Friday, 15 October 2010

:::Satu Lagi Omongan Kosong:::

Sudah lama agaknya aku tidak menulis blog. Ada kalanya terfikir sendirian, untuk apa blog ini. Kenapa aku menulis blog ? Oh rupanya sudah ku ulas sebelum ini. Tapi sudah pasti sebab utamanya adalah kerana tugas ku yang memerlukan aku untuk bertugas di luar. Blog ini adalah tempat untuk aku berkongsi pengalamanku ketika berada di negeri orang.

Tetapi bulan ini genap setahun aku berada didarat tidak bertugas di laut. Jadi tiada pengalaman yang dapat dikongsikan. Didarat tidak banyak perkara yang menarik yang berlaku padaku. Kebanyakannya adalah rutin harian biasa sepertimana mereka yang lain. Kini aku seperti mereka yang menganggur, mahu mencari kerja..Tetapi masih sayangkan MISC sebenarnya. ^_^.. Ku cuba cuba memohon melalui jobstreet tetapi withdraw kebanyakan application kerana rasanya masih belum bersedia. Cuma satu kubiarkan, application under consideration untuk satu resort terkenal di Melaka.

Jawatan sebagai pensyarah UiTM juga terbuka. Aku sudah mengisi borang dengan lengkap. Sudah kumasukkan kedalam sampul, tetapi belum ku pos lagi. Masih berfikir. Adakah aku sudah bersedia ??

Perniagaan online ku. Alhamdulillah, barang-barang ku sudah habis dijual tetapi bukan melalui online ^_^. Tetapi melalui jualan di UIA, Mardi dan Astuty Boutiqe. Modal telah dipusing semula dan barang niaga telah diberi kepada adikku di Melaka untuk test market di sana.

Esok salah seorang sahabatkan berkahwin, Tahniah ya.. Secara jujurnya, aku cemburu..Huhu * warning to Mr Hatiku *_* * eheh * tetapi juga memahami kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Aku sendiri sahaja perlu menguruskan banyak perkara dan masih banyak lagi yang belum selesai...

No comments:

Post a Comment