Thursday, 9 September 2010

::: Selamat Hari Raya:::

Akhirnya, Hari Raya berkunjung tiba. Selamat hari raya kepada semua sahabat, rakan-rakan, pakcik makcik ..hehe..

Tapi last minit something went wrong...Waaa..baju raya ku tak siap ....baju rayaku, mama n nurul tak siap lagi...Tailor cakap dah last minit, dia sakit pulak...huhu...akhirnya kene pakai baju lama balik..tak per..nasib baik masih muat lagi n masih mengikut tema warna keluargaku pada raya kali ini.. HIJAU...

Saturday, 4 September 2010

:::Balik Kampung Dah:::

Ari ni bibik dah balik kampung dah... Beshnyer dapat balik kampung.. Dulu pun aku ada kampung jugak walaupun hanya 15 minit perjalanan dari rumah..Tiap Tiap hari dapat balik kampung..  Tapi sekarang semua dah jadi kenangan semata-mata...

Dan aku pun dah secara tak rasminya sudah tidak bekerja lagi, jadi bakal mengganti bibik selama 2 minggu nie.. ohh... selamat berhari raya ya bibik.. Semoga semuanya ceria di kampung, it's time to visit my kazen yang dah selamat melahirkan baby.. Tak p tengok lagi...Mesti comel macam mama dia jugak..

Friday, 3 September 2010

::: Dah Nak Raya Dah:::

Dah lama tak update post baru kat dalam entry nie... Sangat sibuk dengan kerja tiap tiap hari kerja tak habis habis...2 hb September lepas, tamatlah kontrak sebagai executive kat HR MISC tue tapi kontrak untuk naik kapal tak habis lagi... Nak duduk diam diam jer sampai new year, agak agak office bagi ker tak...hehe..Kalau Standby Salary kena tarik pun tak kisah...dan 2hb September lepas jugak, pergi interview untuk PTD tue..tak tahulah lepas ke tidak...Reason pertama x mo naik kapal sebab kalau tak lepas interview, kene ulang balik stage yang pertama kan which is in November, kalau naik kapal sekarang, mesti office tak bagi balik sebab baru naik 2 bulan je kan kan...lagipun dah buat attachment 9 bulan dah, sebagai orang kapal, need a break half than the service in office..hehe..rules buat sendiri tue...

Raya dah dekat, semua orang dah ready untuk balik kampung..kampungku dekat sangat...tapi satu lagi jauh sangat...adoi...

Pagi pagi ni dah rasa sedih sangat, teringat kat Yazid... Rindu sangat kat dia.. Kalau dia ada kan bagus, mama jual baju melayu untuk budak budak sekarang.. Everytime pegang baju tue mesti terasa sangat.. Mungkin Aku yang paling terasa sebab Yazid meninggal di pangkuan ku.. Baju terakhir yang ku pakai waktu tue adalah Baju Kurung Tenun warna biru, sampai sekarang aku tak pakai lagi baju tue sebab akan teringat kat dia...

Kengkawan sekolah Hillcrest aku pun masing masing dah sibuk dengan aktiviti masing2.. Masing masing dah ada group dan keluarga masing-masing... Aku sebagai orang kapal kadang kadang terasa jugak sebab dah tak boleh berapa masuk ngan gaya mereka sekarang.Hanya sekadar menegur ketika terserempak...Memang mereka ada buat aktiviti berkumpulan, tapi buat apa aku ikut sekiranya dah tahu tak boleh membawa diri di dalam kumpulan tersebut kan...Kepada kengkawan semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya....

Last result, nak pergi bercuti....Matta Fair..here I come... Yeay