Sunday, 16 May 2010

::Kerdipan Malam di I-City, Shah Alam::

Keluarga dari sebelah mama datang ke Malaysia untuk menziarahi keluarga. Masih bertuah kerana masih mempunyai embah dan kakek. Owh. Embah itu maknanya nenek dan kakek itu maknanya atuk. Mama berasal dari Medan, Indonesia dan Mira dan adik-adik bangga menjadi anak kepada Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kami mempunyai dua negara untuk melancong :). Dan keluarga di sebelah Medan sangat rapat antara satu sama lain. Hubungan dengan saudara kat sini  pun rapat. Selalu bertanya khabar especially cucu Atok, Ana, Kak Ngah, Gra dan lain-lain yang selalu datang rumah. Tak larat nak sebut semua.Ramai sangat. Thanks to facebook and blogs. Hubungan kami sekeluarga dengan mereka tidak putus. :)


Salah-satu tempat Mira bawa mereka pergi jalan-jalan di I-City, Shah Alam. Nak bawa pergi tempat lain confirm mama dah bawa dah.Mira upload pic pic. Mungkin tak berapa cantik sangat sebab guna kamera handphone kesayangan Mira aja. Thanks to Alfian kerana menjadi cameraman pada malam itu.Ooopss..Silap..Pada Tengah Malam Hari Itu..hehe..


Kami berempat jenjalan menikmati cahaya lampu. Hehe..Ada lagi 2 org tapi tak mahu turun, mengantuk. Rugi la diorang tue..

Berehat sebentar ..hehe..
Nampak tak kitorang kat mana ???
Burung Merak

Pilih Pilih



Termenung jauh

Terima kasih ya embah, kakek dan keluarga di Medan kerana sudi menziarah kami.Walaupun kita jauh di mata, tetapi dekat di hati. Oops..Gambar kakek tak der erh...erm..Maaf ya kakek..Tak sempat ambil photo nya.. *.*..

Walaupun jam telah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, I-City masih meriah dengan kehadiran pelancong especially student la sebab dekat dengan UiTM kan. Jadi kepada mereka yang masih belum datang ke sini, datang lah sebelum kawasan ini dibuka sepenuhnya sebab kawasan ni masih lagi bersih daripada sebarang pencemaran. 

No comments:

Post a Comment