Sunday, 13 March 2011

Nukilan Pertama CPenyu

Aku rasa aku akan bahasakan diri aku sebagai CPenyu. Okay.CPenyu wujudkan blog ini pada mulanya saja-saja untuk suka-suka sebab dah lama tak menulis. CPenyu bukanlah pakar didalam bidang penulisan,bukan juga seorang peminat novelis yang tegar, CPenyu membaca apa yang terlintas dihadapan mataku, untuk santapan rohaniku ^_^. Wah. Dah melalut sudah. Tujuan utama bukan untuk mendapatkan mata pencarian sampingan melainkan untuk menyampaikan mesej mesej yang penting sahaja. ( macam ada ja yang berminat nak letak iklan,perasan sungguh CPenyu ini lah )..Tapi kalau ada rezeki, alhamdulillah..amin... ^_^

Kenapa pilih nama Sea-Penyu. CPenyu pada satu masa dahulu adalah seorang pelaut. Tapi tak lama pun, dalam 2 tahun setengah jer, itu pun 8 bulan je belayar naik kapal. Lepas itu, duduk di office buat kerja belakang meja. Buat paperwork. dan sekarang pun CPenyu masih buat paperwork lagi tapi untuk majikan yang berbeza. ^_^. So kadang-kadang rindu jugak kehidupan sewaktu belayar dulu.

Sea-Penyu sebab CPenyu sukakan penyu tapi masih belum ada kesempatan untuk bertentang mata dengan Mr Penyu yang betul real live lagi...huhu..bila la agaknya dapat kita berjumpa ..Setakat plushie tu adalah.Itu pun CPenyu bagi pada arwah adik CPenyu iaitu sayangku Yazid ( al-fatihah) yang hampir genap setahun beliau pergi meninggalkan keluarga pada usia yang masih muda, 9 tahun. Setiap kali CPenyu tengok plushie tu, mesti terkenangkan arwah.. Tengok, air mata mengalir di pipi lagi, lap lap nanti orang nampak..huhu..try punyer try nama ni still available..so jadi la Sea-Penyu a.k.a Si Penyu a.k.a Penyu Laut a.k.a Sea Turtle

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan Kejadian Tsunami di Jepun.

Mama: Nasib baik kau dah berhenti. Panjang umur kau nak.
CPenyu: Ye mak
Mama: Kawan-kawan semua ada yang ke sana ? Semuanya selamat ?
CPenyu: Tak pasti mak. Rasa macam takde. Tapi semua takde respon di facebook sebab semua di atas kapal lagi. Tak jadi apa-apa kot. Kalau tak, mesti dah diumumkan dah.
Mama: betul jugak tu.Harap semua selamat

Kami berborak sambil melihat CNN pasal kejadian tsunami di Jepun. Pray for Japan. Sekarang ni ada camera phone, jadi ramai jugak yang rakam kejadian tsunami secara Live. Sekali harung je, kawasan Jepun seperti padang jarak,padang tekukur. Habis semua bangunan,kereta,lori musnah sekelip mata.

Tapi banyak pelajaran yang boleh kita nampak daripada kejadian hari ini. Orang Jepun begitu tabah tapi masih mengikut peraturan, masih beratur membeli barang keperluan. Kalau orang kita, dah merusuh agaknya...agaknya lah..Sikap bantu-membantu, bersedia untuk membangun semula dan macam-macam lagi.

P/S:- Let's all pray for Japan dan very much condolences from me for those who lose their family or friends in the tragedy.

No comments:

Post a Comment