Thursday, 30 December 2010

::Happy New Year 2011::

Yeay..Hari ni cuti..Tiba-tiba rasa sayang sangat kat PM kita nie.. hehe.. Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan WELL DONE pasukan RIMAU..syabas..Semoga kejayaan ini akan membawa sukan bola sepak ke arah yang lebih baik daripada sekarang... Aku yang memang tak minat bola langsung pun tiba-tiba boleh ingat nama pemain bola dengan senang pada hari perlawanan rabu yang lepas ^_^ ..

Just nak wish

HAPPY NEW YEAR

2011
Wish that you all will have a great start and will achieve what ever you wish for in this new year .

Friday, 24 December 2010

::Dagang Net, Bangsar South::

Pagi pagi tadi aku dah bersemangat dah nak pergi gym,dah lama tak pergi. Tapi kena hantar adik aku pergi office dia dulu. Nurul tengah semangat nak tunjuk rupa office baru dia. Aku pun layankan aja lah.. Bila lagi nak layan kan adik aku yang seorang ni. Sampai office dia, rupa-rupanya dia sorang je yang datang office buat overtime,sebab kerja dia banyak sangat. Rasa kesian pula nak tinggalkan dia sesorang kat sini. Jadi dengan baik hatinya, ^_^, aku pun volunteer kan diri ini duduk kat office juga. ~_~ .

Oleh kerana kami berdua je kat office, aku pun dengan semangatnya buat PT10 kat sini..huhu..jadi la..dah alang alang complete ngan baju sukan ni. Tapi kamera tak bawa,jadi tak boleh nak letak gambar sebagai bukti aku bersenam di sini. Dah selesai 3 set,tumpang komputer adik mencatat entry ini..hehe..kiranya fresh dari office ni..

Dagang net adalah syarikat 'e-commerce trade facilititation' yang pertama di Malaysia. Antara servis yang dilakukan termasuklah eDeclare,ePayment,eManifest,ePermit,dan ePCO. Untuk maklumat lebih lanjut,boleh layari http://www.dagangnet.com/ .

Logo Syarikat

Sedikit sejarah mengenai syarikat ini. (dipetik secara terus dari laman web Dagang net ).

'Setiap minit, syarikat-syarikat besar dan kecil daripada perdagangan, kerajaan atau rakan kongsi logistik dengan Dagang.net untuk menjalankan perniagaan mereka. Dalam dunia perdagangan yang kompetitif,  tidak ada ruang untuk kesalahan, risiko dan penangguhan, walaupun keuntungan yang kecil, boleh mendorong anda maju pesat, memberikan keunggulan kompetitif maksimum.

Kerjasama dengan Dagang.net adalah semua tentang: memberi keuntungan, sehingga anda dapat  memanfaatkan sepenuhnya potensi perniagaan anda.

Sampai saat ini, Dagang Net telah melakukan lebih dari 275 juta transaksi elektronik dan RM1.8 bilion bayaran duti kastam. Sebagai pembekal pertama Malaysia, e-dagang terbesar dan paling mapan perkhidmatan, produk Dagang Net dan perkhidmatan luas dan tak tertandingi. Melayani lebih dari 5.000 pelanggan dan semakin meningkat, kami terus untuk mendapatkan kekaguman dan rasa hormat dari sezaman kami dan memuaskan pelanggan.

Dengan bermodalkan RM27 juta, Dagang.net ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mengatasi masalah dokumentasi-berkaitan yang menghalang perdagangan dunia. Dagang.net juga bermain sebagai peranan utama dalam Malaysia EDIFACT (Electronic Data Interchange Untuk Pentadbiran, Perdagangan dan Pengangkutan) Jawatankuasa, konsisten melibatkan Kerajaan Malaysia pada perubahan yang diperlukan untuk undang-undang dan peraturan-peraturan untuk mengaktifkan e-dagang

Office di Bangsar South
Dari logistik hingga ke manufaktur, dari peruncitan ke peringkat kerajaan, kami melayani pelbagai pelanggan, memperoleh keahlian yang berharga untuk sepenuhnya memanfaatkan e-dagang, membantu anda menjalankan perniagaan anda lebih cepat dan lebih tepat. Dengan teknologi yang paling terkini, ditambah pengalaman yang luas dan keunggulan,kini menjadi bukti untuk mendorong kita memberikan kesempurnaan. Inilah sebuah organisasi yang telah akan banyak membantu syarikat seperti milik anda melompat ke depan.

Hari ini, Dagang.net terus dipercayai pelanggan yang sentiasa aktif dan berpuas hati kerana memberikan kami  kami melakukan transaksi penting yang tak terhitung jumlahnya setiap hari.

Berbicara dengan kami. Kita akan tahu apabila hadir di Dagang.Net.'

Ditranslatekan oleh Ms Google * pengubahsuaian kata telah dilakukan oleh RS mengikut kesesuaian ayat kerana si adik bising translation secara terus oleh Ms Google yang ntah apa-apa...Tabik Spring pada dia sebab menyayangi Dagang.Net 
P.S:- bg la naik gaji sikit kat dier...^_^ ..hehe

Thursday, 23 December 2010

::Sekadar Coretan::

2.20 pm , 23/12/2010

Akhirnya,selesai sudah sesi Program Orientasi dan Penempatan PTD Batch 2 / 2010 di Kalumpang Resort, Hulu Selangor. Catatan ini ditulis diatas bas JPA sejurus pulang menuju Putrajaya. Pengalaman yang diperolehi sangat berharga sepanjang kursus 4 hari 3 malam. Walaupun ketibaan disambut dengan hujan yang agak lebat tetapi berakhir dengan cuaca yang redup. Seolah memahami kedatangan kami yang pada mulanya risau kerana agenda yang dirahsiakan,risau,takut tetapi berakhir dengan kegembiraan dan ketenangan kerana semua persoalan sebelum ini telah pun terjawab. Selamat Berkhidmat untuk Negara.

Profesional , Tekun , Disiplin

Go....Go....Go

Wednesday, 15 December 2010

::Start Packing Barang untuk pergi Orientasi::

Herm..Tarikh bermula 2 september 2010, dimana secara rasminya aku tamat kontrak buat U.S visa kat opis dan start lepak kat rumah aja. Teman karibku adalah facebook dimana sejak tarikh itu, segala-galanya ada facebook. Bangun tidur facebook,lepas makan facebook,sebelum tidur wajib tengok facebook jugak walaupun sekejap sahaja. Bila diingat semula, aku jadi leka berfacebook. Hanya jadi 'silent reader' untuk mengetahui perkembangan rakan-rakan semua.Cemburu pun ada juga sebab teringin nak join, tapi tak tahu topik apa boleh masuk sebab aku dah lama berada di laut dan sekejap di darat. Topik dah jadi lain. Lagipun kocek dah kering sebab time tu tak tahu lagi nak report duty naik kapal bila.

Termasuk hari ini, aku dah 3 bulan menjadi pengusaha facebook yang berjaya..*_*.. Berat badan aku pun dah naik lagi 10kg..semalam pergi medical check up ..66.5 kg..mak aih..pecah rekod nie..tak pernah lagi aku seberat ini...nak pergi exercise untuk kursus orientasi nanti..herm..mana sempat dah...dan sebenarnya kaki aku ada masalah kat ibu jari ..huhu..bengkak aunty kata kena cekam kuku sebab potong kuku pendek sangat( bukan alasan ya )..tak boleh pakai kasut sukan..seksa betul..sekarang baru nak baik. Taubat dah tak mahu potong kuku pendek sangat..Tu sebab aku letak posting simple tips camner nak hilangkan cekam kuku tue..^_^

Kena packing barang untuk 5 hari kursus orientasi. Tapi tak tahu program dia apa. Aku dah siap dah packing sebab weekend ni nak pergi Johor..Kawan kahwin..Aku paling suka pergi wedding sebab dapat jumpa kengkawan lama dan yang paling penting nasi minyak pengantin dia..eh dah melencong pasal wedding plak  nie..

Back to the topic, tapi aku packing barang macam nak bawa barang naik atas kapal 6 bulan..hahaha..Plan nak bawa baju kurung yang dah siap gosok je,terus bawa dengan hanger hanger dia skali.Bawa beg tarik satu,bawa back pack satu,bawa beg kasut satu,beg untuk baju basah jangan lupa..sabun basuh baju nak bawa sekali ke.jadi basuh baju kat sana tak payah nak bawa baju banyak sangat kan.Recycle je..

Tak per..Hari Esok Masih Ada...

Friday, 10 December 2010

::Malaysian Typing Speedtest::

Sangat teruja dengan application yang baru ini. Dapat dari sharing dalam PTD's 10 facebook. Nak tahu kepantasan anda menaip. Anda masuk ke website ini Malaysian Typing Speedtest . Dengan menguji kepantasan anda menaip, resume anda akan jadi lebih menarik kerana anda tahu di mana kelebihan anda. ^_^ ..




Ini adalah keputusan kepantasan menaipku. Rasanya tidak lah terlalu laju tapi better than before. Jom kita try testing ramai ramai...

Thursday, 9 December 2010

::A Famosa Resort, Melaka::Part 2::

Last minit punya plan, bangun pagi pagi baru kemas barang and then call A Famosa waktu dah bertolak dari rumah. Nasib baik masih ada kosong. Jadi tak payah risau dah pasal penginapan dan makan untuk 2 hari 1 malam. Time cuti cuti ni, mak teringin sangat nak pergi bercuti. Plan asyik postpone je sebab schedule tak masuk. Last2 nurul kena tinggal kat rumah sebab cuti dia dah habis..eheh..
Aku dan Ebi di hadapan A Famosa
Stay kat condo, ada  2 bilik, 3 katil queen size. Besar jugak tue, kalau bawa ramai-ramai lagi pun boleh ni.Petang pergi jalan-jalan cari makan kat town then balik prepare untuk pergi cowboy town n dinner di clubhouse.
En Cowboy

Aku

Pian bersama "sahabat" ^_^

Sapa mahu naik ini UNTA ^_^

Datang Jangan tak Datang ~_~
Enjoy tengok animal parade kat sana. Sangat suka ..suka..suka...

Hari ke-2, lepas breakfast, mama, pian dan ebi pergi main basikal. Aku dan bibik duduk lepak di lounge hotel tue jer, tak larat nak main basikal..hehe..Satu jam sewa basikal RM10 je, tapi deposit RM20. Jadi total RM 30 seorang.Bila dah pulangkan basikal, dia akan pulangkan balik duit deposit tadi. ^_^..
Round round dalam A Famosa Resort

Checkout pukul 12 tgh hari, lunch di Lakeview Restaurant, Animal Safari. Sepanjang perjalanan, sangat teruja tengok binatang yang sangat .sangat..jinak..terutama sekali kuda pony ^_^..
Aku dan Mama
 Show pertama sekali, Wild Wild West Show..Kagum tengok persembahan stunt diorang. Lepas tu, Wild Animal Show. Tak sempat tengok show ketiga sebab nak pergi naik gajah dan unta. *_*..

Yieha..d Wild Wild West Show

Awek Red Indian ~_~

Coming to d Rescue

Cuci - cuci mata kejap kat kedai Animal Safari then balik pergi cari hotel dekat town plak. And came across this hotel, Hotel Johan. Betul-betul tengah bandar dan kat depan hotel tue ada restorang IndOri.

Menu
 Ada ikan bakar, dan macam-macam lagi. Memang kenalah taste dengan mama ku. Kopi dangdut pun ada tau. Kalau nak tau kenapa, kenalah order satu di kedai ni. Sedap tau rasa dia ^_^.

Kopi Dangdut

Tropika Esteler
 Shopping di Jonker Streetcari tabung berbentuk makanan. Nurul pesan. Pergilah cari sebab dia tak dapat ikut kan. Kesian dia. Tapi tak jumpa juga sebab cuma ada time jonker walk waktu weekend aja. Ganti dengan hand bag untuk dia.
Jom shopping
 Waktu pergi, bahagian belakang kereta kosong je. Bila dah balik, penuh dengan barang-barang shopping..Nasib baik mama ada Toyota Avanza..Mekasih mama..Lain kali pergi cuti tempat lain pulak ya ^_^
Bibik,mama,aku n ebi  ( pian x der dalam ini picture ~_~)

Sunday, 5 December 2010

::Wanita, Kau Istimewa::

Gambar Hiasan dari Ms Google

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keselesaian ”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima tentangan,  yang seringkali datang dari anak-anaknya “

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh “

”Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “

”Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu “

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Artikel Ehsan dari Blog Erin Chika

::A Famosa Resort, Melaka::

A Famosa Resort, Melaka {Di mana semua mimpi jadi kenyataan}.

Ketika Melaka menjadi salah satu pusat komersial yang terkenal di Asia, tetapi nilai nilai  budaya, idea dan nilai senibina (architecture) masih dikekalkan di sini. Sebenarnya ia dinamakan berdasarkan monumen terkenal yang ditinggalkan oleh Portugis pada kurun ke-16 yang masih kekal sehingga ke hari ini di Bandar Melaka Bersejarah. Logo resort ini juga melambangkan bayangan yang berlatar belakangkan gerbang pintu masuk A famosa tersebut.


 Zaman itu mungkin telahpun berakhir namun telah dinilai oleh pelbagai peringkat bahawa ia adalah tempat rekreasi terkemuka untuk bercuti. Bertempat di laman 1300-acre di Alor Gajah, dikelilingi oleh perbukitan rolling dan sebuah desa yang subur, A'Famosa adalah tempat impian bercuti yang akan memikat indra anda, menenangkan saraf anda dan meninggalkan anda benar-benar segar dan diremajakan .

Salah satu hal terbaik tentang A'Famosa ialah lokasi strategik dari Jalan Raya Utara-Selatan-drive hanya setengah jam dari bandar bersejarah Melaka, 45 minit dari Kuala Lumpur International Airport dan sekitar satu jam dari Kuala Lumpur. Resor ini juga sangat popular di Singapura kerana hanya memerlukan masa dua jam dengan jalan untuk pergi ke sana dari Kota Singa. Sebuah mod alternatif perjalanan adalah melalui kereta api, mendarat di Stesen Kereta Api Tampin yang hanya beberapa minit naik teksi 10 minit.

Disebut-sebut sebagai tujuan one-stop untuk perniagaan dan kesenangan, A'Famosa menawarkan kejohanan antarabangsa 27-lubang lapangan golf, Haiwan sangat-diakui Dunia Safari, Water World Theme Park, Equestrian Club, Resort Hotel, Villas, Condotel, baik persidangan kemudahan Jamuan / dan banyak lagi. Itu salah satu daripada beberapa resort di daerah ini yang jujur boleh menuntut mempunyai 'sesuatu untuk semua orang tanpa memandang usia, apakah anda seorang pegolf avid, penyayang binatang, peminat sukan air, atau hanya seseorang yang menikmati melarikan diri, bahagia tidak bimbang dari hiruk-pikuk kehidupan bandar moden.

Kenapa tetiba aku cerita pasal A famosa ni.. Sebab aku nak pergi sana esok..Yeeaayy..Bercuti.. 

P/S: Thank you to Ms Google kerana telah direct translatekan kepada Bahasa Melayu dari laman web rasmi A Famosa.. hehe

::Hari Ahad yang Indah::

Kalau sebelum ni aku mengira hari bila lah surat nak sampai ni. Sekarang aku mengira hari bila lah nak pergi report duty. Hari jumaat lepas, aku ke Wisma Rekod buat medical check up. Lepas tu ingat nak pergi office hantar surat resign tapi jalan sangat sesak. Akhirnya aku sampai depan office pukul 6 petang, huhu.. Jadi aku pusing, masuk highway terus balik rumah cari dentist plak. Surat resign tu pun aku post je. Isnin kot baru sampai. Jadi sekarang ni, i'm officially resigned from MiSC. 

Ehsan dari Ms Google *_*
Hari ahad yang indah ini sebab semua sedang bersenang lenang lepak di rumah ^_^. Kedai tutup setiap hari ahad. Yeay.

Thursday, 2 December 2010

Perwatakan Mengikut Jenis Darah...

Golongan darah A
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang.
4. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai.
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.
.
Golongan darah B
1. Orang yang tergolong darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.
.
Golongan darah O
1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal.
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.
.
Golongan darah AB
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati.
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
Artikel ini  disalin dan ditampal daripada Suzanalelawatty. Terima kasih ya