Saturday, 8 May 2010

:::Hari Ke-10 pemergian Ajid:::

Hari ini hari ke-10 pemergian Ajid. Semuanya sudah semakin pulih. Mama pun sudah semakin kuat.Nurul semakin kuat. Masing-masing telah kuat untuk melakukan aktiviti harian semula. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Mira yang terus memberikan semangat dan selalu ada ketika Mira sedang sedih.

Tetapi satu perkara yang paling ketara yang dapat Mira perhatikan sekarang adalah rumah ini semakin sunyi. Walaupun dapat cuti daripada office selama dua minggu. Mira sangat bosan dirumah. Tak tahu nak buat apa. Nak pergi gym, rasa macam belum sesuai lagi. Mungkin esok kot, trainer Mira pun dah tak call lagi mungkin dia faham Mira tidak mahu diganggu buat masa ini.

Hari ke-10 pemergian Ajid, Mira ada baca satu petikan bahawa kanak-kanak tidak akan disiksa dikubur melainkan amalan orang lain terhadapnya.

`Satu ketika Aishah lalu dikubur seorang kanak-kanak kecil dan beliau menangis, lalu ditanya: Apa sebab yang membuat engkau menangis wahai Ummul Mukminin? jawabya: Aku menangis anak kecil ini kerana kasihannya daripada siksa himpitan kubur.

Seterusnya mereka berdalilkan hadith riwayat Hannad bin al-Sariy dari Abu Said bin al-Musaiyib katanya:

Aku melihat Abu Hurairah menyembahyang mayat bayi yang belum pernah mengerjakan suatu kesalahan pun, lalu berdsoa’; Ya Allah hindarkannya dari azab kubur.

Menurut hadith dari Abu Hurairah mayat kanak-kanak tidak disiksa berdasakan amalan mereka sama ada meninggalkan ta’at atau melakukan maksiat, malah mereka  akan disiksa  disebabkan amalan orang   lain terhadapnya,   dalilnya maksud Hadith Rasul Allah s.a.w.;


Sesungguhnya mayat itu disiksa disebabkan tangisan ( ratapan) orang lain atas mayat itu.

Oleh itu tidak syak lagi bahawa didalam kubur itu terdapat berbagi kesakitan dan kerunsingan dan kesiksaan   disrasai menurut kesan sekitarnya, maka dengan itu disyariatkan supaya berdoa agar dihindarkan dariapda azab tersebut.

Petikan, Ibnu al-Qaiyim, Kitab al-Roh, hal. 238, Dar Ibnu Kathir.' Dari website: Siksa Kubur

P/S: Masih rasa sedih kerana ada sesetengah sahabat yang tiba-tiba tidak bercakap dengan Mira dan Mira sendiri confuse apa sebabnya. Tapi rasanya Mira tidak mengganggu hidup diorang sebab Mira sendiri sibuk dengan kehidupan Mira sebelum ini. Melainkan ada yang suka menyampaikan-nyampaikan cerita yang kurang enak didengar ataupun mungkin hanya hati Mira yang berkata demikian. Kalau ada, please jumpa Mira terus daripada dengar khabar daripada orang lain.


2 comments:

  1. Thanks for updating, insyaALLAH everything's going to be alright. Jangan lupa untuk teruskan doa buat Arwah Ajid, moga rohnya terus dirahmati Yang Esa.

    Cuti for 2 weeks ke? Ada kat rumah ke atau jaga kedai? Aku punya fon mengalami kerosakan lagi.. huhu Nanti aku call umah~

    ReplyDelete
  2. Ye dieda..Thanx a lot.

    Yeah. Cuti 2 weeks. Sudah ada project baru.Mungkin tiap tiap petang aku pergi Putrajaya belajar benda baru kat DC CNI la..

    Kalau nak join, Meh ler :)

    ReplyDelete