Saturday, 11 June 2011

~E~: Baju Tunang Teaser

Hari tu tengah cari tailor nak jahit baju tunang kan. Haaa.. Nilah kain dia, yang lace tu mak beli waktu kat medan hari itu, mintak dia survey survey ja harga kat sana berapa.. Dia nampak kat patung, berkenan terus dia beli...Yang paling tak tahan yang dekat patung tu dia suruh SA buka sebab stok kain tu dah habis. 

Mula-mula ingatkan nak beli yang ready made je, senang tapi sebab dia dah excited belikan kain yang sangat dia berkenan. Nak tak nak kena cari tailor juga nak hantar kain ni. Dah call tailor yang memang pakar dalam bab baju kahwin-kahwin ni, dia kata boleh accept lagi. Tapi price RM250 termasuk beading. Jadi esok nak hantar kat dia. Tak berani nak letak nama dia lagi sebab tak tahu lagi outcome nanti camner. Kalau dah siap nanti, puas hati nanti aku bagitahu ya..

Biru

No comments:

Post a Comment