Wednesday, 15 December 2010

::Start Packing Barang untuk pergi Orientasi::

Herm..Tarikh bermula 2 september 2010, dimana secara rasminya aku tamat kontrak buat U.S visa kat opis dan start lepak kat rumah aja. Teman karibku adalah facebook dimana sejak tarikh itu, segala-galanya ada facebook. Bangun tidur facebook,lepas makan facebook,sebelum tidur wajib tengok facebook jugak walaupun sekejap sahaja. Bila diingat semula, aku jadi leka berfacebook. Hanya jadi 'silent reader' untuk mengetahui perkembangan rakan-rakan semua.Cemburu pun ada juga sebab teringin nak join, tapi tak tahu topik apa boleh masuk sebab aku dah lama berada di laut dan sekejap di darat. Topik dah jadi lain. Lagipun kocek dah kering sebab time tu tak tahu lagi nak report duty naik kapal bila.

Termasuk hari ini, aku dah 3 bulan menjadi pengusaha facebook yang berjaya..*_*.. Berat badan aku pun dah naik lagi 10kg..semalam pergi medical check up ..66.5 kg..mak aih..pecah rekod nie..tak pernah lagi aku seberat ini...nak pergi exercise untuk kursus orientasi nanti..herm..mana sempat dah...dan sebenarnya kaki aku ada masalah kat ibu jari ..huhu..bengkak aunty kata kena cekam kuku sebab potong kuku pendek sangat( bukan alasan ya )..tak boleh pakai kasut sukan..seksa betul..sekarang baru nak baik. Taubat dah tak mahu potong kuku pendek sangat..Tu sebab aku letak posting simple tips camner nak hilangkan cekam kuku tue..^_^

Kena packing barang untuk 5 hari kursus orientasi. Tapi tak tahu program dia apa. Aku dah siap dah packing sebab weekend ni nak pergi Johor..Kawan kahwin..Aku paling suka pergi wedding sebab dapat jumpa kengkawan lama dan yang paling penting nasi minyak pengantin dia..eh dah melencong pasal wedding plak  nie..

Back to the topic, tapi aku packing barang macam nak bawa barang naik atas kapal 6 bulan..hahaha..Plan nak bawa baju kurung yang dah siap gosok je,terus bawa dengan hanger hanger dia skali.Bawa beg tarik satu,bawa back pack satu,bawa beg kasut satu,beg untuk baju basah jangan lupa..sabun basuh baju nak bawa sekali ke.jadi basuh baju kat sana tak payah nak bawa baju banyak sangat kan.Recycle je..

Tak per..Hari Esok Masih Ada...

No comments:

Post a Comment