Saturday, 29 January 2011

::Operasi GiGi::

Sebenarnya gigi ni dah lama bagi warning, sejak duty onboard vessel lagi dah sakit dah. Time tue Chief Cook Azrul  buatkan air garam bagi aku minum.. Amik ko..Beberapa hari deria rasa lidahku hilang. Habis semua yang di makan tawar tak da rasa. Dalam hati, nak je marah Chief Cook sebab semua masakan dia tawar..^_^..bila fikir fikir balik..laa..rupanya penangan air garam tadi..mulut ku rasa kebas..semua rasa hilang..patutlah semua masakan rasa tawar..
Gambar hiasan -  ComicsVanguard -
Kali ni sakit gigi ku menyerang kembali. Rasa nak gigit gigit jer benda yang untuk baby gigit tue..geram..tadi ikut Ana pergi klinik gigi kat Kajang ( jauhnya cari doktor gigi kan ).. doktor cakap kena operate 4 gigi kat bahagian belakang tue..erk..x silap ek..4 batang gigi geraham ku kena operate jugak..huhu..satu batang bahagian atas RM65 dan satu gigi bahagian bawah RM300 - RM400...waaaa...mahalnya...tapi kira murah jugak la..sebab dah tanya area KL sebenarnya dan dia caj RM500 untuk sebatang gigi di bahagian bawah.. lagi bankrup..

Gambar Hiasan - Themuterobot.com
Kalau buat macam picture kat atas tu boleh ke agak-agak...tak boleh jugak sebab doktor cakap gigi bongsu tu tumbuh senget, dua dua belah jadi kena cabut secara operate juga..kalau operate bawah je, nanti gigi atas akan tergigit gusi bahagian bawah sebab rapat sangat nanti lagi lambat baik..sebab tu dia advise buang semua 4 gigi tue..huhu..start next week ..my first teeth operation will be done..harap gaji dah masuk by that time..dah sakit sangat dah ni..
Gambar Hiasan - Cartoonstock.com


Thursday, 27 January 2011

::Pakej Poligami RMM3000 semua di tanggung beres???::

Credit to Harian Metro
KUALA LUMPUR: Bagi menutup pernikahan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir VIP dikesan menggunakan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap dengan sijil nikah kononnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Sindiket berkenaan yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lalu cuma mengenakan bayaran RM3,000 dan ia dikatakan mendapat sambutan hangat di kalangan orang kenamaan yang ingin berpoligami secara diam-diam berikutan sijil nikah palsu yang dikeluarkan itu. Menurut sumber, sindiket itu bijak memancing pasangan supaya menggunakan khidmat mereka dengan meyakinkan pernikahan diuruskan bukan saja sah dari segi Islam, malah turut diperakui Jawi dengan sijil perkahwinan dan kad nikah dikeluarkan sebaik proses ijab kabul selesai.

Sumber itu berkata, majlis ringkas ijab kabul kebiasaannya dilakukan di hotel sekitar ibu negara dan pengantin perempuan selalunya membawa saudara lelaki terdekat mereka sebagai wali.
“Khidmat disediakan sindiket itu mendapat sambutan sebab pengantin lelaki tidak perlu bersusah payah melalui prosedur berpoligami yang agak ketat di pejabat agama atau membelanjakan kos yang tinggi untuk bernikah di negara jiran.

“Bagaimanapun, penipuan sindiket itu terbongkar apabila perkahwinan pasangan yang menggunakan khidmat sindiket itu tidak kekal lama dan terpaksa bercerai,” katanya. Menurutnya, selepas bercerai, isteri kedua yang dijatuhkan talak pergi ke pejabat Jawi untuk mengesahkan perceraian dan ketika itulah masalah mula timbul apabila dimaklumkan perkahwinannya tiada dalam rekod atau tidak pernah didaftarkan di Jawi.

“Bila tiada dalam rekod pendaftaran perkahwinan, macam mana nak diuruskan atau didaftarkan perkahwinan? Pada masa inilah bekas isteri terbabit berdepan masalah masalah besar kerana dia tidak berhak membuat tuntutan nafkah dan sebagainya,” kata sumber itu.

Beliau yang menguruskan pusat aduan rumah tangga dan menyediakan khidmat kaunseling berkata, setakat ini pihaknya menerima aduan daripada lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.

“Sekali imbas, memang sijil dan kad nikah dikeluarkan sindiket itu seperti tulen, tapi selepas kami menyelidikinya betul-betul didapati tandatangan yang tertera di atas dokumen berkenaan bukan tandatangan individu yang mempunyai kuasa, sebaliknya tidak diketahui ia tandatangan siapa,” katanya.
Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa kuasa khususnya Jawi melakukan siasatan kerana ada kemungkinan wujud pembabitan ‘orang dalam’ yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan hingga mereka mampu mengeluarkan sijil dan kad akuan nikah yang nampak seperti tulen.

“Tambahan pula, mengikut aduan lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket itu mereka berurusan dengan individu yang sama dan lelaki itu turut mendakwa dia bekerja di Jawi,” kata sumber berkenaan. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, orang ramai seharusnya sedar tiada jalan pintas untuk melakukan proses pernikahan, apatah lagi berpoligami, sebaliknya ia perlu melalui prosedur ditetapkan. “Tak ada ‘pintu belakang’ kepada sesiapapun termasuk golongan VIP untuk mempercepatkan proses poligami dan mahu mendapatkan kad serta sijil nikah. “Jika ada pihak mendakwa mampu menyediakan cara mudah tanpa mengikuti prosedur, bermakna ia satu penipuan kerana kad akuan nikah tulen hanya boleh dikeluarkan Jawi dan kad itu mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu,” katanya.

Tuan Asmawi berkata, pihaknya memandang serius masalah itu dan akan menyiasat kes seumpamanya sebelum tindakan diambil.

“Kita tahu dan kenal semua pendaftar nikah yang ada. Malah, ada pendaftar nikah yang kita terpaksa tamatkan perkhidmatan disebabkan faktor disiplin.

“Sebagai contoh, ada pendaftar nikah dibuang disebabkan terlalu lama memerap pernikahan dilangsungkan mereka sehingga mempelai menanggung kelewatan pengeluaran sijil dan kad nikah terlalu lama,” katanya.

Justeru, katanya, pihak yang mahu melangsungkan poligami dinasihatkan mengikut prosedur.

* Saya memang mengutuk habis habisan semua orang yang terlibat yang buat macam nie ... no school punya orang!! *

Wednesday, 26 January 2011

Kecanggihan Android

Hari ahad yang lepas aku temankan Mr.Hatiku pergi Sunway Pyramid,dia ada kelas kat sana. Sambil sambil tue aku pusing pusing la kat dalam sunway tue tengok2 apa yang ada. Yelah dah lama tak datang sini..kira-kira adalah jugak lepas habis skolah kot..lama sangat dah tue.then masuk kedai sony ericsson.Reason nak survey2 hp untuk nurul je then Mr.Hatiku masuk dan bermain dengan experia 10..salesman pun seronok melayan kitorang dan terus bercerita dengan rancak..aku tengok pun hp ni macam besh je..nak beli iphone x mampu..mahal sangat..nak signup ngan maxis rasa mcm x berbaloi sbb jarang guna telefon pun..last2 aku angkat 1 ..hehe..android x10..ni test hantar n3 gune android la ni...besh..x yah selalu on laptop selalu dah..yeay..

Published with Blogger-droid v1.6.6

Friday, 14 January 2011

::Celcom Everyone Sale is back::

Macam tau tau jer celcom ni yang aku tengah berfikir untuk mendapatkan sebuah telefon yang baru.. ni yang buat aku sayang lebih ni kat Celcom dan juga Churp Churp sebab bgtau pasal Promosi Celcom nie..Mana la tahu kalau ada rezeki kan, kalau tak dapat melalui benda alah ni, tak pedulik, aku akan dapatkan juga sebuah BB bersama Celcom ^_^...Dari mata jatuh ke hati ni ..



Tapi promosi ni pasal apa sebenarnya..


Okay kalau nak tukar hp baru la kan..dengan harga yang cukup-cukup murah dan berbaloi. Ini lah masanya, waktu ni, semua jenis orang, tak kira tua atau muda,lelaki atau perempuan,kaya ataupun errr berkemampuan, boleh dapatkan jenis hp yang terkini, yang terhangat di pasaran untuk dimiliki.. wowww...teruja sekejap..dah lama fikir nak tukar smartphone nie..^_^

Haa..tapi ada syarat dia tau..bukan senang-senang je dia nak bagi discount..

Syarat yang pertama:- 
Mestilah pelanggan X-Pax..bukan ke??..haa pergi cepat cepat register untuk no Pax ni..

Syarat yang kedua:-
Dapatkan diskaun token..apa pulak diskaun token ni..okay..diskaun token ni setiap kali korang gunakan RM10 prepaid airtime,korang akan diberikan 1 token. Lebih banyak digunakan,lebih banyak token yang korang akan dapat untuk redemption nanti.

Syarat yang ketiga:- 
Untuk pelanggan setia celcom sahaja. Lebih lama korang bersama dengan Celcom, lebih banyak token akan diberikan untuk redemption nanti.

Haa..tu je syarat dia..mudah je kan..kalau minat klik je kat sini  


Okay.. Selamat bergembira dengan smartphone yang baru ^_^

P/S: Baru jer beli smartphone hari ni ( Sabtu, 22 Jan 2011) kat Sunway Pyramid ditemani Mr Hatiku - Xperia10...

Tuesday, 11 January 2011

::Wanita Perampas Suami Orang::

Tajuk entry kali ni, aku pasti agak panas. Hot Story yang tak lekang di telan zaman. Daripada zaman dulu dah pernah dengar mengenai spesis wanita ini. Di mana titik permulaannya. Wallahualam. 

Kalau waktu aku kecil kecil dulu, jarang dengar kisah hidup bermadu walaupun memang ada. Tetapi sekarang,bila dalam suratkhabar cerita ni. Ada kena tetak,kena simbah asid. Dimanakah silapnya ? Wanita kerana tidak pandai menjaga emosi ataupun lelaki yang tidak pandai mendidik wanita dan hanya berserah kepada qada' qadar ? Yang teruk, jadi mangsa adalah anak-anak diorang tu  ha.. Tak fikir dulu ke sebelum buat .
Yang paling buat aku geram bila diorang cakap ' terima je la, dah qada' qadar, jodoh di tangan tuhan '. Bila bab jodoh je di tangan tuhan. Tapi pernah dengar tak korang pasal ni.

Firman Allah:
Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-R’aad : 11)

Tiada siapa yang boleh ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri. Janganlah sikit sikit letakkan takdir sebagai jawapan.  

"Saya masih sayangkan isteri pertama". Masih sayang tapi sekarang tak pasal pasal kena tetak plak dengan isteri kedua dia. Aper ke halnya ????

Yang terbaru, seorang kanak-kanak, Nur Dania Qistina, 3, yang meninggal dunia disyaki didera di Kampung Sungai Tiram di sini Ahad lalu dipercayai di dera ibu tiri. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ye lah..baru je umur 3 tahun, masih kecil lagi, suci bersih lagi tau.. memang tak faham macam mana orang zaman sekarang ni berfikir.

Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, secara tidak sengaja menerima simbahan asid daripada ayahnya yang tersayang kerana sedang bertengkar dengan ibunya. Kemarahan yang sementara tetapi kesan seumur hidup kepada kanak-kanak malang ini. Rasa sangat geram ..

Yang kat bawah nie, aku ambil beberapa petikan daripada Buluh.iluvislam sebagai contoh. Aku serahkan pada yang lebih pakar untuk bahagian ni sebab aku pun bukannya pandai sangat.. Siapa yang nak baca penerangan lebih panjang lebar, sila pergi ke website tersebut ya..

Banyak lagi kes - kes macam ni yang aku tahu tapi tak dilaporkan pada mahkamah terutama kes kes yang boleh dikategorikan sebagai kes High Profile sebab konon untuk menjaga nama dan maruah keluarga. Tapi yang terseksa adalah anak - anak. Kena memendam rasa sentiasa tapi tak tahu nak diadukan kepada siapa. Sedih tengok mak dan ayah diorang sendiri macam orang asing walaupun tinggal serumah. Kena bahagi dua walaupun selalu di depan mata. Nak jumpa pun kena buat appointment, kelakar betul dan pada perempuan-perempuan yang tak sedar diri tue pun, konon bangga dapat Ikan Besar, ada pangkat dan pandang orang sebelah mata pastu sibuk canang satu malaysia. Tak tahu malu langsung. Nasihat, tak payah lah nak bangga sangat walaupun masyarakat tak berani nak cakap apa. 

What comes around goes around. Just wait for your turn. @_@

* Maaf sekiranya ada yang tersinggung, entry ini hanya untuk berkongsi rasa penulis terhadap apa yang berlaku didalam masyarakat sekarang. Ye lah asyik positif aja, sekali sekala kena tulis juga pasal masalah sosial zaman sekarang. ^_^

Sunday, 9 January 2011

::Gombak@ Sg. Besi @ Putrajaya Part 2 ::

Haaa. Macam yang aku janjikan pada diri aku sendiri minggu lepas, by the end of the week aku pasti akan mendapat at least sebuah bilik untuk disewa. Selepas aku temankan Mr Hatiku join 'Cabaran Catur Bistari 2010/2011' di PICC, Putrajaya semalam, ( nanti aku citer pasal ni kat entry lain ya (,")), aku pun straight terus masuk ke highway Sungai Besi menuju ke Mines..bukannya reti jalan sangat pun..main redah ajer..huhu..belum beli GPS lagi...cemburu melihat mereka yang sudah ada GPS -_- ...

Ish..kenapa nampak macam pelik semacam je jalan nie.?? Betul ker aku ikut jalan ni ?? Signboard mana ??

Alih alih aku nampak bunting cakap Highway Lekas.. @_@ ...

Highway lekas bukan nak masuk ke Nilai dah ker ?? Tempat pertama aku stop, Petronas..kasi minyak kereta penuh dulu...pam tayar kereta dulu...cucuk duit dulu untuk bayar tol nanti...persiapan kalau kalau sesat sampai seremban..huhu..ye lah..adik - adik aku pun cakap ' Kak Mira ni kalau tak sesat tak sah !!! ' Tapi alih alih kalau diorang sesat, aku juga yang jadi rujukan diorang tau... ^_^ bangga...

Aku nak pergi apartment yang kat sebelah kanan, tapi aku tak jumpa jalan straight direct pergi sana jadi aku jalan jalan dulu kat kawasan perumahan sebelah kiri..Herm...very not familiar with the area.tiba-tiba tembus kawasan kilang ??? .keluar balik  jalan besar then U - turn..mana simpang nie ?? apartment aku dah nampak dah..tapi...tapi...aku tak jumpa-jumpa simpang sampai masuk balik highway sungai besi tadi..huhu..ntah pe pe ntah..leceh juga kalau tinggal sini ni kalau sesorang..Kedai pun bukannya turun jumpa kedai terus..Dekat sangat dengan highway pulak tue...

Jadi hasrat untuk duduk di bilik sewa terpaksa dipendamkan dulu buat sementara...

Adoi..Sabar ajer lah yer.. !_!

Friday, 7 January 2011

::Gombak @ Sg. Besi @ Putrajaya::


Aaarrghhh..tensyen..tensyen..dah ada posting tapi tempat tak der lagi...Buat sementara ni aku masih lagi ulang alik dari gombak ke Sapura @ Mines..Dalam hati ni dah menjerit jerit dah aku nak keluar rumah..Aku nak pergi sewa rumah kat luar laa..Nak hidup bujang ..hehe..tapi banyak  betul benda nak kena fikir...bab sewa rumah no hal..bab house mate tu yang aku peningkan..ish ish...@_@

Since aku ditugaskan di Sapura @ Mines tue..Aku rasa nak sewa di Taman Sungai Besi Indah je. Dekat sikit.Dalam masa 15 minit dah sampai opis...Dapat elak kesesakan di jalan jugak...Parking pun tak yah rebut rebut..i like..tapi x der partner plak..sesorang jer kat sini..Dalam hati kalau duduk sesorang pun best jugak..Rumah dah jumpa dah. Sebuah condo. Sewa dalam RM600 sebulan,fully furnished dan internet free..yiiieehhhaaa..bab tu aku paling aku suka. 5 minit je jalan kaki pergi Mines Mall. Tapi awal awal dah kena warning ngan mama, ' Ko jangan ngada ngada nak duduk sorang yer, ko tu anak dara,apa-apa jadi nanti saper nak jawab'..huhu..punah impian..

Sewa kat putrajaya je lah..walaupun jauh sama je macam duduk kat rumah tapi kat sana ada kawan-kawan.. Tak der la rasa terasing sangat ye tak...Aku memang suka duduk kat rumah tapi memandangkan umur aku dah 26 tahun 9 bulan ( lagi 3 bulan jer lagi nak masuk angka baru ni) @_@ .. Aku nak duduk rumah sewa jugak..apa nak jadi jadi la...Akhir minggu ni aku pasti akan dapat sebuah rumah sewa..Pasti...

Tuesday, 4 January 2011

:::Lapor Diri di Sapura@Mines:::

Dah lama tak update entry kan. Sekarang tengah bz melapor diri kat Sapura@Mines..haaa..tahu tak bangunan Sapura ni yang mana satu. Kalau lalu kat highway Sungai Besi nanti korang nampak la bangunan yang berkubah warna biru di tepi jalan tue...

Mula-mula time Pn Pinta letakkan kat sini, aku tak dapat bayangkan kat mana la sebenarnya tempat ni. Dah elok-elok planning nak pergi cari rumah sewa kat Putrajaya dengan Lily, terpaksa la cancel...Pn Pinta pun pernah posting kat sini jugak dan banyak cerita pasal tempat ni.Dia cerita seronok sangat sampai ada yang dah posting sini sampai tak mahu balik kat tempat asal kat Putrajaya tue...

 Nama Pn Pinta ni sangat unik kan..jangan pandai pandai letak huruf R kat belakang tue...dia dah warning awal2..waktu mula2 jumpa dia, wow..sangat aktif dan lasak. Bila time dia bercakap tue, terserlah gaya kelasakan dia..hehe..jangan marah ya Pn Pinta..Pn memang yang terbaik  ^_^... 
(bukan bodek tau,,siyeesss nie )

Ok ok..But it crossed my mind that maybe she just wanna to sedapkan my hati jer ^_^. At last, bila sampai pagi tadi, sejuk je hati tengok tasik mines nie. Feels so tenang and cool. Dalam hati...yeayyyyy...bestnnyyyeerrrr...Fell in love with this new job place..

Tapi penempatan masih belum ada lagi so kami lepak di Computer Lab ( sekali lagi ) dan masih mengupdate data kami dalam sistem. 

Buat la apa-apa kerja yang patut. yang penting kami bersedia berkhidmat pada bila-bila masa je dari sekarang..