiap kali kamu mengeluarkan kamera merah yang ntah asal dari mana kerana tidak pernah nampak kamu beli kerana mustahil kamu yang memilih kamera yang berwarna "MERAH" kerana itu bukan warna kegemaran kamu. Hatiku sakit..sakit sangat sangat...Bila gambar menunjukkan muka yang gembira, dan kamu juga dengan bangga akan tunjuk pada semua orang yang keluarga kamu langsung tiada masalah dengan apa yang kamu lakukan. Hatiku sakit bila terfikir hal ini.

Tidak lama lagi aku akan berkahwin. Aku cemburu pada yang lain yang menguruskan hari perkahwinan mereka dengan gembira. Berbincang dengan ahli keluarga. Tetapi kamu seolah olah tidak ambil kisah langsung mengenai persiapan. Kamu hanya tahu sudah bagi modal dan semuanya siap. Perjalanan persiapan majlis perkahwinan itu yang akan di kenang bukannya majlis yang hanya berlangsung selama 1 hari.
Bukan niat untuk menjawab ataupun kurang ajar..Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa kerana menulis entry ini. Tetapi apa yang dirasa perlu diluahkan. Kadang-kadang memang aku ada bagi SMS yang berbunyi agak kasar. Aku tahu bunyinya memang agak kasar dan keras. Tetapi bila cakap baik baik seolah olah dipijak dan tidak dihargai. Aku minta maaf. Aku teringin menyatakan "Minta Maaf" secara berhadapan dengan dia tapi aku tidak mampu. Hatiku keras.. Tatkala aku menaip ini pun, air mataku sudah bergenang. Hatiku sudah mula menahan sebak.

Aku juga follow blog kamu. Aku bangga dengan cara penulisan kamu, nasihat kamu. Tetapi kamu tidak pernah bercakap dengan kami seperti itu. Kamu memang orang  yang hebat dan memang pantas kamu disegani oleh ramai orang. Tetapi seandainya kamu berkata begitu kepada kami secara terus bukankah itu lebih baik.. 
Semua kebaikkan kamu masih ku ingat. Cuma apa yang sedang berlaku kini membuatkan aku keras kerana tidak mungkin aku mengalah dengan si penghasut berhati busuk itu. Tidak Mungkin....

Tika hatiku berbicara, aku merindu pada kamu walaupun kamu di depan mata.

No comments:

Post a Comment