Sunday, 18 April 2010

:::Hantu Kek:::

Dari minggu lepas lagi Mira tetiba nak makan Cheese Kek.Tiba-tiba je tekak ni teringin sangat nak makan kek dari hari sabtu lepas. Tapi ditangguhkan sebab baru je lepas makan Nasi Ayam Manchongkam. Kalau setiap hari makan makanan yang diidam-idamkan, bagi Mira, tiada kepuasan bila kita dapat makan pun. Jadi tiap-tiap hari sewaktu ditempat kerja Mira asyik terfikir pasal Cheese Cake. :)

Akhirnya, semalam, 17 April 2010, Mira pergi makan Cheese Cake dengan Akmar. Kebetulan dia ada di rumah minggu ni. Lepas tu, dah alang-alang ajak Akmar pergi cuci mata dekat IKEA. Banyak betul benda baru. Dah lama Mira tak menjejak kaki kat IKEA tu.Akhirnya, ada jugak Secret Recipe dekat situ. Jadi apa lagi. Cheese Cake Satu !!!

My Classic Cheese

Akmar Chocolate Indulgence

Sedap betul cake lepas seminggu mengidam..Yang lucu, sejak semalam, hari ni pun makan kek lagi. Sebab Utama Kedai KEK KING CONFECTIONARY buat promotion sale pulak..ADoi...40% discount to any product yang mereka jual. Apa lagi kebetulan Birthday Mira dan adik sedara Mira jatuh pada bulan 4 dan pada minggu yang sama walaupun selang 4 hari sahaja bezanya. Mira pun belanja makan kek lagi pada hari ini.


Romance Cream Cheese Cake  


 Chocolate Cake

Fifa and Her Cake

Suka budak ni dapat kek. Tapi sebab kek yang dijual dibawah harga promotion. Rasa dia pun faham faham jelah. Boleh diterima lagi. Mira cuma nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada semua yang dilahirkan pada bulan April nie.

Mira pernah jumpa seseorang yang dilahirkan pada tarikh yang sama dengan Mira. Unik sungguh ciptaan tuhan. Perangai Mira dengan dia lebih kurang sama. Lebih kurang panas baran, tetapi kami berdua sukakan warna yang sama dan hampir tiap tiap hari memakai baju warna yang sama. Lucu juga bila dikenangkan semula. Kasut pun brand yang sama - CAMEL. Tapi dah pasti la jenis yang berbeza. Nak dipendekkan cerita, kami senang ngam dengan satu sama lain.Tapi masih ada perbezaan. Mungkin dia berfikiran lebih jauh dari Mira. Ye lah. Dia kan lelaki. Betul tak..Mira jumpa dia pun sewaktu bertugas di atas kapal. Agak-agak boleh ke jumpa orang lain yang sama tarikh lahir dengan Mira lagi. ~~Wondering~~

No comments:

Post a Comment