Saturday, 10 April 2010

:::ExAm Gred 41:::

Setelah beberapa entry, penulis menulis dalam bahasa inggeris, rasanya teringin berubah angin membuat entry didalam bahasa melayu pula..grammar masih terumbang ambing.. :) ..Jika tidak mencuba, sampai bila kita harus menunggu betul tak ???

Pagi tadi, penulis telah pergi ke Sek. Men. Seksyen 4, Kota Damansara untuk menduduki peperiksaan Gred 41.. Bermula tahun ini, peperiksaan ini akan digabungkan untuk 12 jawatan Gred 41 sekaligus..

Sesiapa yang inginkan maklumat mengenai peperiksaan khas ini bolehlah klik di sini Tips PTD . Blog ini menyediakan banyak maklumat mengenai tips tips yang diperlukan untuk menjawab peperiksaan dan banyak perkara lagi. Walaubagaimanapun, semuanya masih bergantung kepada diri anda sendiri untuk lulus didalam peperiksaan tersebut. Bersedia awal adalah lebih baik daripada last minit. Jangan jadi seperti penulis, terlalu banyak maklumat sehingga bercampur aduk semuanya. Dan akhirnya, semua yang dijawab bercampur aduk, tidak teratur. Adoi..

Bagi yang tidak berjaya, anda masih boleh terus berusaha. Masih ada peluang di hadapan anda. Cuba lagi bulan November okay...



 

No comments:

Post a Comment