Sunday, 4 December 2011

Perancangan Sudah Berubah

Segala perancangan yang kurancang sebelum ini semuanya sudah berubah. Aku tidak mempunyai kata putus mengenai majlis perkahwinan ku nanti. Ya aku sedar semuanya akan ditanggung oleh ayahku. Tapi tak boleh ke mengambil kira pandanganku, kehendakku lagipun ini kan majlis untuk meraikan aku..

Majlis akan dilakukan di rumah. Segala perancangan yang kulakukan sebelum ini semuanya membuang masa. Benci betul...

Wednesday, 9 November 2011

Solat Sunat Dhuha

Dah lama tak update blog ni. Sejak akhir akhir ini rajin mencari doa doa dan ilmu agama untuk dibaca. Kemudian, En Tunang share Doa Dhuha by UNIC dalam youtube..Sebelum ini, memang ada nampak kawan sekolah selalu buat solat dhuha waktu nak SPM dulu. Tapi time tu, never bother nak amik tahu lebih lebih.. I wish I knew about this earlier..Jadi mencari dan mencari aku terjumpa blog ni (http://solatsunatdhuha.blogspot.com/). Artikel ini sangat berguna dan untuk menjadi peringatan untuk diri aku sendiri.. Aku abadikan dalam blog aku yang tak seberapa ini untuk manfaat kita bersama..
Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Sulaiman adalah seorang peniaga berusia 30 tahun. Dia menjadikan perniagaan menjual nasi lemak di beberapa kawasan. Tetapi setelah sekian lama menceburi bidang perniagaan, dia tidak pernah merasakan hasil penat lelahnya. Ini memburukkan lagi dengan perniagaannya yang semakin merosot. Walaupun telah mendapat nasihat daripada beberapa orang BOMOH dengan berbagai macam "PELARIS" yang di berikan, masalahnya tetap tidak berubah . Apakah amalan tertentu yang boleh dia amalkan ?
Apa yang di alami Encik Sulaiman dan mereka yang senasib boleh di atasi dengan amalan solat Dhuha.
Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.
Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.

CONTOH NAMA-NAMA WAKTU DALAM ISLAM

1. Maghrib : Sesudah tenggelam matahari dan permulaan hari
2. Isyak : Permulaan Malam
3. Lail : Pertengahan Malam
4. Sahur : Penghujung Malam
5. Fajr : Pancaran cahaya matahari semasa akan terbit
6. Syuruq : Semasa matahari terbit
7. Subuh : Pagi
8. Dhuha : Antara sesudah terpit hingga sebelum tertegaknya matahari
9. Istiwak : Matahari tegak di atas kepala
10. Zuhur : Setelah tergelincir matahari
11. Asar : Matahari condong ke barat
12. Ghurub : Tatkala matahari tenggelam

Islam menamakan setiap waktu-waktu ini untuk kemudahan umatnya dan agar mereka dapat mencari keistimewaan setiap waktu-waktu tersebut.
Antara kepentingan mengetahui waktu-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa untuk bertemu Allah . Bagi tujuan untuk menyembah Allah s.w.t , waktu itu terbahagi kepada tiga iaitu :
1. WAKTU WAJIB
Waktu yang telah di tentukan bagi kewajiban solat iaitu Maghrib, Isyak, Subuj, Zuhur dan Asar
2. WAKTU SUNAT
Waktu-waktu yang mana padanya disunatkan kita melakukan solat-solat sunat seperti Tahajud, Dhuha, Tasbih,Hajat,Istikharah, Gerhana dan lain-lain
3. WAKTU HARAM
Waktu-waktu yang di haramkan kita melakukan solat-soalt sunat adalah waktu-waktu tersebut adalah Syuruq, Istiwak dan Ghurub.


Solat Dhuha adalah antara waktu yang di berkati dan ditetapkan oleh Allah bagi hamba-hambanya yang mahu mendapat kekuatan jasmani dan kemurahan rezeki.
Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." 
(Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.
Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.
Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.


Firman Allah s.w.t
" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "
( Surah al-Maidah : 35 )

Wasilah yang di maksudkan di sini jelan bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t
Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.

Kesan solat sunat Dhuha kepada tubuh kita.

Antaranya :
Fadilatnya-Kekuatan Jasmani
Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.
Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

Setiap yang wujud dalam tubuh badan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.
Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati.
Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.
Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.
Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sahaja makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita.  
Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.
Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.
Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.
Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.
Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.
Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.

Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.


Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa'awwudz - 
Nabi biasa membaca ta'awwudz yang berbunyi:
"A'UUDZUBILLAHI MINASY SYAITHAANIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI"
"Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya, dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlaq)."
(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan dishahkan olehnya serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).
 
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. Bangun rakaat kedua dengan takbir.

Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup

Kemudian kalau dikehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di kehendaki.
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw: Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Home
Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda:

Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Monday, 7 November 2011

Rindu walau di depan mata.

Pernah tak korang rasa rindu pada seseorang tapi orang tu ada je kat depan mata kita. Tetapi kita tak boleh nak reach dia. Rindu sangat nak bergurau senda, keluar sama-sama dan berborak. Walaupun di depan mata, hati seolah terkunci nak bertegur. Lagi buat tak tahu, dia pun buat tak tahu macam tak ada apa apa yang jadi. Cemburu di hati bila dia lebih mengenali anak saudara dari keluarga sendiri. Semua yang pernah dilakukan diungkit kembali. Tetapi bila selalu kena tipu dengan anak saudara. Semuanya dilupakan seolah-olah tiada apa yang terjadi. Apa yang terjadi pada keluarga mereka sehingga mereka marah. Aku juga membaca lembaran luahan hati mereka kerana kecewa di perlakukan sedemikian, tetapi lupakah mereka juga melakukan itu kepada kamu. Selama 27 tahun aku hidup, rumah tidak pernah sepi time hari raya. 

Sejak ajid meninggal, semuanya sunyi. Tiada lagi kunjungan yang biasa seperti selalu. Terasa semuanya terpaksa membuat muka yang ceria, terpaksa tanpa rela. Di tambah lagi dengan perangai kamu yang melebihkan orang lain kecuali anak sendiri. Pernah aku menduga apakah makanan kesukaan aku? Tetapi sepi tanpa jawapan. Pernah juga kutanyakan apakah kelebihan yang ada pada setiap seorang daripada kami? Tetapi sepi tanpa jawapan. Tetapi ketika majlis perkahwinan anak saudara kamu, luncur sahaja bertanyakan apakah perancangan masa depan, bila nak sambung master, dengar cerita nak ke sana sini? Tahu tak ketika itu, hatiku terasa hendak menjerit kenapa tidak di tanya bila dan apa perancangan ku nak sambung master? Ya..memang aku cemburu..tapi memang patut aku cemburu..

Selalu mengintai di celah tangga melihat kamu lebih bahagia dan suka menghadap fb dari berborak dengan keluarga sendiri. Hatiku sayu. Membawa keluarga beriadah dianggap membuang masa tetapi menghabiskan masa di rumah saudara lain dianggap merapatkan silaturrahim. Menjemput keluarga pulang dari Pahang dikatakan membuang duit, membazir masa dan tol..Tetapi berulang alik ke Johor, ke Perak ke Kelantan, ke Sabah? Walaupun tidak pernah bagitau kemana. Namun aku tahu semuanya. Cuma aku diam jer.. Aku diam kerana tidak mahu sentiasa berselisih faham dengan harapan kamu melakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan. Tapi kamu lebih suka begitu. Keluar dan masuk sesuka hati. Kamu bangga dengan keadaan kamu. Kamu bangga dengan pangkat kamu. Kamu bangga dengan harta kamu.. Semua itu hanya pinjaman yang boleh ditarik sekelip mata. Harta kamu yang sebenar ada di depan mata.. Yang tidak kamu hiraukan..Jangan menyesal sekiranya semuanya terlambat..Kamu juga tidak kelihatan menyesal walaupun ajid telah tiada..

Dari dahulu mencari rezeki yang halal..Niatku dari dahulu adalah untuk membalas jasamu. Dan aku berterima kasih kerana kamu, aku berada di tempatku kini. Namun, aku jadi curiga dengan apa yang terjadi kini. Aku ni siapa? Kami ni siapa di pandangan mata kamu ? 

Aku sentiasa mengikut perkembangan diri kamu. Melihat kamu gembira di setiap foto foto baru dengan rakan-rakan kamu yang menjadi rakan keluarga ini juga membuatkan aku curiga. Tidakkan mereka peduli dengan apa yang terjadi pada kami. Mereka seolah olah menutup sebelah mata dan anggap "Tak jadi kat keluarga mereka, x apa lah"..
Aku juga mahu menangkap gambar bersama kamu seperti dahulu. Tetapi setiap kali kamu mengeluarkan kamera merah yang ntah asal dari mana kerana tidak pernah nampak kamu beli kerana mustahil kamu yang memilih kamera yang berwarna "MERAH" kerana itu bukan warna kegemaran kamu. Hatiku sakit..sakit sangat sangat...Bila gambar menunjukkan muka yang gembira, dan kamu juga dengan bangga akan tunjuk pada semua orang yang keluarga kamu langsung tiada masalah dengan apa yang kamu lakukan. Hatiku sakit bila terfikir hal ini.

Tidak lama lagi aku akan berkahwin. Aku cemburu pada yang lain yang menguruskan hari perkahwinan mereka dengan gembira. Berbincang dengan ahli keluarga. Tetapi kamu seolah olah tidak ambil kisah langsung mengenai persiapan. Kamu hanya tahu sudah bagi modal dan semuanya siap. Perjalanan persiapan majlis perkahwinan itu yang akan di kenang bukannya majlis yang hanya berlangsung selama 1 hari.
Bukan niat untuk menjawab ataupun kurang ajar..Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa kerana menulis entry ini. Tetapi apa yang dirasa perlu diluahkan. Kadang-kadang memang aku ada bagi SMS yang berbunyi agak kasar. Aku tahu bunyinya memang agak kasar dan keras. Tetapi bila cakap baik baik seolah olah dipijak dan tidak dihargai. Aku minta maaf. Aku teringin menyatakan "Minta Maaf" secara berhadapan dengan dia tapi aku tidak mampu. Hatiku keras.. Tatkala aku menaip ini pun, air mataku sudah bergenang. Hatiku sudah mula menahan sebak.

Aku juga follow blog kamu. Aku bangga dengan cara penulisan kamu, nasihat kamu. Tetapi kamu tidak pernah bercakap dengan kami seperti itu. Kamu memang orang  yang hebat dan memang pantas kamu disegani oleh ramai orang. Tetapi seandainya kamu berkata begitu kepada kami secara terus bukankah itu lebih baik.. 
Semua kebaikkan kamu masih ku ingat. Cuma apa yang sedang berlaku kini membuatkan aku keras kerana tidak mungkin aku mengalah dengan si penghasut berhati busuk itu. Tidak Mungkin....

Tika hatiku berbicara, aku merindu pada kamu walaupun kamu di depan mata.

Saturday, 5 November 2011

Apabila keluarga seperti orang luar

Kenapa jadi macam ni ? 

Kenapa bila balik rumah terus mengadap Facebook ? 

Kenapa apabila semakin kita maju, keluarga sendiri seperti orang luar yang tidak kita kenali. Tetapi kawan maya lebih dekat dengan kita.

Tika hatiku berbicara. Sedih bila melihat seseorang yang sangat saya sayangi, sangat saya sanjungi kini telah pun berubah. Minggu lepas janji nak pergi buat book catering sama-sama tetapi tup tup lepas sembahyang Jumaat, kelibat diri terus menghilang tanpa khabar. Update di facebook, dengan bangga menunjukkan berjumpa rakan-rakan seangkatan di Ipoh, Perak. Kawan-kawannya juga dengan bangga mengupdate di status facebook berjaya mengumpulkan rakan-rakan untuk berjumpa setelah sekian lama. Siapa di sebelah itu ? Itu bukan keluarga kamu yang akan bersama kamu ketika susah. Mereka cuma ada ketika kamu senang, Happy Moments. 

Sayu hatiku melihat gambar gambar itu semua. Siapa sebenarnya yang layak berada di situ. Yang pasti orang itu tidak layak berada di situ. Menumpang kasih, angkuh dan berlagak. Tidak sedar diri siapa, pangkat tidak akan dibawa mati. Semua ini pinjaman dari Ilahi yang boleh ditarik bila bila masa sahaja. Sekiranya kamu bangga dengan kecantikan kamu, ada yang lebih cantik daripada kamu. Sekiranya kamu bangga dengan kecerdikan otak kamu, ada yang lebih cerdik daripada kamu. Sekiranya kamu bangga dengan pangkat kamu, pangkat dalam kerajaan is nothing once u already pencen la..Tolong jangan nak berlagak okeh..

Bila balik ke rumah, aku pun jadi malas nak tegur sapa. Hati kecilku memang sedih tapi tengok dia sendiri pun macam tak kisah. Terus mengadap facebook, scan gambar gambar lama.. Then biarkan macam tu jer..Bukan nak masukkan balik dalam album.. Hatiku seolah di carik bila melihat album album lama berlubang lubang kosong kehilangan gambar.. Alasan tidak ingat gambar dari album yang mana satu langsung tidak boleh dipakai..

Benci...Benci..

Sedih...

Tidakkah kau rasa apa-apa setelah adikku pergi tahun lepas sebab rindukan kamu..Tidak demam..tidak sakit..tetapi lemah kerana O.K.U yang penumpang itu memanggil dengan nama CACAT..Tidakkah kau nampak dia sangat gembira apabila berjumpa dengan kamu sejurus sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Biarpun telah lama berlalu dan aku telah menerima hakikat bahawa adikku telah pergi..tapi aku tetap salahkan kamu sebagai PUNCA dia pergi..

Bila balik seperti orang luar yang tidak pernah kami kenali. Kini aku tidak mempercayai sesiapapun di antara rakan-rakan kamu. Semuanya muka tebal, dan berpura-pura.Hanya ada ketika senang dan di mana mereka ketika kamu susah dahulu.

Tika Hatiku Berbicara Keluarga Sendiri Seperti Orang Luar

Thursday, 27 October 2011

W~Prep - Baju Sanding

Semua b2b mesti dah fikir kan nak pakai baju sanding apa nanti during Big Day..Sekarang ni ada satu masalah yang ssssaaaaaaaaaaaannggggggaaaaaaaatttt besar...Nak pakai baju apa ni..??

I ni anak campuran...

Melayu + Bugis + Mandailing + Arab + Jawa 
 (banyaknyer campuran dah macam ABC dah)

Dua dua keluarga besar..

Adik beradik ayah ada 10 orang..

Adik beradik mak pun ada 10 orang...

Campur sedara mara lagi..

Nanti time majlis resepsi majoriti dari sebelah mak akan turun sini...Majoriti okayyy..Jadi majlis kena ada sikit adat sana n ada sikit adat sini sebab kalau nak buat banyak majlis banyak kali ikut adat masing masing pun boleh jugak..tapi yang akan tarik muka masam nanti..My dad la..hehe..sebab dia yang kena bayar bab catering..Bab yang lain lain tue I buat.. ^_^

Warna tema GOLD..

Dah tak boleh wat apa dah sebab bila orang tanya je memang spontan keluar warna Gold...tapi serius dalam kepala warna gold yang macam mana pun tak tahu nak cakap sebab warna untuk family mesti la warna lain kan..kalau family gold..pengantin gold..nanti orang tanya..Pengantinnya yang mana satu eh?? 

Tak bleh jadi nie..pengantin kena outstanding..Simple tapi menonjol dari orang lain...Betul tak ? 

Tapi my mom dah beli kain gold utk dia jadi mak pengantin nanti..hahaha...Bakal pengantin pun belum pilih lagi nak baju yang macam mana ...

Dah pening dah nie...

Googling time..

Nak baju macam nie..suka suka especially waist to top..

Nak Veil macam ni..penuh dengan Pearl Beads..

Wednesday, 26 October 2011

Pameran Pengantin by Urban Vibe Kembali Lagi

Sudah lama rasanya tak update pasal Pameran Pengantin sebab sibuk dengan persiapan untuk bertunang hari tu sampai dah tak larat nak follow pameran pameran ni semua..

Tapi kini Pameran Pengantin anjuran Urban Vibe kembali lagi..

Kali ini bertempat di SACC Mall, Shah Alam.

Pada 28 - 30 Oktober 2011.

Dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam.


Kali ni I wajib pergi untuk satu jer tujuan..iaitu nak survey kad buat kali yang terakhir dan booking catering.. I dah target 1 catering ni yang my mom sangat suka..sampai dah tak toleh kat catering lain..tapi price dia mahal sangat..Then dari bulan 5 dah dapat tahu dia akan join pameran kali..Jadi wajib pergi untuk dapatkan price n pakej yang menarik dari dia..Harap-harap catering tue tak tarik diri pulak nanti..Nanti I frusssttt....huhu..

Apa lagi..jom kita pergi Pameran Pengantin di SACC Mall, Shah Alam kali nie..

Jangan Lupa ^_^

Tuesday, 18 October 2011

Hanya Sebuah Drama Dunia

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Tabahkanlah hatiku,
Hanya Kepadamu Aku Berserah,
Maha Pengasih,
Lagi Maha Pengampun.

Akhir akhir ini terasa begitu sunyi,
Terasa begitu keseorangan,
Kepada siapakah lagi aku boleh berbicara,
Adakah kepada Si Nuyut, 
adikku yang comel dan kadang-kadang kuat membebel,
Tidak..
Tidak mungkin aku akan membebankan Nuyut dengan bebanku,
Adakah kepada Si Olan,
bakal suamiku yang mungkin memahami,
Tidak.
Tidak mungkin aku akan membiarkan Olan melihat kesedihanku,
Adakah kepada Si Cikut,
Kucingku yang suka bermain-main dan menemaniku di rumah,
Eerrr...mungkin tidak,
Kerana itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah....

Beban yang ditanggung begitu terasa,
Kepada siapa lagi harusku berpaling,
Disebelah kiriku kesunyian semakin menghampiri,
Disebelah kananku kegembiraan menanti,
Bagaimana harusku gembira di kala hati seseorang sedang menangis,
Tersepit di antara dua...

Drama Dunia,
Tidak akan pernah berakhir.

Ya Allah,
Kuatkanlah hati hambamu ini,
Supaya sentiasa ingat kepada-Mu,
Supaya sentiasa ingat semua yang terjadi,
Tidak Mungkin akan terjadi,
Dan ada hikmah disebalik semua yang telah terjadi,
Tanpa keizinan dari-Mu.

Amin.

Wednesday, 12 October 2011

Checklist: 7 - 5 Bulan sebelum majlis

Checklist: 7 - 5 Bulan sebelum majlis

Dah lama x update checklist nie..Selepas selesai acara bertunang hari itu, baru kelam kabut kira hari..n letak tickers dalam blog...(design blog sebelum ni tukar, jadi semua tickers n other checklist hilang..) hari hari tgk tickers, tgk makin lama makin dekat..n hari ini baru bukak checklist yang sepatutnya dibuat pada 7 - 5 bulan sebelum majlis..OMG!!! Masa dah tak banyak dah..Let's see what have I done so far..

  • Menghadiri kursus perkahwinan
Status:
Yours Truely
Dear Fiance
(tengah tunggu dia dtg K.L la ni..*_*)

  • Memilih MUA
Status:
Nikah - Done
Resepsi - Done
Bertandang

  • Memilih Photographer
Status:
Nikah - Done
Resepsi - Done
Bertandang
  • Memilih Videographer
Status:
Nikah - masih mencari
Resepsi - masih mencari
Bertandang
  • Entertainment
Status:
Tarian - masih mencari
Kompang - masih mencari
  • Decorator
Status:
Nikah - done
Resepsi -done
Bertandang

  • Caterer
Status:
Nikah - tunggu wedding fair 30 October nanti..
Resepsi - tunggu wedding fair 30 October nanti..
Bertandang
  • Canopy
Status:
Nikah - done
Bertandang
  • Finalized on Doorgift
Status:
Nikah - Nurul in progress
Resepsi - Nurul in progress
Bertandang

  • Guest List
Status:
Nikah - x buat lagi
Resepsi - x buat lagi
Bertandang
  • Stationary
Status:
Wedding Invitation - ?
TQ Card - ?

  • Honeymoon ( if any)
Status:- ?
Date
Place to go
Air Ticket
Accommodation

Banyaknya tak buat lagi..Especially guest list tue...Sebenarnya sebelum ni dah buat dah tapi list tu dah hilang sebab dah lama sangat kepam dalam fail..Kena buat yang baharu..Herm..Siapa je yang nak kena jemput ni..Tiba-tiba rasa macam ramai ke kawan aku yang akan datang ni? Berapa nak kena bajet? Eh? 

Ya Allah, permudahkan la perjalanan hamba mu ini .

Amin.!!

Tuesday, 11 October 2011

Dekorasi Pelaminan

Lagi selongkar dalam 88db.com dan jumpa dengan dekorasi yang agak simple dan sesuai dengan jiwa ini. Jadi sekiranya berminat, perlu menghubungi Ibu Erni di  talian 021-7382107, kalau import ke sini berapa agaknya kos nya..herm..

Apa-apapun enjoy..

Pintu Gerbang
Pelamin



I like them all...

Pelamin Angan-angan Part 2

Sebelum ni N3 pasal pelamin angan-angan tapi dari dalam Malaysia. Since I ni anak campuran..dah terlalu banyak campuran..medan, mandailing, arab, bugis, melayu.. Dah tak tahu dah nak guna konsep apa masa hari bersanding nanti. Jadi survey survey internet Pelaminan Indonesia dan terjumpa beberapa konsep yang sangat gojes..Pelbagai konsep yang digunakan mengikut adat masing-masing. 

Check it out..

Banyaknya bunga... loveliness
Credit to id.88db.com
Sangat simple

^_^
Simple tapi menarik
Gaya klasik
Penuh Cahaya

Simple jer

Setelah diperhatikan kesemuanya ada 6 kerusi atas pelamin tu kan..Ini sebab parents pengantin lelaki dan perempuan akan sama sama menemani pengantin dan menyambut tetamu di atas pelamin...Jadi senang nak cari tak payah nak cari cari ' Mana Mak atau Ayah pengantin ??'..Pergi je kat atas pelamin n tangkap gambar family...Kan mudah ^_^..dan hampir semuanya mempunyai daun daun dan bunga-bunga yang sangat banyak..kalau kat sini mesti dah beribu-beribu dah kos dia.. kena kumpul daun daun paku pakis dari sekarang ni..

*_*

Saturday, 8 October 2011

Lagi gambar tunang - Hantaran dari Lelaki

Credit to Hanim's Cake

Buah-buahan

Kain Baju Untuk Nikah

Sirih Junjung

Cincin Tunang ^_^

Lagi gambar tunang - Hantaran dari Perempuan

Coklat Ferrero Roche - Credit to Nurul sbb idea kreatif wat peti harta karun
Credit to Hanim's Cake

Credit to Geng Surau Mama for lovely Sirih Junjung
Credit to Betty n Shahirah
Credit to Nurul
Credit to Kakek n Embah dari Indonesia
Credit to Geng Surau mama

Tuesday, 4 October 2011

Monday, 3 October 2011

Lagi Gambar Tunang

Sementara masih panas..a.k.a H.O.T Stuff..meh kita upload picture tunang banyak-banyak... ^_^ ..nak upload kat FB takut rakan-rakan muntah hijau coz asyik upload gambar tunang..jadi I upload kat sini sbb ini page I n I bleh wat apa yang I suka...siapa nak muntah hijau sila klik pangkah di bucu kanan sekarang juga..

Thank You..

Me at the mini dais..the picture i love the most..nampak kurus...

Diri dekat dekat x apa...ahaha
Ada makcik sound tak bleh dok dekat dekat lagi...hehe...

Cake Hantaran from him

Wif Omputih + Hindustan..hehe..Kazen la..ANA

Ciuman Mesra dari mama

Papa n Mama.. assisted by Rakan-Rakan mama di Fasa 7



Buat sementara ni je dulu sebab yang lain ada kat adik..nanti nanti upload lagi ya...