Monday, 22 November 2010

Kutipan tiket 2 Alam cecah 40 juta ???

Sepertimana semua rakyat Malaysia tahu, filem 2 Alam telahpun menggegar panggung pada 18 November 2010 yang lepas. Pada hari ke-2 tayangan, DDR telah mengeluarkan kenyataan didalam suratkhabar bahawa kutipan tiket mencecah RM2 juta pada hari pertama tayangan. Wau.Hebat tue. Kalah kutipan untuk Harry Potter..huhu ^_^ padahal tiket untuk Harry Potter full house dari hari pertama sampai sekarang.


Nak dijadikan cerita, pada hari sabtu lepas, aku dan Betty pergi tengok wayang tapi tak tahu nak pilih cerita apa. Sampai dikaunter,Betty nak tengok cerita Nyangkung (betul ker eja tue ) tapi tak keluar lagi, aku nak tengok Harry Potter tapi full house plak. Kesimpulan, tengok 2 Alam jer, nak tahu juga filem yang dikatakan bernilai 40 juta tue.Kami masuk lambat sikit sebab pergi makan kat Popeye dulu.^_^ . Panggung sangat penuh sewaktu kami masuk sehingga terpaksa berlanggar dengan penonton lain sebab seat kami di tengah tengah. ^_^...

5 minit yang pertama ~ erm..biler nak start movie niie...panjangnyer intro dier..
5 minit yang terakhir ~ ntah pa per ntah ending dia

 Nak cerita isi filem ni pun aku dah tak ingat sangat dah sebab memang tak bagi impak langsung. Sangat membosankan dan melayang RM 13 macam tu jer, baik pergi tengok Megamind..hehe..

Filem ni so far, bagi aku motif dah ada, mesej yang nak disampaikan sangat bagus tapi jalan cerita tak kuat dan tidak digarap dengan baik. GAGAL bermain dengan emosi. Macam tengok video karaoke pun ada, scene flash back dimainkan banyak kali..mungkin untuk cukupkan masa agaknya..

Persoalan yang timbul ,

1) Apa motif amy ngan bf dia tue (ntah apa nama watak tu) jalan jalan kat swimming pool. Buruk sangat scene tue. 
2) Amy kahwin ngan mat salleh, mat salleh tu siapa? apa jadi dengan dia sampai Amy balik Malaysia ?
3) Kenapa Adam bertukar jadi Amy ? tekanan, suka suka, pengaruh rakan ?

Banyak lagi yang aku nak persoalkan kat sini tapi lebih baik aku review perkara lain. Kepada mereka yang nak menyumbang kepada RM 40 juta, impian DDR tue, fikirlah baik2, kalau anda memang mempunyai duit yang sangat banyak dan tidak kisah untuk dilaburkan untuk filem yang ntah apa-apa ini, teruskanlah. Kalau tidak, aku cadangkan tengok cerita lain aja lah...

Updated

From:- Blog Beautiful Nara
Haa.. Yang ini statistic yang aku dapat dari blog Beautiful Nara..Menurut beliau, filem 2 Alam yang telah mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010...Jauh lagi perjalanan baru nak cecah 40 juta tue...tak tahu nak cakap apa..Tak apalah DDR yer.. Try buat filem orang kuruskan badan. Mesti pecah panggung habis..:)

No comments:

Post a Comment