Thursday, 9 December 2010

::A Famosa Resort, Melaka::Part 2::

Last minit punya plan, bangun pagi pagi baru kemas barang and then call A Famosa waktu dah bertolak dari rumah. Nasib baik masih ada kosong. Jadi tak payah risau dah pasal penginapan dan makan untuk 2 hari 1 malam. Time cuti cuti ni, mak teringin sangat nak pergi bercuti. Plan asyik postpone je sebab schedule tak masuk. Last2 nurul kena tinggal kat rumah sebab cuti dia dah habis..eheh..
Aku dan Ebi di hadapan A Famosa
Stay kat condo, ada  2 bilik, 3 katil queen size. Besar jugak tue, kalau bawa ramai-ramai lagi pun boleh ni.Petang pergi jalan-jalan cari makan kat town then balik prepare untuk pergi cowboy town n dinner di clubhouse.
En Cowboy

Aku

Pian bersama "sahabat" ^_^

Sapa mahu naik ini UNTA ^_^

Datang Jangan tak Datang ~_~
Enjoy tengok animal parade kat sana. Sangat suka ..suka..suka...

Hari ke-2, lepas breakfast, mama, pian dan ebi pergi main basikal. Aku dan bibik duduk lepak di lounge hotel tue jer, tak larat nak main basikal..hehe..Satu jam sewa basikal RM10 je, tapi deposit RM20. Jadi total RM 30 seorang.Bila dah pulangkan basikal, dia akan pulangkan balik duit deposit tadi. ^_^..
Round round dalam A Famosa Resort

Checkout pukul 12 tgh hari, lunch di Lakeview Restaurant, Animal Safari. Sepanjang perjalanan, sangat teruja tengok binatang yang sangat .sangat..jinak..terutama sekali kuda pony ^_^..
Aku dan Mama
 Show pertama sekali, Wild Wild West Show..Kagum tengok persembahan stunt diorang. Lepas tu, Wild Animal Show. Tak sempat tengok show ketiga sebab nak pergi naik gajah dan unta. *_*..

Yieha..d Wild Wild West Show

Awek Red Indian ~_~

Coming to d Rescue

Cuci - cuci mata kejap kat kedai Animal Safari then balik pergi cari hotel dekat town plak. And came across this hotel, Hotel Johan. Betul-betul tengah bandar dan kat depan hotel tue ada restorang IndOri.

Menu
 Ada ikan bakar, dan macam-macam lagi. Memang kenalah taste dengan mama ku. Kopi dangdut pun ada tau. Kalau nak tau kenapa, kenalah order satu di kedai ni. Sedap tau rasa dia ^_^.

Kopi Dangdut

Tropika Esteler
 Shopping di Jonker Streetcari tabung berbentuk makanan. Nurul pesan. Pergilah cari sebab dia tak dapat ikut kan. Kesian dia. Tapi tak jumpa juga sebab cuma ada time jonker walk waktu weekend aja. Ganti dengan hand bag untuk dia.
Jom shopping
 Waktu pergi, bahagian belakang kereta kosong je. Bila dah balik, penuh dengan barang-barang shopping..Nasib baik mama ada Toyota Avanza..Mekasih mama..Lain kali pergi cuti tempat lain pulak ya ^_^
Bibik,mama,aku n ebi  ( pian x der dalam ini picture ~_~)

2 comments:

  1. Wah..tahun ni sume melawat melaka ye??hihi
    I pn nak ke melaka juga on 18th ni.. :)
    Amboi Pian..da study kat Melaka pun xpuas lagi yek??hihihi

    ReplyDelete
  2. Erin,
    Agaknya la..Melaka semakin meriah..walaupun kecik, pusing banyak kali pun ada je benda yang tak pernah tengok lg ^_^...

    X lama lagi ada Disneyland plak *_*

    ReplyDelete