Sunday, 31 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan - Puasa Mode

Puasa Mode !!

Sebelum itu, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua. Hari ini hari pertama semua umat Islam berpuasa.


Santai Mode !!

2 minggu yang lepas ada pergi Kursus di Terengganu. Memang sangat best lah sebab totally about event management. Everything was great including the participants. Me myself pun grab the opportunity to do something that I have not done before which is dancing in front of the audience.plus on  the stage... haha..so funny when i think of it...Thanks to Parveen though coz of being so sporting and understanding and not bias..what i mean by bias is only choosing those who can really dance n skinny people only..she considers our semangat to learn to dance within 3 days with pack activities all the time .. ^_^ n we won the 3rd place in the Got Talent Competition..



Serious Mode :- Book Review - What Were They Thinking!!

Book title yang sungguh catchy bagi i la. Dalam bahasa melayu, kita selalu pakai ayat ni kang. " Apala korang fikir ni".. Omputih dah siap buku dah n dijual RM 100 sebuah tau..siap mendapat sambutan seluruh dunia lagi.. Apa pun tak start lagi ni, 19hb Ogos dah nak kena hantar book review ni. Chaiyo chaiyo..will be update by time to time..


Thursday, 28 July 2011

Tabahkan Hati, Kuatkan Semangat

Sudah agak lama laman blog ini dibiarkan bersawang, tidak diusik dan tidak diupdate. Kalaulah blog ini seperti diletakkan di dalam frame dan boleh di letakkan di atas meja, sudah pasti dah penuh dengan DEBU DEBU ataupun sarang labah-labah.

Mungkin kali ini, entry agak personal sedikit. Mahu di luahkan tetapi tidak tahu kepada siapa. Mahu merujuk, tetapi tidak tahu ke mana. Ramai yang berkata aku adalah orang yang bertuah kerana mempunyai keperluan yang mencukupi. Adakah mereka benar-benar tahu apakah keperluan i.

BERTUAH kah??

Sudah banyak kali memikirkan sama ada patut atau tidak menulis entry di sini mengenai perkara ini dan hampir hampir menemui Pakar Kaunseling kerana benar-benar buntu dengan situasi yang di hadapi. 

Ramai yang kata i adalah pasif. 

TIDAK !! 

I hanya pendiam. Salahkah  menjadi pendiam. Ya. I tidak pandai menjawab dan berbalas kata kerana di ajar oleh ayah, berdiam diri itu lebih baik daripada mengeluarkan sesuatu perkataan yang mungkin menyentuh hati seseorang. Tapi itu tidak bermakna i TIDAK AKTIF.

Ya. I jarang makan. 

Tetapi itu tidak bermakna i tidak mahu keluar. Sudah pasti i ikut sekiranya di ajak sekali. Kenapa pulak sebab tak makan, x mahu ajak skali .. Just invite n let the person decide nak follow ker tak... Lepas tu, kecoh kecoh cakap DIET, x makan dan mula nak bagi nasihat itu ini. Bila orang dah start makan dan pedulikan je tu semua, Kecoh lagi macam KAGUM sangat bila orang makan..Lepas tu, cakap orang pasif padahal masing-masing dah tentukan siapa yang patut bercampur dengan mereka dan siapa yang tidak.. Asyik kritik kekurangan orang lain, Anggap usaha keras orang lain sebagai remeh temeh, tapi bila diri sendiri kena, baru nak kelam kabut macam dia sorang sahaja yang buat kerja..

Ya. I juga ada problem okay !!! 
I pun manusia biasa jugak..

Semua orang ada masalah masing-masing, semua orang ada pendapat masing-masing. Dengarlah idea apa yang nak diperkatakan bukannya melihat siapa yang berkata-kata. Tidakkah anda tahu mereka memerlukan kekuatan untuk menyuarakan sesuatu dengan pelbagai masalah di dalam kepala mereka. Give chance if they want to improve themselves. Tidakkah ada secubit rasa di hati mereka mungkin ada yang terguris dengan kata-kata yang di keluarkan.

Ya. i nak kahwin.

dan Ya. i ada blog untuk tulis Wedding Preparation tapi bukan untuk canang kat semua orang i nak kahwin. Blog tu sebab i ni pelupa. Bila i update di blog, ia adalah untuk peringatan diri sendiri dan oleh kerana orang lain pun mungkin akan refer, i lebih serius untuk mencari bahan-bahan yang sesuai. i x kisah if semua orang tahu i nak kahwin tapi ya i kisah bila ia dijadikan isu.

Maaf sekiranya entry kali ini agak panjang dan beremosi. Setiap kali emosi down, i akan cakap pada diri sendiri 'Tabahkan Hati, Kuatkan Semangat'. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi dan berusahalah kerana kita yang tentukan jalan mana yang kita pilih.

Tuesday, 5 July 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA DI PICC ( 8-10 JULY 2011)

Pameran Pengantin Malaysia kini kembali lagi..Kali ini ia akan berlangsung di PICC selama 3 hari bermula dari 8hb Julai sehingga 10 Julai 2011.

Rasa tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni sebab ada dapat voucher lepas klik 'like' n register di Facebook Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe ni. tapi dengan syarat kena jadi diantara 200 orang yang terawal pergi pameran tu nanti...

Jadi..mesti pergi..mesti mesti..eeee..X sabar nye..

Banyak sangat vendor yang terlibat kali ni terutama Rins Suzana..Sangat suka design design baju diorang. NGI pun ada..sangat sangat suka design pelamin diorang..

Nak tahu lebih lanjut ..silalah 'like' Pameran Pengantin Malaysia- by Urban Vibe Event

Jumpa di sana .. Okay

Sunday, 3 July 2011

Pelamin Angan-angan

Akhirnya dewan telah pun selamat di tempah dan dibayar deposit pagi tadi.. Thank You papa...

Semalam keluar lagi pergi PWTC ada Wedding Fair sambil nak survey dewan dekat sana tapi rate dia RM75 untuk 1 pax and minimum kena tempah 30 meja. Herm. Itu kena separate event untuk VIP dengan orang lain ni. Maknanya kalau nak buat kat sini kena buat 3 kali event. Event Nikah, resepsi 1 and resepsi 2. 
Waahh..

Selepas itu, pergi pulak Wedding Fair kat Stadium Malawati, Shah Alam tengok tengok design kad lagi. 

Dapat lah tengok design kad Tomok n Zaid Zaidi. Sweet Sangat..

But, no pic is taken due to my hp battery is already dead.Herm..

Progress:-
Reception Venue - Settle
Reception Catering- Settle
Dais Decorator - Settle

Semua yang berat - berat dah settle..Sekarang dah boleh fokus benda lain plak..Sebagai contoh..Engagement Event. Ramai orang cakap majlis tunang pun belum selesai lagi dah fikir pasal majlis kahwin. Risau sebab nak cari tempat bukan senang, kalau fikir diri sendiri, buat kat gelanggang futsal kat area sini pun dah ok dah. Tapi ada permintaan untuk air-cond la, kena ada parking la, yang paling penting kena tempatkan 1000 orang dalam satu masa,dan macam-macam lagi la.

Kebanyakan dewan kat sini pakai InHouse Catering..Kalau setakat buat 300 atau 400 orang bolehla..Tapi kawan sendiri pun jemputan yang hadir nak dekat 1500 orang, pe cite..Jadi settlekan yang berat dulu..

Sekarang boleh fokus Majlis Pertunangan dengan hati yang tenang..

Pelamin angan-angan seperti di bawah ^_^

Nice n Simple kan..tapi lupa ambil dari source yang mana

Nice n Simple also..from Ari Wedding Couture