Monday, 23 May 2011

Promosi Kerja Kahwin 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN 2011

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011 pada 26 Mei - 06 Jun 2011 pada pukul 10.00 pagi - 8.00 malam ( Ahad - Khamis ) dan 10.00 pagi - 10.00 malam ( Jumaat - Sabtu ) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini merupakan penganjuran kali ke-6 yang bertemakan 'Kraf dan Perkahwinan Malaysia' dimana ianya mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang promosi berlangsung diantaranya ialah:-

Aktiviti Utama

1. Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan
2. Pameran Taman Raja Sehari
3. Demonstrasi dan Interaktif Kraf Perkahwinan
  • Demonstrasi Kraf dan Interaktif Kraf
  • Andaman dan Tatarias Pengantin Malaysia
  • Masakan dan Kuih Tradisional
  • Interaktif Kraf Perkahwinan
4. Peragaan Fesyen Busana Pengantin Malaysia
6. Irama Perkahwinan Malaysia
7. Perkhidmatan Lawatan Berpandu Berkumpulan


Acara Baru dan menarik

1. Majlis Persandingan Beramai-ramai
2. Kursus Pra Perkahwinan
3. Manifestasi Perkahwinan 1Malaysia
4. Pertandingan Seni Perkahwinan Malaysia
  • Paluan Kompang
  • Fotografi
  • Pantun & Seloka Bersama Klasik Nasional
5. Rewang Pengantin
6. Acara Kek Lapis Sarawak Terpanjang


Jom hadir beramai-ramai bagi memeriahkan promosi ini.

Friday, 20 May 2011

Wedding Theme

Esok mama nak fly pergi medan, sambil sambil tu aku tengah survey apa lagi yang aku boleh kirim beli atau pun survey kat sana..

Tengah baca baca Kisah Kaseh, tengok idea dia pasal deco guest book dengan Candy Table. Sangat kreatif dan dia telah banyak buat survey pasal benda benda cenggini...

Okay..Guest Book will be on my list for my mom to search in medan..hehe..

Victorian Collection Wedding Guest Book


Amour Collection Guest Book


Bella Donna Collection Champagne Wedding Guest Book


Bella Donna Collection Ivory Wedding Guest Book

Ivory Sparkling Entwined Guest Book and Pen Set


Ivory Beach Collection Guest Book and Pen Set


Dan sekarang aku dah jumpa warna tema yeay..Ni lah dia warnanya, mula-mula fikir nak warna coklat macam Ferrero Roche tue gabung dengan Gold..tapi ramai tak setuju.."GELAP" diorang cakap..huhu

Then nak warna maroon atau pun merah gabung dengan Gold..sebab memang sangat suka dengan warna merah..tapi sebenar-benarnya memang nak elak dari warna merah sebab asyik asyik pakai merah je..huhu

Last n Final, ini lah warna yang memang diidam idamkan sebenarnya cuma tak tahu nak cakap warna apa. Warna 

Ivory + Gold


Jadi boleh match dengan mana mana barang yang akan dipilih nanti termasuk baju..yeay ^_^

Monday, 16 May 2011

Wedding Songs

 Senarai lagu-lagu kahwin (Wedding song) English, Malay and Indonesia also other language ( Korea n Philippines)  version

Click utk dengar sambil layan v/clip kat youtube

( updated :- 7/6/2011 )

English songs
  1. Vanessa Amorosi - Perfect   
  2. LeAnn Rimes - I Need You 
  3. Shania Twain - From This Moment On  
  4. Bryan Adams - (Everything I Do) I Do It For You  
  5. Something Stupid - Robbie Williams & Nicole Kidman  
  6. Marc Anthony My Baby You  
  7. Ne-Yo - One In A Million  
  8. Truly, Madly, Deeply - Savage Garden 
  9.  My Destiny - Jim Brickman 
  10. Aladdin - A Whole New World  
  11. Beauty and the Beast- Celine Dion  
  12. Celine Dion - Titanic (LIVE)  
  13. LOVE - Nat King Cole 

Lagu Melayu
  1.  Aku dan Kamu klip-Ari Laso feat BCL 
  2. Tercipta Untukku - Ungu
  3. Apa Artinya Cinta - Melly Goeslow & Ari Lasso 
  4. Randy Pangalila - Lewat Semesta  
  5. Gita Gutawa dan Dafi - Dua Hati Menjadi Satu  
  6. Titi DJ - Bahasa Kalbu  
  7. Kehebatan Cinta-Jamal abdillah&Francisca  
  8. Jangan Berhenti Mencintaiku - Titi DJ  
  9. Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya  
  10. Dygta feat Ira - Cintamu -  
  11.  Larut - Dewa 19 
  12. bertakhta di hati - Faradhiya 
  13. Sesucinya Cinta Mu - Anuar Zain  
  14.  "Sedetik Lebih" - Anuar Zain
  15.  Ruth Sahanaya - Yang Terakhir 
  16. Reza - Cinta Kita
  17. Reza Artamevia "Keabadian" 
  18. DEWI YULL - Jangan Ada Dusta Diantara Kita  
  19. When You Tell Me That You Love Me  
  20. Cahaya Cinta - siti nurhaliza  

Lagu Other ( Korea and Philippines )

    Tugas

    Dah pening kepala dah fikir sesorang mana nak cari catering, mana nak decide baju, pelamin, door gift, hantaran lagi..

    Mak Toloooonnggggg!!!

    Tak boleh jadi ni..

    Pembahagian tugas pun berlaku..

    Papa - Menteri Kewangan ..hehe.. + guest list + invitation card 

    Mama - Catering + dewan

    Aku - Baju + Pelamin + Concept

    Nurul - Goodies + Door gift

    Pian n Ilyas - Photographer n runner

    Ringan sikit rasanya lepas divide tugas..tapi pelamin bentuk macam mana plak nie..sumer price range pelamin untuk dewan nak RM10k....waaa...
     
    Baik wat downpayment rumah macam nie..

    Relaks..kita survey dulu *wink*

    Promosi Sana - Sini 2011

    Dah lama tak menjengah ke sini..Rindunya rasa *_*

    Promosi di sana sini .. Hampir setiap tempat yang ada karnival atau ekspo pengantin..

    Semua orang serbu sebab nak cari idea la katakan..

    Paling menarik pameran di PICC ..sangkut jugak 3 vendor..dah siap bagi deposit lagi..

    Last- last fikir sendiri..alamak..mana satu ni??  semua macam menarik je.. tapi bila calculate balik.. alamak

    Over Bajet..

    Huhu..

    Dah kene pk cut cost...

    wwwaaaa...

    X pe..x pe.. masa masih panjang..jadi back to the basic..

    Start survey dalam blog balik idea idea b2b yang lain..

    P/S* Pada b2b yang lain, sebelum pergi karnival pengantin tue, tekadkan dalam hati..aku nak survey jer dulu...ckp byk kali..aku nak survey je dulu..hehe..ataupun tetapkan tema dulu n cari terus barang apa nak..lagi simple..okies

    Saturday, 7 May 2011

    Pameran Pengantin, Putrajaya

    Great News to all B2B

    Ada pameran pengantin lagi di Putrajaya International Convention Centre pada 6 - 8 Mei 2011

    Dah pergi dah jumaat yang lepas waktu Lunch Time wif Izyan ^_^ ..

    Kali ni pameran memang best sangat sebab banyak vendor yang ada baik dari catering, cards dan koleksi baju pengantin.

    Hanya yang terbaik untuk yang terbaik

    Harga pun sangat affordables..

    Esok nak pergi lagi, kali ni Mr. Hatiku n my mom