Tuesday, 30 November 2010

::Thank You Mr Posmen::

Dari semalam aku baca posting dalam Group PTD'is 10. Dah ada dah yang dapat surat tercinta dari Mr. Posmen. Suspen seh.Patutla tak tenang je duduk kat kedai. Tapi alhamdulillah semalam rezeki murah di kedai. Dari pagi tiada customer. Semua orang keluar masuk cuma tengok tengok sahaja. Start lunch hour, ramai pula yang masuk dan start membeli. Kemudian sunyi lagi, lepas tiba-tiba ada seorang mamat Africa ni masuk, 'I'm looking for a dress for my mom, and her size is like me'. Alamak, size macam dia ka? Tinggi betul, ada ker size ni. Last2 aku panggil mak aku la. Layan punya layan semua yang mak aku tunjuk semua dia beli. Alhamdullillah, dia seorang dah boleh cover kedai untuk 3 hari. Mula-mula tu suspen juga, betul ke dia nie. Suruh mak aku bank in terus duit tue, jangan tunggu lama-lama. Balik je, mak aku senyum-senyum...Suka la tue ~_~ ..

Berbalik pada kisah Mr. Posmen. Yes. Surat yang aku tunggu dah sampai. Rasa macam nak menangis je tadi. Seronok sangat. 
Tak clear sangat sebab aku guna camera phone. Scanner tak da sebab kalau nak beli pun tak tau nak scan apa. Jarang pakai jadi rugi je beli simpan buat pekasam macam gadget aku yang lain tu...

Dalam surat tue, dia suruh lapor diri :-

Tarikh: 20 Disember 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan serbaguna
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kena siapkan barang nak pergi lapor diri pula. Yes yes...

Sunday, 28 November 2010

::Kereta terbaik tahun 2010::

Tidak lama lagi aku akan memerlukan sebuah kereta untuk pergi ke kerja. Keluar awal pagi, merempuh kesesakan lalu lintas sudah mula terbayang didalam fikiranku. Iyalah. Selama 2 tahun lebih aku pergi kerja, tidak perlu semua itu.Start engine pun tak perlu sebab engineer kan ada..hehe..Itulah untungnya bekerja di dalam Kapal MiSC. Bangun tidur, mandi, pergi breakfast ( itupun ada orang dah sediakan ^_^ ) then report duty to the Master of the vessel.

Tetapi semuanya akan berubah. Aku sedang berfikir nak beli kereta apa ya ?? Tak mampu nak beli kereta mahal-mahal lagi. Yang penting jimat minyak dan maintenance kurang. Akmar beli kereta Toyota Vios. Aku pun dengar kereta Vios yang terbaik dari segi Fuel Consumption dengan Maintenance. Jimat bajet la sikit dan sangat berbaloi untuk 2nd value. Tapi kereta Kia Forte pun menarik juga. Betty beli kereta nii,jiranku Farhan juga ada kereta ni. Sangat canggih oooo dalam dia..suka suka..Tapi masih lagi berfikir sebab banyak benda nak buat next year yang memerlukan jumlah duit yang sangat banyak. Everything will happen next year ^_^. Nak beli sekarang pun tak boleh sebab tak ada slip gaji. Kan sedang menunggu Mr Posmen nie ..huhu

Kebetulan mereka pun baru umumkan Juara Kereta Terbaik Tahun 2010 ( The Best Car of the Year) di COTY Gala Dinner yang diadakan di The Saujana, Kuala Lumpur.Berikut adalah kereta yang terbaik mengikut kategori masing-masing.

1 - Entry Level Car 
Hyundai i10 1.25 kappa

2 - Compact Car
Ford Fiesta - (Hatchback/Sedan
3 - Family Car
Kia Forte
4 - Executive Car 
Hyundai Sonata
5 - Premium Executive Car (below RM300,000)
Volkswagen Passat CC
Overall Car of the Year 2010 – Volkswagen Passat CC


Best Design Award – Volkswagen Passat CC


6 – Premium Executive Car (above RM300,000)
Mercedes-Benz E-Class (E200 CGI)

7 - Limousine
Jaguar XJ
8 - Performance Car (below RM300,000)
Volkswagen Golf GTi Mk6
9 - Premium Coupe/Cabriolet
Audi A5 Coupe
10 – Compact MPV (Below RM150,000)
Perodua Alza
11 – Large MPV
Mazda 8

Ssangyong Stavic
12 - SUV (Below RM200,000)
Hyundai Tucson (2.4 L)
13 – Premium SUV
Mazda CX-7
14 - SUV (RM280,000 - RM350,000)
Mitsubishi Pajero

15 - SUV (RM350,000 and above)
Porsche Cayenne (S Hybrid)
16 - Pickup Truck (4x4)
Isuzu D-Max 2.5 Super Common Rail

17 - Pickup Truck (4x2)
Ford Ranger Double Cab 4x2 XL
Automotive Man Of The Year : Naza Group joint group executive chairman SM Nasarudin SM Nasimuddin

Congratulations to him. Need to start kumpul duit nak bayar deposit kereta untuk next year.





::Alahai..Mr Posmen::

Result PTD keluar pada 28 Oktober 2010. Hari ni dah 28 November 2010. Sebulan dah berlalu. Setiap hari aku menunggu En Posmen dirumah. Kalau perlu keluar rumah pun, aku akan pastikan aku keluar rumah selepas En. Posmen datang rumah..huhu..Betapa setianya aku menyambut En. Posmen setiap hari tetapi berita yang dibawa selalu menghampakan aku. Bila lah surat untuk aku ni nak sampai.

Aku yakin dan pasti, ramai rakan-rakan seperjuanganku yang lain juga menghadapi situasi yang sama sepertiku ^_^.. Setelah lama menunggu, founder group PTDis'10 iaitu Ibrahim Haji Yaacob invite untuk join group didalam FB. Ada juga perkara yang boleh dikongsikan bersama. Sama-sama menunggu jadi tak adalah sentiasa tertanya-tanya.



 Kepada rakan-rakan yang masih belum join lagi group ni. Sila klik PTDis'10 ataupun boleh bagi message kepada saya. Bersama-sama kita membantu untuk Berkhidmat utk Negara sebagai seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik =)

Monday, 22 November 2010

Kutipan tiket 2 Alam cecah 40 juta ???

Sepertimana semua rakyat Malaysia tahu, filem 2 Alam telahpun menggegar panggung pada 18 November 2010 yang lepas. Pada hari ke-2 tayangan, DDR telah mengeluarkan kenyataan didalam suratkhabar bahawa kutipan tiket mencecah RM2 juta pada hari pertama tayangan. Wau.Hebat tue. Kalah kutipan untuk Harry Potter..huhu ^_^ padahal tiket untuk Harry Potter full house dari hari pertama sampai sekarang.


Nak dijadikan cerita, pada hari sabtu lepas, aku dan Betty pergi tengok wayang tapi tak tahu nak pilih cerita apa. Sampai dikaunter,Betty nak tengok cerita Nyangkung (betul ker eja tue ) tapi tak keluar lagi, aku nak tengok Harry Potter tapi full house plak. Kesimpulan, tengok 2 Alam jer, nak tahu juga filem yang dikatakan bernilai 40 juta tue.Kami masuk lambat sikit sebab pergi makan kat Popeye dulu.^_^ . Panggung sangat penuh sewaktu kami masuk sehingga terpaksa berlanggar dengan penonton lain sebab seat kami di tengah tengah. ^_^...

5 minit yang pertama ~ erm..biler nak start movie niie...panjangnyer intro dier..
5 minit yang terakhir ~ ntah pa per ntah ending dia

 Nak cerita isi filem ni pun aku dah tak ingat sangat dah sebab memang tak bagi impak langsung. Sangat membosankan dan melayang RM 13 macam tu jer, baik pergi tengok Megamind..hehe..

Filem ni so far, bagi aku motif dah ada, mesej yang nak disampaikan sangat bagus tapi jalan cerita tak kuat dan tidak digarap dengan baik. GAGAL bermain dengan emosi. Macam tengok video karaoke pun ada, scene flash back dimainkan banyak kali..mungkin untuk cukupkan masa agaknya..

Persoalan yang timbul ,

1) Apa motif amy ngan bf dia tue (ntah apa nama watak tu) jalan jalan kat swimming pool. Buruk sangat scene tue. 
2) Amy kahwin ngan mat salleh, mat salleh tu siapa? apa jadi dengan dia sampai Amy balik Malaysia ?
3) Kenapa Adam bertukar jadi Amy ? tekanan, suka suka, pengaruh rakan ?

Banyak lagi yang aku nak persoalkan kat sini tapi lebih baik aku review perkara lain. Kepada mereka yang nak menyumbang kepada RM 40 juta, impian DDR tue, fikirlah baik2, kalau anda memang mempunyai duit yang sangat banyak dan tidak kisah untuk dilaburkan untuk filem yang ntah apa-apa ini, teruskanlah. Kalau tidak, aku cadangkan tengok cerita lain aja lah...

Updated

From:- Blog Beautiful Nara
Haa.. Yang ini statistic yang aku dapat dari blog Beautiful Nara..Menurut beliau, filem 2 Alam yang telah mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010...Jauh lagi perjalanan baru nak cecah 40 juta tue...tak tahu nak cakap apa..Tak apalah DDR yer.. Try buat filem orang kuruskan badan. Mesti pecah panggung habis..:)

Friday, 19 November 2010

:::Pelancaran Uniform MiSC yang baru:::November:::

Pada pagi ini, di Hotel Saujana Kuala Lumpur Subang, uniform MiSC yang baru telah dilancarkan. Acara ini telah dirasmikan oleh Captain Rajalingam Subramanian, vice president for fleet management services of Misc Berhad. 


Sebagai salah seorang warga seafarer, aku bangga menyarung uniform baru tersebut pagi tadi dan berdiri di atas pentas..( bangga seyh ..hehe) Lagipun rasanya ini adalah aktiviti terakhirku bersama MiSC Berhad. Rasa sedih pun ada juga. Captain Manuel tanya direct waktu breakfast sekali dengan dia,"Well Raja, when are you planning to go onboard again ?" . Aku hanya mampu tersenyum mendengar soalan tersebut. Nanti jawab salah nanti, yang susah aku juga.


Aku bergaya kat tepi tasik
Bukan senang nak dapat satu complete set attire. Tapi topi tue MiSC bagi pinjam je..huhu.. Dah try minta, tapi En Helmey tak bagi. Tak apa lah, janji dah ada kenangan bersama topi. Oh topi, aku merinduimu. huhu..
Aku bersama model yg lain. En Ikmal (2nd engineer),Syarila, aku, n cadet



MiSC. Terima Kasih kerana memberikan pengalaman yang sangat berharga buatku ^_^ ...

Wednesday, 3 November 2010

Kenapa Nak Jadi PTD M-41

Kenapa nak jadi PTD M-41. Sebelum ini aku tak bother langsung dengan topik ini sebab lebih fokus macam mana aku nak jawab soalan-soalan exam tu. Tapi sekarang sebab dah lulus interview, ^_^ yeay, dan tiada apa yang aku lakukan setiap hari kecuali main sorority di facebook, and enjoy movie kat astro ( ini kerana sedang menikmati cuti ya..bukan suka suka menganggur -_- ). Jadi aku pun spent sedikit masa ( a lot sebenarnya ) mencari maklumat untuk persediaan yang diperlukan untuk selepas ini.

Tetapi tiada.Kebanyakan artikel lebih mengupas kenapa nak jadi PTD dan ramai juga yang memberikan pendapat masing - masing. Ada yang puas hati dan tidak kurang juga yang menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kenapa aku nak jadi PTD ?

Pertama sekali sebab dah memang bidang aku. Aku belajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM dan Sarjana Muda Sains Pentadbiran (kepujian). Lagipun mungkin mama n papa pun memainkan peranan juga. Sebab ayahku juga seorang PTD. Tapi orang selalu cakap, kalau ayah PTD, mesti anak pun jadi PTD sebab senang cari kabel. Ditegaskan disini, mana ada. Papa tak nak membantu langsung dan ini adalah kali kedua aku jawab exam PTD tue tau. Kali pertama dulu failed. Kali pertama aku jawab exam tu adalah pada 3 tahun lepas betul betul lepas tamat belajar. Tapi setiap perkara ada hikmahnya, aku memohon kerja di MiSC dan diterima. Mengikat kontrak selama 3 tahun untuk belayar menimba ilmu di negara orang. Aku adalah seorang di antara 10 orang perempuan yang menjadi Pegawai Tadbir Kapal (ship administrative officer ) waktu ini.

Aku menerima surat menduduki exam sekali lagi ketika sedang buat attachment di office. I try my luck again. Papa asyik bagi buku yang tebal2 pasal polisi lah, bajet negara lah, dan macam-macam lagi. Tiap-tiap petang balik dari kerja, aku dengar radio stesen "Bernama" especially segmen Kerusi Panas. Seronok juga dengar diorang mengupas isu semasa. Mr Hatiku juga sangat memberikan sokongan ^_^. Aku juga bersiap sedia pergi bersenam tiap tiap hari , bajet macam lulus jer nak pergi pre-PAC n lari 2.4 km. Aku ada menulis entry waktu ini. Sila klik :- Exam gred M 41

Aku lulus exam dan aku juga fit untuk lari 2.4 km tue. Tinggal sesi interview jer. Lagi banyak buku papa bagi pasal polisi negara. Semua aku baca tapi masuk kanan keluar kiri jer. Dah tak larat da. Ini entry yang aku buat dan gambar buku-buku yang aku kena baca. Sila klik :- Another weekend @ Home

Sesi interview aku adalah pada hari pertama, dan sesi pertama dan aku adalah orang yang pertama. huhu. Kenapa aku ? aku tidak bersedia lagi tapi terus masuk ke bilik interview. Dan sesi pun bermula. Aku petik dialog yang penting sahaja ya ^_^.

Panel: Berikan pendapat anda tentang isu Malaysia - Indonesia yang sedang berlaku sekarang since anda pun adalah mix dari kedua negara tersebut ?
Aku: Nasib baik aku dengar radio 'Bernama' pagi tadi yang mengatakan presiden Indonesia telah mengeluarkan beberapa ulasan supaya isu ini tidak berpanjangan. Jadi aku jawab lah dengan penuh confident.

Panel: Sebutkan rukun negara n kaitkan dengan PTD.
Aku: bla .. bla .. bla

Panel: Kenapa nak jadi PTD n kementerian mana nak join ? dan kenapa ?
Aku: bla .. bla .. bla

Panel: Gaji awak kan dah banyak kenapa nak join PTD lg ? Apa yang awak boleh aplikasikan dari kerja awak sekarang ni ke dalam kerajaan?
Aku: bla bla bla...

hehe..sorilah. Sebenarnya aku pun dah hampir lupa aku jawab tapi lebih kurang macam tue lah sesi tue. Tapi satu perkara yang boleh di advisekan. Kalau betul betul nak jadi PTD. Cari lah pengalaman kerja swasta dulu sebab bila kita masuk kerajaan. Banyak perkara kita boleh improvekan nanti sebab kita dah ada pengalaman. Aku pun belum dapat surat lagi nie. Setiap hari tunggu Mr. Posmen bilalah agaknya dia nak datang.. Doakan ya..