Tuesday, 11 January 2011

::Wanita Perampas Suami Orang::

Tajuk entry kali ni, aku pasti agak panas. Hot Story yang tak lekang di telan zaman. Daripada zaman dulu dah pernah dengar mengenai spesis wanita ini. Di mana titik permulaannya. Wallahualam. 

Kalau waktu aku kecil kecil dulu, jarang dengar kisah hidup bermadu walaupun memang ada. Tetapi sekarang,bila dalam suratkhabar cerita ni. Ada kena tetak,kena simbah asid. Dimanakah silapnya ? Wanita kerana tidak pandai menjaga emosi ataupun lelaki yang tidak pandai mendidik wanita dan hanya berserah kepada qada' qadar ? Yang teruk, jadi mangsa adalah anak-anak diorang tu  ha.. Tak fikir dulu ke sebelum buat .
Yang paling buat aku geram bila diorang cakap ' terima je la, dah qada' qadar, jodoh di tangan tuhan '. Bila bab jodoh je di tangan tuhan. Tapi pernah dengar tak korang pasal ni.

Firman Allah:
Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-R’aad : 11)

Tiada siapa yang boleh ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri. Janganlah sikit sikit letakkan takdir sebagai jawapan.  

"Saya masih sayangkan isteri pertama". Masih sayang tapi sekarang tak pasal pasal kena tetak plak dengan isteri kedua dia. Aper ke halnya ????

Yang terbaru, seorang kanak-kanak, Nur Dania Qistina, 3, yang meninggal dunia disyaki didera di Kampung Sungai Tiram di sini Ahad lalu dipercayai di dera ibu tiri. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ye lah..baru je umur 3 tahun, masih kecil lagi, suci bersih lagi tau.. memang tak faham macam mana orang zaman sekarang ni berfikir.

Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, secara tidak sengaja menerima simbahan asid daripada ayahnya yang tersayang kerana sedang bertengkar dengan ibunya. Kemarahan yang sementara tetapi kesan seumur hidup kepada kanak-kanak malang ini. Rasa sangat geram ..

Yang kat bawah nie, aku ambil beberapa petikan daripada Buluh.iluvislam sebagai contoh. Aku serahkan pada yang lebih pakar untuk bahagian ni sebab aku pun bukannya pandai sangat.. Siapa yang nak baca penerangan lebih panjang lebar, sila pergi ke website tersebut ya..

Banyak lagi kes - kes macam ni yang aku tahu tapi tak dilaporkan pada mahkamah terutama kes kes yang boleh dikategorikan sebagai kes High Profile sebab konon untuk menjaga nama dan maruah keluarga. Tapi yang terseksa adalah anak - anak. Kena memendam rasa sentiasa tapi tak tahu nak diadukan kepada siapa. Sedih tengok mak dan ayah diorang sendiri macam orang asing walaupun tinggal serumah. Kena bahagi dua walaupun selalu di depan mata. Nak jumpa pun kena buat appointment, kelakar betul dan pada perempuan-perempuan yang tak sedar diri tue pun, konon bangga dapat Ikan Besar, ada pangkat dan pandang orang sebelah mata pastu sibuk canang satu malaysia. Tak tahu malu langsung. Nasihat, tak payah lah nak bangga sangat walaupun masyarakat tak berani nak cakap apa. 

What comes around goes around. Just wait for your turn. @_@

* Maaf sekiranya ada yang tersinggung, entry ini hanya untuk berkongsi rasa penulis terhadap apa yang berlaku didalam masyarakat sekarang. Ye lah asyik positif aja, sekali sekala kena tulis juga pasal masalah sosial zaman sekarang. ^_^

2 comments:

  1. betul, kesian orang-orang sekeliling yang jadi mangsa terutama anak-anak..

    ReplyDelete
  2. salam...

    bila cemburu menguasai diri..ni lah jadinya..

    **folo ur blog..***21

    ReplyDelete