Thursday, 24 March 2011

::Ketika di Laut::

Sedang aku mencari cari maklumat didalam pendrive, aku terbuka data-data lama ketika di MiSC dulu. Lepas tu, aku terjumpa pula gambar aku beraya di atas kapal. Teringat pula zaman atas kapal dulu. Gelagat anak-anak kapal. Waktu dulu, memang terasa hati, gurauan mereka memang agak kasar. Tetapi bila teringat balik, gelagat mereka seolah-olah anak-anak diasrama dan aku sebagai warden asrama. 

Tersenyum sendirian. ^_^.

.Malam Raya.

Anak-anak kapal bekerjasama menyiapkan persiapan raya. Ada yang buat kuih raya. (macam x sangka kan),tapi kebanyakan HQ dah supply dah. Aku jadi cikgu buat ketupat. Time ni lah teringat kat papa. Nasib baik dia ajar cara-cara nak buat ketupat. Memang kalau kat rumah pun aku seorang je yang tolong dia buat ketupat. Memang aku rindukan rumah waktu ni. Dah beli daun siap siap waktu di port Bintulu dan anyam sikit sikit seminggu sebelum raya. Rendang pun dah masak dah.

Anak-anak kapal beratur ikut turn nak pakai telefon satelit, call rumah masih-masing wish Selamat Hari Raya. Ada yang nangis lepas call rumah. Aku diperhatikan semua orang, diorang nak tengok aku nangis ke tak. X rock la nangis...hehe..tapi aku menangis juga pagi raya tue dalam kabin..haaa.

.Pagi Raya.

Berkumandang Takbir Raya melalui speaker kapal. Anak-anak kapal bersiap untuk solat raya bersama-sama. Khutbah raya dibacakan. Diberikan oleh HQ pada hari sebelum raya.Lepas tu, semua orang bertukar, pakai baju raya cantik-cantik.

Salam-salam minta maaf lepas kutuk bagai sebelum tue..^_^ ..
Dapat duit raya lagi tau dari kapten dan chief engineer. Tapi aku pun kene keluar duit raya jugak..Tak pe tak pe..Yang penting ikhlas dan bebudak happy..macam kelakar je bg duit raya pada orang lebih "muda"...hahaha..so sweet,murah rezeki.amin..

Tangkap tangkap gambar ramai-ramai...lepas tue jamuan makan raya di crew lounge.

Rindu Laaa Kat Semua Orang ^_^..

Chief Cook Azrul, Bob, One, n Me

No comments:

Post a Comment