Wednesday, 12 May 2010

:::Berniaga di MARDI :::

Mira sibuk membuat persiapan untuk berniaga di Mardi pada hari sabtu ini. Sebenarnya ini kali pertama Mira bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuka gerai. Risau pun ada juga takut tiada sambutan nanti. Kalau sebelum ni dapat sokongan kuat daripada kawan-kawan mama. Mama sangat hebat sebab mempunyai kawan-kawan yang hebat dan sentiasa ada memberikan sokongan. Sesetengah orang kan susah nak dapat sokongan walaupun daripada saudara mara sendiri. Tambahan lagi mama kan anak perantau. Mama pun semakin tabah mengharungi dugaan dan sentiasa memberikan senyuman walaupun hatinya sakit. :) .

Sajer buat N3 hari ni sebab nak list down perkara yang perlu diselesaikan hari ini. Jadi esok boleh double check dan tak perlu terkejar-terkejar cari barang nanti.

Senarai yang perlu ada untuk gerai di MARDI:-

1) Khemah
2) Meja
3) Barang Jualan ( Baju dari Astuty Collection especially Kebaya)
4) Palang
5) Bracket
6) Plastik putih
7) Plastik jualan
8) Extension 
9) Cangkuk
10) Besi Penyangkut Baju
11) Lampu
12) Alas Meja
13) Aper lagi erk..nanti tambah kalau ingat

P/S Updated notes: -Bazaar semalam tak dapat pergi plak sebab ada beberapa masalah teknikal.Tapi malam pergi juga tengok prestasi rakan seperjuangan Mira. Bawa adik-adik dan bibik sekali.

1 comment:

  1. Perniagaan yg mempunyai plan pasti segalanya mudah kemudian hari... :)

    ReplyDelete