Thursday, 31 March 2011

::Pameran Pengantin Malaysia 2011::


 Acara : Majlis Pameran Pengantin Malaysia 2011
Tarikh : 1-3 April 2011
Tempat : PWTC,KL
Haa..dah alang - alang nak buat majlis. Biar lepas puas hati survey semua tempat. Ni ha ada setempat yang kumpulkan semua perkara pasal event ni. Jadi apa lagi bakal-bakal pengantin sekalian.!!!
 
!!!Jom Pergi !!!!

Monday, 28 March 2011

::Emosi::

Wah

~~ kenapa la manusia ni kena ada emosi ~~ 

~~hari ni rasa sangat penat..bukan penat fizikal tetapi penat emosi ~~ 

~~emosi CP sangat penat tau.. ~

Rasa cam nak nangis pun ada. 

Sebenarnya banyak perkara yang tak tertanggung didalam hati. Nak diluahkan tak boleh, nak dipendamkan.. Cam ni la jadinya.. 

Pergi solat lagi bagus...

~~ Oh Emosi~~

Sunday, 27 March 2011

::Kampung Pengantin Review::

Hari Sabtu yang lepas, CP pergi survey kat Kampung Pengantin dengan ayah n alan. Mula-mula tu main redah je jalan sebab tak survey pun kat Mr Google dulu. Yang tahu dekat area nurul pernah kerja praktikal dulu.

Ayah nampak signboard Kampung Pengantin, kami pun ikut signboard tu dan sampai ke arah yang dituju. Waktu hadir, ada anggota Rela tengah jaga kawasan.. Oh ada wedding event rupanya malam ini. Anggota Rela tu pun sangat ramah dan tunjukkan kami ke arah pihak pengurusan di dalam. 
Karpet merah menyambut kehadiran kami ^_^. Rasa macam VIP plak. Lepas tue, nampak pelamin tersergam indah di salah satu bahagian hujung, tempat makan pengantin di sebelah kanan pelamin dan ada 2 tangga berwarna putih disebelah hujung yang lagi satu.

Event manager pun ada. Dia cakap tangga tu nanti, pengantin lelaki akan turun dari sebelah kiri dan pengantin perempuan akan turun dari sebelah kanan. Lepas tu, sama-sama berjalan ke arah pelamin. Kiranye pengantin akan melepasi semua tetamu sebelum duduk di singgahsana. Wah. Indahnya..

CP tak sempat ambil gambar sebab mendengar apa  yang dikatakan oleh event manager tue. Rate dia pun sangat sangat berbaloi. RM35 sahaja untuk buffet untuk tetamu sebanyak 1200 orang. Pelamin, kad kahwin, kek bertingkat, lauk pengantin, bunting, waiter, hampir kesemuanya termasuk dalam harga pakej RM35 tue. Kita cuma perlu fikir pasal mekap, baju pengantin dan door gift.

Tapi sayangnya CP tak boleh buat kat sini sebab walaupun semuanya dah terbaik tapi tempat dia lebih sesuai untuk event waktu malam. Kalau waktu siang, tak nampak menyerlah sangat ditambah restoran cina dibahagian pintu masuk ke Kampung Pengantin tersebut. X sesuaaiiiii..Kalau malam, memang perfect ditambah lampu-lampu yang cantik dan restoran cina tu pun dah tutup. ^_^. Tapi CP tak boleh buat malam sebab guest list macam ramai sahaja sebab ni event pertama dalam family CP.

Dewan UIA Gombak is next to go !!!

Friday, 25 March 2011

:::Kucingku dalam Mesin Basuh:::

Cikut the Cat.

"Sekali sekala tidur dalam ni pun best jugak nie."

"Jangan bibik isi kain baju terus letak air esok sudah...ZZZZZZZzzzzzzzzz.."

Seronok nya tanpa gangguan..

Siapa plak yang candid camera ni..ish..

Thursday, 24 March 2011

::Ketika di Laut::

Sedang aku mencari cari maklumat didalam pendrive, aku terbuka data-data lama ketika di MiSC dulu. Lepas tu, aku terjumpa pula gambar aku beraya di atas kapal. Teringat pula zaman atas kapal dulu. Gelagat anak-anak kapal. Waktu dulu, memang terasa hati, gurauan mereka memang agak kasar. Tetapi bila teringat balik, gelagat mereka seolah-olah anak-anak diasrama dan aku sebagai warden asrama. 

Tersenyum sendirian. ^_^.

.Malam Raya.

Anak-anak kapal bekerjasama menyiapkan persiapan raya. Ada yang buat kuih raya. (macam x sangka kan),tapi kebanyakan HQ dah supply dah. Aku jadi cikgu buat ketupat. Time ni lah teringat kat papa. Nasib baik dia ajar cara-cara nak buat ketupat. Memang kalau kat rumah pun aku seorang je yang tolong dia buat ketupat. Memang aku rindukan rumah waktu ni. Dah beli daun siap siap waktu di port Bintulu dan anyam sikit sikit seminggu sebelum raya. Rendang pun dah masak dah.

Anak-anak kapal beratur ikut turn nak pakai telefon satelit, call rumah masih-masing wish Selamat Hari Raya. Ada yang nangis lepas call rumah. Aku diperhatikan semua orang, diorang nak tengok aku nangis ke tak. X rock la nangis...hehe..tapi aku menangis juga pagi raya tue dalam kabin..haaa.

.Pagi Raya.

Berkumandang Takbir Raya melalui speaker kapal. Anak-anak kapal bersiap untuk solat raya bersama-sama. Khutbah raya dibacakan. Diberikan oleh HQ pada hari sebelum raya.Lepas tu, semua orang bertukar, pakai baju raya cantik-cantik.

Salam-salam minta maaf lepas kutuk bagai sebelum tue..^_^ ..
Dapat duit raya lagi tau dari kapten dan chief engineer. Tapi aku pun kene keluar duit raya jugak..Tak pe tak pe..Yang penting ikhlas dan bebudak happy..macam kelakar je bg duit raya pada orang lebih "muda"...hahaha..so sweet,murah rezeki.amin..

Tangkap tangkap gambar ramai-ramai...lepas tue jamuan makan raya di crew lounge.

Rindu Laaa Kat Semua Orang ^_^..

Chief Cook Azrul, Bob, One, n Me

Saturday, 19 March 2011

Planning for the Big Event

I am getting married soon..haha..actually it is not around the corner okay.. the date is so far far away but I dah bz bz surveying the place on where will the keramat day will be..^_^ ..and the date also..haha..and my father ( who will sponser me of course) and my future husband already geleng kepala look at my attitude..what to do..I'm too excited okay..really really excited..what to do if they are not..it is  my BIG DAY..

So far, there are several places that I have search all over the internet and even ask for their price quotation and they replied..yippie..you know how excited I am when I received their email...

1. Kampung Pengantin 







2) Dewan Prima Ljt Taman Melawati




There are other places too but these 2 is like I Fell In Love from The 1st Sight..hhuhh...Okay regarding the booking fee, both of them need to be booked at least 6 month earlier from the big event and they also request some booking fee and advance..Haa. This is where my efforts to survey earlier worth it. Need to earn more money and start to save from now. That means no shopping new clothes, no lunch, need to plan my event...

Thursday, 17 March 2011

Wah..Pesta Belon Panas dah Kembali lagi

 Unik kan belon panas nie. Sekarang dah masuk kali ke-3 Fiesta Belon Panas di Precint 2 Putrajaya. Tapi CPenyu pun tak pernah pergi juga. Bila lah agaknya agaknya CPenyu boleh naik alah menatang ni. Kagum betul. Memang tepat sangat lah sekarang kan musim cuti sekolah. Haaa..apa lagi, bawalah anak-anak plus anak saudara atau anak-anak jiran ker daripada asyik bawa balik kampung jer, bawa la datang sini...Belajar perkara baru.

Belon Darth Vader :- credit to myballoonfiesta.com
Ada lebih daripada 25 peserta belon panas kali ni. Ada bermacam-macam bentuk. Ada doraemon, Mr Marsmallow, ada ala-ala macam Mr Clown,Mr Felix the cat, Mr Lion Head dan banyak lagi. eerrr..bentuk Sea Turtle tak der ergh..^_^..Mungkin boleh dicadangkan satu hari nanti creature under the sea pun boleh ada di angkasa jugak..eeee...kan menarik tue..credit to  myballoonfiesta.com CPenyu nak pinjam beberapa gambar belon panas untuk tatapan readers semua okay..

Balloon Pilot : - Hedaaki Ito (Japan)

Balloon Pilot : -Phillip Audenaert (Belgium)

Balloon Pilot : -Reck Jean-Marie (France)
Balloon Pilot : -Nguyen Dinh Thien (Vietnam)

Balloon Pilot : -Gary More (USA)

Balloon Pilot : -Smeets Luc (Belgium)
Kalau ada yang berminat nak naik pun boleh. Tiket untuk orang dewasa RM 10 je, untuk kanak-kanak RM 5. Tapi maksimum sorang boleh beli 4 tiket sahaja. Mungkin ramai sangat yang kecewa waktu fiesta yang lepas so dia buat lagi kali ni dengan harapan semua yang tak sempat nak pergi last time boleh join kali ni. So peluang dah terbuka, no more excuse saying that banyak kerja la apa la.. 

Event paling best hari Sabtu malam Ahad kot, ada fireworks and the balloons will dance according the music n ligth..waa..CPenyu nak join jugak nie..

Kalau nak apa-apa info lagi boleh lawat website rasmi fiesta nie My Balloon Fiesta. Nanti kita jumpa kat sana ya.

Sunday, 13 March 2011

Nukilan Pertama CPenyu

Aku rasa aku akan bahasakan diri aku sebagai CPenyu. Okay.CPenyu wujudkan blog ini pada mulanya saja-saja untuk suka-suka sebab dah lama tak menulis. CPenyu bukanlah pakar didalam bidang penulisan,bukan juga seorang peminat novelis yang tegar, CPenyu membaca apa yang terlintas dihadapan mataku, untuk santapan rohaniku ^_^. Wah. Dah melalut sudah. Tujuan utama bukan untuk mendapatkan mata pencarian sampingan melainkan untuk menyampaikan mesej mesej yang penting sahaja. ( macam ada ja yang berminat nak letak iklan,perasan sungguh CPenyu ini lah )..Tapi kalau ada rezeki, alhamdulillah..amin... ^_^

Kenapa pilih nama Sea-Penyu. CPenyu pada satu masa dahulu adalah seorang pelaut. Tapi tak lama pun, dalam 2 tahun setengah jer, itu pun 8 bulan je belayar naik kapal. Lepas itu, duduk di office buat kerja belakang meja. Buat paperwork. dan sekarang pun CPenyu masih buat paperwork lagi tapi untuk majikan yang berbeza. ^_^. So kadang-kadang rindu jugak kehidupan sewaktu belayar dulu.

Sea-Penyu sebab CPenyu sukakan penyu tapi masih belum ada kesempatan untuk bertentang mata dengan Mr Penyu yang betul real live lagi...huhu..bila la agaknya dapat kita berjumpa ..Setakat plushie tu adalah.Itu pun CPenyu bagi pada arwah adik CPenyu iaitu sayangku Yazid ( al-fatihah) yang hampir genap setahun beliau pergi meninggalkan keluarga pada usia yang masih muda, 9 tahun. Setiap kali CPenyu tengok plushie tu, mesti terkenangkan arwah.. Tengok, air mata mengalir di pipi lagi, lap lap nanti orang nampak..huhu..try punyer try nama ni still available..so jadi la Sea-Penyu a.k.a Si Penyu a.k.a Penyu Laut a.k.a Sea Turtle

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan Kejadian Tsunami di Jepun.

Mama: Nasib baik kau dah berhenti. Panjang umur kau nak.
CPenyu: Ye mak
Mama: Kawan-kawan semua ada yang ke sana ? Semuanya selamat ?
CPenyu: Tak pasti mak. Rasa macam takde. Tapi semua takde respon di facebook sebab semua di atas kapal lagi. Tak jadi apa-apa kot. Kalau tak, mesti dah diumumkan dah.
Mama: betul jugak tu.Harap semua selamat

Kami berborak sambil melihat CNN pasal kejadian tsunami di Jepun. Pray for Japan. Sekarang ni ada camera phone, jadi ramai jugak yang rakam kejadian tsunami secara Live. Sekali harung je, kawasan Jepun seperti padang jarak,padang tekukur. Habis semua bangunan,kereta,lori musnah sekelip mata.

Tapi banyak pelajaran yang boleh kita nampak daripada kejadian hari ini. Orang Jepun begitu tabah tapi masih mengikut peraturan, masih beratur membeli barang keperluan. Kalau orang kita, dah merusuh agaknya...agaknya lah..Sikap bantu-membantu, bersedia untuk membangun semula dan macam-macam lagi.

P/S:- Let's all pray for Japan dan very much condolences from me for those who lose their family or friends in the tragedy.