Saturday, 1 May 2010

:::Al-fatihah:::

Hari ini baru dua hari insan yang disayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. Al-fatihah buat adikku Raja Qamarul Al-Yazid. Beliau telah pergi pada 29hb April 2010..Majlis tahlil yang berlangsung pada hari ini telahpun selesai dan masing masing telah pulang ker rumah. Mira mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada mereka yang sudi menghadirkan diri.Jasa anda semua tidak dapat ku balas. Adikku Ajid, nama manjanya, baru sahaja 9 tahun, masih banyak perancangan yang telah kurancangkan bersama-sama adikku yang lain untuknya. Namun, Allah lebih menyanyanginya.

Mira baru sahaja pulang dari kerja.Dan hari itu, Mira memang balik lambat sebab menyiapkan kerja yang telah lama tertangguh untuk bercuti selama 3 hari. Hari Jumaat adalah hari cuti gantian untuk  1hb Mei 2010 - Hari Pekerja. Sedang Mira berehat, Yazid baru sahaja lepas makan malam, Mira rasa suhu badan Yazid. " Dah kebah agaknya demam budak nie" Mira bercakap dalam hati. Dia pun dah diam, dah tak batuk batuk.Mungkin dah nak baik lagi pun tadi papa ada peluk dan dukung dia buat sementara. Bibik cakap Ajid nampak gembira sangat papa dukung dia.Tapi mata hitamnya hampir hilang, hanya mata putihnya sahaja yang kelihatan. Mira mendukung Yazid dan rasa badannya sangat lemah. Yazid perlu dibawa segera ke hospital. Tapi Mira tak tahu jalan short cut pergi ke wad kecemasan.

Mira bawa Yazid pergi ke Gombak Medical Centre sebab yang paling dekat dengan mira tapi orang kat sana suruh bawa pergi GH terus. Yazid dah lemah. Cuba hubungi ayah, tetapi talian tidak diangkat. Doktor cakap nafas Yazid dah tiada. Dengan segera ke hospital ikut jalan yang mira tahu. Tapi, Ya Allah, jalan jem teruk, Traffic light asyik warna merah sahaja. Kereta yang lain tidak memberikan laluan..Mira menjeling ke belakang. "Yazid, sabar yazid.. Sikit lagi kita sampai." Sampai sahaja di wad kecemasan, doktor memberikan bantuan pernafasan selagi termampu. Tapi sudah terlambat. Yazid sudah pergi. Yazid sudah pergi. Terima kasih kepada seorang hamba allah yang telah meminjamkan handphone nya untuk mira hubungi mama." Mama, Yazid dah tiada, cepatlah datang".. Dapat mira dengar mama meraung di dalam kereta. Nasib baik Nurul ada.

Sedang menghubungi saudara-mara yang lain untuk memberi tahu mereka sambil menangis, ada seorang kanak-kanak memerhati dari jauh dan datang mendekatiku, " Kakak, kenapa kakak menangis?"Pilu hati Mira mendengar soalan dari kanak-kanak itu. Mungkin kanak-kanak itu sebaya Yazid." Kakak, Jangan menangis ya" Aduh, lagi sayu mendengar nasihat daripada seorang insan yang masih kecil lagi itu.

Mama sampai dan meraung melihat tubuh Ajid yang terbujur kaku di atas katil wad kecemasan. Nurul pun menangis. Tidak lama kemudian papa sampai dan uruskan urusan untuk membawa jenazah ajid pulang.

Segalanya sudah tertulis. Sudah tertulis Mira berada disini, bukan jauh berkhidmat di atas kapal, Nurul juga belajar dirumah untuk exam, Pian dan Ebi juga sama. Ajid pergi meninggalkan kami sekeluarga. Al-fatihah untuk beliau.Yazid, kami menyanyangimu.

5 comments:

  1. mira.. salam takziah,semoga arwah ditempatkan di syurga Allah..

    ReplyDelete
  2. Tersentuh hati bace.
    Takziah Mira. Kuatkan semangat, banyak2 doa.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. AIdah n Melissa :- Thank you

    ReplyDelete
  4. alfatihah..
    sabar la banyak-banyak..
    tumpang tanya, arwah ni adik raja alfian ke?

    p/s: br terperasan pix arwah macam pernah tengok.

    ReplyDelete
  5. Erin,

    yerps...dah memang betul la tue...

    *baru terperasan komen ini *_*

    ReplyDelete