Tuesday, 30 November 2010

::Thank You Mr Posmen::

Dari semalam aku baca posting dalam Group PTD'is 10. Dah ada dah yang dapat surat tercinta dari Mr. Posmen. Suspen seh.Patutla tak tenang je duduk kat kedai. Tapi alhamdulillah semalam rezeki murah di kedai. Dari pagi tiada customer. Semua orang keluar masuk cuma tengok tengok sahaja. Start lunch hour, ramai pula yang masuk dan start membeli. Kemudian sunyi lagi, lepas tiba-tiba ada seorang mamat Africa ni masuk, 'I'm looking for a dress for my mom, and her size is like me'. Alamak, size macam dia ka? Tinggi betul, ada ker size ni. Last2 aku panggil mak aku la. Layan punya layan semua yang mak aku tunjuk semua dia beli. Alhamdullillah, dia seorang dah boleh cover kedai untuk 3 hari. Mula-mula tu suspen juga, betul ke dia nie. Suruh mak aku bank in terus duit tue, jangan tunggu lama-lama. Balik je, mak aku senyum-senyum...Suka la tue ~_~ ..

Berbalik pada kisah Mr. Posmen. Yes. Surat yang aku tunggu dah sampai. Rasa macam nak menangis je tadi. Seronok sangat. 
Tak clear sangat sebab aku guna camera phone. Scanner tak da sebab kalau nak beli pun tak tau nak scan apa. Jarang pakai jadi rugi je beli simpan buat pekasam macam gadget aku yang lain tu...

Dalam surat tue, dia suruh lapor diri :-

Tarikh: 20 Disember 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan serbaguna
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kena siapkan barang nak pergi lapor diri pula. Yes yes...

2 comments:

  1. sy kene lapor diri 20hb gak.. surat dh smpi tp ada kat kg x sempat nk amek lg.. so xtau ape sbnrnyer nk kena buat, bwk.. dpt kat kmntrian asas tani jugak..

    ReplyDelete
  2. ermaharlina,

    kena buat medical check up, hantar borang jawapan pada JPA sebelum 14hb December dan Borang Jawapan SPA sebelum 19hb..Kalau nak masuk wisma putra kena buat esei dan hantar sebelum 14hb.

    Pls do check here

    http://www.facebook.com/?ref=home#!/home.php?sk=group_131839850202518&view=doc&id=137434766309693

    ada group untuk kita sama - sama membantu ...

    ReplyDelete