Sunday, 27 March 2011

::Kampung Pengantin Review::

Hari Sabtu yang lepas, CP pergi survey kat Kampung Pengantin dengan ayah n alan. Mula-mula tu main redah je jalan sebab tak survey pun kat Mr Google dulu. Yang tahu dekat area nurul pernah kerja praktikal dulu.

Ayah nampak signboard Kampung Pengantin, kami pun ikut signboard tu dan sampai ke arah yang dituju. Waktu hadir, ada anggota Rela tengah jaga kawasan.. Oh ada wedding event rupanya malam ini. Anggota Rela tu pun sangat ramah dan tunjukkan kami ke arah pihak pengurusan di dalam. 
Karpet merah menyambut kehadiran kami ^_^. Rasa macam VIP plak. Lepas tue, nampak pelamin tersergam indah di salah satu bahagian hujung, tempat makan pengantin di sebelah kanan pelamin dan ada 2 tangga berwarna putih disebelah hujung yang lagi satu.

Event manager pun ada. Dia cakap tangga tu nanti, pengantin lelaki akan turun dari sebelah kiri dan pengantin perempuan akan turun dari sebelah kanan. Lepas tu, sama-sama berjalan ke arah pelamin. Kiranye pengantin akan melepasi semua tetamu sebelum duduk di singgahsana. Wah. Indahnya..

CP tak sempat ambil gambar sebab mendengar apa  yang dikatakan oleh event manager tue. Rate dia pun sangat sangat berbaloi. RM35 sahaja untuk buffet untuk tetamu sebanyak 1200 orang. Pelamin, kad kahwin, kek bertingkat, lauk pengantin, bunting, waiter, hampir kesemuanya termasuk dalam harga pakej RM35 tue. Kita cuma perlu fikir pasal mekap, baju pengantin dan door gift.

Tapi sayangnya CP tak boleh buat kat sini sebab walaupun semuanya dah terbaik tapi tempat dia lebih sesuai untuk event waktu malam. Kalau waktu siang, tak nampak menyerlah sangat ditambah restoran cina dibahagian pintu masuk ke Kampung Pengantin tersebut. X sesuaaiiiii..Kalau malam, memang perfect ditambah lampu-lampu yang cantik dan restoran cina tu pun dah tutup. ^_^. Tapi CP tak boleh buat malam sebab guest list macam ramai sahaja sebab ni event pertama dalam family CP.

Dewan UIA Gombak is next to go !!!

No comments:

Post a Comment