Sunday, 28 November 2010

::Alahai..Mr Posmen::

Result PTD keluar pada 28 Oktober 2010. Hari ni dah 28 November 2010. Sebulan dah berlalu. Setiap hari aku menunggu En Posmen dirumah. Kalau perlu keluar rumah pun, aku akan pastikan aku keluar rumah selepas En. Posmen datang rumah..huhu..Betapa setianya aku menyambut En. Posmen setiap hari tetapi berita yang dibawa selalu menghampakan aku. Bila lah surat untuk aku ni nak sampai.

Aku yakin dan pasti, ramai rakan-rakan seperjuanganku yang lain juga menghadapi situasi yang sama sepertiku ^_^.. Setelah lama menunggu, founder group PTDis'10 iaitu Ibrahim Haji Yaacob invite untuk join group didalam FB. Ada juga perkara yang boleh dikongsikan bersama. Sama-sama menunggu jadi tak adalah sentiasa tertanya-tanya.



 Kepada rakan-rakan yang masih belum join lagi group ni. Sila klik PTDis'10 ataupun boleh bagi message kepada saya. Bersama-sama kita membantu untuk Berkhidmat utk Negara sebagai seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik =)

No comments:

Post a Comment