Saturday, 29 January 2011

::Operasi GiGi::

Sebenarnya gigi ni dah lama bagi warning, sejak duty onboard vessel lagi dah sakit dah. Time tue Chief Cook Azrul  buatkan air garam bagi aku minum.. Amik ko..Beberapa hari deria rasa lidahku hilang. Habis semua yang di makan tawar tak da rasa. Dalam hati, nak je marah Chief Cook sebab semua masakan dia tawar..^_^..bila fikir fikir balik..laa..rupanya penangan air garam tadi..mulut ku rasa kebas..semua rasa hilang..patutlah semua masakan rasa tawar..
Gambar hiasan -  ComicsVanguard -
Kali ni sakit gigi ku menyerang kembali. Rasa nak gigit gigit jer benda yang untuk baby gigit tue..geram..tadi ikut Ana pergi klinik gigi kat Kajang ( jauhnya cari doktor gigi kan ).. doktor cakap kena operate 4 gigi kat bahagian belakang tue..erk..x silap ek..4 batang gigi geraham ku kena operate jugak..huhu..satu batang bahagian atas RM65 dan satu gigi bahagian bawah RM300 - RM400...waaaa...mahalnya...tapi kira murah jugak la..sebab dah tanya area KL sebenarnya dan dia caj RM500 untuk sebatang gigi di bahagian bawah.. lagi bankrup..

Gambar Hiasan - Themuterobot.com
Kalau buat macam picture kat atas tu boleh ke agak-agak...tak boleh jugak sebab doktor cakap gigi bongsu tu tumbuh senget, dua dua belah jadi kena cabut secara operate juga..kalau operate bawah je, nanti gigi atas akan tergigit gusi bahagian bawah sebab rapat sangat nanti lagi lambat baik..sebab tu dia advise buang semua 4 gigi tue..huhu..start next week ..my first teeth operation will be done..harap gaji dah masuk by that time..dah sakit sangat dah ni..
Gambar Hiasan - Cartoonstock.com


2 comments:

  1. uish..kalau sakit gigi memang tak leh nak tolerate..
    prepare pain killer banyak2..huhu

    ReplyDelete
  2. pain killer erin..dah lama x makan benda tu dah..ggrrr..

    ReplyDelete