Saturday, 5 November 2011

Apabila keluarga seperti orang luar

Kenapa jadi macam ni ? 

Kenapa bila balik rumah terus mengadap Facebook ? 

Kenapa apabila semakin kita maju, keluarga sendiri seperti orang luar yang tidak kita kenali. Tetapi kawan maya lebih dekat dengan kita.

Tika hatiku berbicara. Sedih bila melihat seseorang yang sangat saya sayangi, sangat saya sanjungi kini telah pun berubah. Minggu lepas janji nak pergi buat book catering sama-sama tetapi tup tup lepas sembahyang Jumaat, kelibat diri terus menghilang tanpa khabar. Update di facebook, dengan bangga menunjukkan berjumpa rakan-rakan seangkatan di Ipoh, Perak. Kawan-kawannya juga dengan bangga mengupdate di status facebook berjaya mengumpulkan rakan-rakan untuk berjumpa setelah sekian lama. Siapa di sebelah itu ? Itu bukan keluarga kamu yang akan bersama kamu ketika susah. Mereka cuma ada ketika kamu senang, Happy Moments. 

Sayu hatiku melihat gambar gambar itu semua. Siapa sebenarnya yang layak berada di situ. Yang pasti orang itu tidak layak berada di situ. Menumpang kasih, angkuh dan berlagak. Tidak sedar diri siapa, pangkat tidak akan dibawa mati. Semua ini pinjaman dari Ilahi yang boleh ditarik bila bila masa sahaja. Sekiranya kamu bangga dengan kecantikan kamu, ada yang lebih cantik daripada kamu. Sekiranya kamu bangga dengan kecerdikan otak kamu, ada yang lebih cerdik daripada kamu. Sekiranya kamu bangga dengan pangkat kamu, pangkat dalam kerajaan is nothing once u already pencen la..Tolong jangan nak berlagak okeh..

Bila balik ke rumah, aku pun jadi malas nak tegur sapa. Hati kecilku memang sedih tapi tengok dia sendiri pun macam tak kisah. Terus mengadap facebook, scan gambar gambar lama.. Then biarkan macam tu jer..Bukan nak masukkan balik dalam album.. Hatiku seolah di carik bila melihat album album lama berlubang lubang kosong kehilangan gambar.. Alasan tidak ingat gambar dari album yang mana satu langsung tidak boleh dipakai..

Benci...Benci..

Sedih...

Tidakkah kau rasa apa-apa setelah adikku pergi tahun lepas sebab rindukan kamu..Tidak demam..tidak sakit..tetapi lemah kerana O.K.U yang penumpang itu memanggil dengan nama CACAT..Tidakkah kau nampak dia sangat gembira apabila berjumpa dengan kamu sejurus sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Biarpun telah lama berlalu dan aku telah menerima hakikat bahawa adikku telah pergi..tapi aku tetap salahkan kamu sebagai PUNCA dia pergi..

Bila balik seperti orang luar yang tidak pernah kami kenali. Kini aku tidak mempercayai sesiapapun di antara rakan-rakan kamu. Semuanya muka tebal, dan berpura-pura.Hanya ada ketika senang dan di mana mereka ketika kamu susah dahulu.

Tika Hatiku Berbicara Keluarga Sendiri Seperti Orang Luar

No comments:

Post a Comment