Friday, 16 April 2010

:::Temuduga terbuka 18hb April 2010 :::

Sudah lama agaknya Mira x buat entry yang baru... Termasuk hari ni dah sebulan lebih Mira bertugas di HQ MiSC membantu Pn. Rosma untuk U.S Visa..Satu pengalaman membantu para pelaut membuat visa ni. Ada ayng mudah tanpa memberi sebarang alasan untuk terus memohon. Tapi ada juga yang memberikan seribu satu alasan. Ada juga pelaut yang offer Mira masuk MLM lagi..hehe..Macam-macam ragam yang Mira dengar. Tak kurang juga yang marah Mira sebab visa lambat siap. Tapi tolong la, bukan salah Mira ya. Diharap masing-masing bersabar dan tunggu jawapan dari U.S Embassy. Mereka akan hubungi anda sebaik sahaja permohonan anda diluluskan. :)

Bermula minggu depan, tugas Mira akan bertambah buat sementara. Ini kerana my supervisor cuti 2 minggu dan Mira akan ambil alih tugas dia buat sementara sahaja. Semalam dia hand over selama satu hari sampai pukul 8 malam baru balik dari office. Banyak nya report yang dia kena buat. Adoi..Mira anggap jer sebagai satu cabaran.. Sebab report yang dia buat terus direct pergi ke VP. ( habis la Mira kalau salah buat ) ...Berdebar tunggu hari ISNIN nanti.. Mira harap tiada apa-apa.

Oh.. Semalam di office mira dapat satu mesej kepada mereka yang berminat untuk mencari kerja. Ada temuduga terbuka akan dilakukan. Ada 10 majikan yang akan terlibat.Semua maklumat seperti berikut:-
 
Aktiviti Tarikh : 18.4.2010 (Ahad)
Masa : 12.00 tengahari - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung Jalan Melati,Bukit Beruntung, 48300 Rawang,Selangor. 


Semoga Berjaya !!!!
 

No comments:

Post a Comment