Thursday, 16 June 2011

"Sudah Bersediakah aku ?"

Kena bersedia sebelum menempuh alam yang baru iaitu alam Perkahwinan. Sometimes, berkata dalam hati   
      
" Sudah bersediakah aku?"

Makin dekat, semakin hatiku bimbang. Berulang kali ditanya soalan yang sama. 

" Betul-betul sudah bersediakah aku?"

Mental terasa kosong seolah-olah tidak mengetahui apa-apa tapi mahu..ihiks.. *_*

Pergi ke kedai buku mencari entah apa kemudian jumpa Ms. Google...

dan berjumpalah dengan PERKAHWINAN

Apakah definisi perkahwinan?

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.


Perkahwinan berbanding bersekedudukan

Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta kurang berisiko untuk didera secara fizikal.
Bersekedudukan (tinggal bersama sebagai satu keluarga tanpa perkahwinan yang sah) tidak memberi manfaat yang sama seperti pasangan yang berkahwin.Malah meningkatkan konflik, persengketaan dan risiko perceraian dalam perkahwinan akan datang.


Tip perkahwinan bahagia dan berkekalan

Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya

Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin 

Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin 
( yang ini sangat sangat penting )

Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan anda

Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat

Timba sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin 

Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih

Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin

Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin

Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing

Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin

Semakan akhir: 28 April 2008

Rujukan: - Infosihat

No comments:

Post a Comment