Thursday, 28 July 2011

Tabahkan Hati, Kuatkan Semangat

Sudah agak lama laman blog ini dibiarkan bersawang, tidak diusik dan tidak diupdate. Kalaulah blog ini seperti diletakkan di dalam frame dan boleh di letakkan di atas meja, sudah pasti dah penuh dengan DEBU DEBU ataupun sarang labah-labah.

Mungkin kali ini, entry agak personal sedikit. Mahu di luahkan tetapi tidak tahu kepada siapa. Mahu merujuk, tetapi tidak tahu ke mana. Ramai yang berkata aku adalah orang yang bertuah kerana mempunyai keperluan yang mencukupi. Adakah mereka benar-benar tahu apakah keperluan i.

BERTUAH kah??

Sudah banyak kali memikirkan sama ada patut atau tidak menulis entry di sini mengenai perkara ini dan hampir hampir menemui Pakar Kaunseling kerana benar-benar buntu dengan situasi yang di hadapi. 

Ramai yang kata i adalah pasif. 

TIDAK !! 

I hanya pendiam. Salahkah  menjadi pendiam. Ya. I tidak pandai menjawab dan berbalas kata kerana di ajar oleh ayah, berdiam diri itu lebih baik daripada mengeluarkan sesuatu perkataan yang mungkin menyentuh hati seseorang. Tapi itu tidak bermakna i TIDAK AKTIF.

Ya. I jarang makan. 

Tetapi itu tidak bermakna i tidak mahu keluar. Sudah pasti i ikut sekiranya di ajak sekali. Kenapa pulak sebab tak makan, x mahu ajak skali .. Just invite n let the person decide nak follow ker tak... Lepas tu, kecoh kecoh cakap DIET, x makan dan mula nak bagi nasihat itu ini. Bila orang dah start makan dan pedulikan je tu semua, Kecoh lagi macam KAGUM sangat bila orang makan..Lepas tu, cakap orang pasif padahal masing-masing dah tentukan siapa yang patut bercampur dengan mereka dan siapa yang tidak.. Asyik kritik kekurangan orang lain, Anggap usaha keras orang lain sebagai remeh temeh, tapi bila diri sendiri kena, baru nak kelam kabut macam dia sorang sahaja yang buat kerja..

Ya. I juga ada problem okay !!! 
I pun manusia biasa jugak..

Semua orang ada masalah masing-masing, semua orang ada pendapat masing-masing. Dengarlah idea apa yang nak diperkatakan bukannya melihat siapa yang berkata-kata. Tidakkah anda tahu mereka memerlukan kekuatan untuk menyuarakan sesuatu dengan pelbagai masalah di dalam kepala mereka. Give chance if they want to improve themselves. Tidakkah ada secubit rasa di hati mereka mungkin ada yang terguris dengan kata-kata yang di keluarkan.

Ya. i nak kahwin.

dan Ya. i ada blog untuk tulis Wedding Preparation tapi bukan untuk canang kat semua orang i nak kahwin. Blog tu sebab i ni pelupa. Bila i update di blog, ia adalah untuk peringatan diri sendiri dan oleh kerana orang lain pun mungkin akan refer, i lebih serius untuk mencari bahan-bahan yang sesuai. i x kisah if semua orang tahu i nak kahwin tapi ya i kisah bila ia dijadikan isu.

Maaf sekiranya entry kali ini agak panjang dan beremosi. Setiap kali emosi down, i akan cakap pada diri sendiri 'Tabahkan Hati, Kuatkan Semangat'. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi dan berusahalah kerana kita yang tentukan jalan mana yang kita pilih.

No comments:

Post a Comment