Thursday, 21 April 2011

Penceramah Gitar


Semalam waktu hantar beg bertugas di Putrajaya, tiba-tiba ternampak notis di tepi lif. Ada ceramah muzikal oleh Penceramah Gitar. Wow. Menarik !! Dalam banyak-banyak ceramah yg telah dihadiri tak pernah pulak penceramah yang menggunakan muzik gitar sebagai salah satu medium penyampaian kepada audience.


Ceramah disampaikan oleh En Mohd Radzi b Omar daripada SPRM. Ya.. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Hebatkan.. Beliau telah berkecimpung didalam bidang ini sejak dari tahun 1993 lagi. Dan telah mendapat liputan yang meluas dari dalam dan juga luar negeri. Ceramah yang disampaikan cukup berkesan di hati tambah-tambah lagi kalau bab yang menyentuh hati dan emosional.


Aku sebenarnya tak cadang pun nak datang dengar ceramah ni tapi dah alang-alang ada disini apa salahnya kan. En Radzi a.k.a ABAH banyak menyentuh mengenai perngorbanan ibu dan ayah.Kebanyakan mesej disampaikan melalui nyanyia beliau. Memang ku kagum dengan abah yang mampu menyanyi dengan baik sambil menyampaikan mesej yang memang sangat tepat dengan tajuk.


Last sekali kena buat wasiat untuk orang yang kita sayangi. Bagi yang belum berkahwin kena buat untuk parents la. So wasiatku adalah untuk PAPA n MAMA yang sangat ku sayangi. I LOVE YOU BOTH so much. Please lived happily ever after...


Video dibawah adalah mengenai pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya - Team Hoyt - Rick and Dick Hoyt , anaknya yang ISTIMEWA yang tidak mampu untuk berjalan dan bercakap tapi mampu menghabiskan MARATHON di serata dunia. Aku teringat pada YAZID, Al-Fatihah untuk beliau. Seandainya semua ayah di Malaysia ini begini,  
ALHAMDULILLAH.

No comments:

Post a Comment