Wednesday, 3 November 2010

Kenapa Nak Jadi PTD M-41

Kenapa nak jadi PTD M-41. Sebelum ini aku tak bother langsung dengan topik ini sebab lebih fokus macam mana aku nak jawab soalan-soalan exam tu. Tapi sekarang sebab dah lulus interview, ^_^ yeay, dan tiada apa yang aku lakukan setiap hari kecuali main sorority di facebook, and enjoy movie kat astro ( ini kerana sedang menikmati cuti ya..bukan suka suka menganggur -_- ). Jadi aku pun spent sedikit masa ( a lot sebenarnya ) mencari maklumat untuk persediaan yang diperlukan untuk selepas ini.

Tetapi tiada.Kebanyakan artikel lebih mengupas kenapa nak jadi PTD dan ramai juga yang memberikan pendapat masing - masing. Ada yang puas hati dan tidak kurang juga yang menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kenapa aku nak jadi PTD ?

Pertama sekali sebab dah memang bidang aku. Aku belajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM dan Sarjana Muda Sains Pentadbiran (kepujian). Lagipun mungkin mama n papa pun memainkan peranan juga. Sebab ayahku juga seorang PTD. Tapi orang selalu cakap, kalau ayah PTD, mesti anak pun jadi PTD sebab senang cari kabel. Ditegaskan disini, mana ada. Papa tak nak membantu langsung dan ini adalah kali kedua aku jawab exam PTD tue tau. Kali pertama dulu failed. Kali pertama aku jawab exam tu adalah pada 3 tahun lepas betul betul lepas tamat belajar. Tapi setiap perkara ada hikmahnya, aku memohon kerja di MiSC dan diterima. Mengikat kontrak selama 3 tahun untuk belayar menimba ilmu di negara orang. Aku adalah seorang di antara 10 orang perempuan yang menjadi Pegawai Tadbir Kapal (ship administrative officer ) waktu ini.

Aku menerima surat menduduki exam sekali lagi ketika sedang buat attachment di office. I try my luck again. Papa asyik bagi buku yang tebal2 pasal polisi lah, bajet negara lah, dan macam-macam lagi. Tiap-tiap petang balik dari kerja, aku dengar radio stesen "Bernama" especially segmen Kerusi Panas. Seronok juga dengar diorang mengupas isu semasa. Mr Hatiku juga sangat memberikan sokongan ^_^. Aku juga bersiap sedia pergi bersenam tiap tiap hari , bajet macam lulus jer nak pergi pre-PAC n lari 2.4 km. Aku ada menulis entry waktu ini. Sila klik :- Exam gred M 41

Aku lulus exam dan aku juga fit untuk lari 2.4 km tue. Tinggal sesi interview jer. Lagi banyak buku papa bagi pasal polisi negara. Semua aku baca tapi masuk kanan keluar kiri jer. Dah tak larat da. Ini entry yang aku buat dan gambar buku-buku yang aku kena baca. Sila klik :- Another weekend @ Home

Sesi interview aku adalah pada hari pertama, dan sesi pertama dan aku adalah orang yang pertama. huhu. Kenapa aku ? aku tidak bersedia lagi tapi terus masuk ke bilik interview. Dan sesi pun bermula. Aku petik dialog yang penting sahaja ya ^_^.

Panel: Berikan pendapat anda tentang isu Malaysia - Indonesia yang sedang berlaku sekarang since anda pun adalah mix dari kedua negara tersebut ?
Aku: Nasib baik aku dengar radio 'Bernama' pagi tadi yang mengatakan presiden Indonesia telah mengeluarkan beberapa ulasan supaya isu ini tidak berpanjangan. Jadi aku jawab lah dengan penuh confident.

Panel: Sebutkan rukun negara n kaitkan dengan PTD.
Aku: bla .. bla .. bla

Panel: Kenapa nak jadi PTD n kementerian mana nak join ? dan kenapa ?
Aku: bla .. bla .. bla

Panel: Gaji awak kan dah banyak kenapa nak join PTD lg ? Apa yang awak boleh aplikasikan dari kerja awak sekarang ni ke dalam kerajaan?
Aku: bla bla bla...

hehe..sorilah. Sebenarnya aku pun dah hampir lupa aku jawab tapi lebih kurang macam tue lah sesi tue. Tapi satu perkara yang boleh di advisekan. Kalau betul betul nak jadi PTD. Cari lah pengalaman kerja swasta dulu sebab bila kita masuk kerajaan. Banyak perkara kita boleh improvekan nanti sebab kita dah ada pengalaman. Aku pun belum dapat surat lagi nie. Setiap hari tunggu Mr. Posmen bilalah agaknya dia nak datang.. Doakan ya..

4 comments:

  1. alamak.. en Shahizal..kantoi plak ada blog..sebahagian la dari sebabnya.. ^_^

    ReplyDelete