Tuesday, 20 April 2010

:::Hantu kek Versi 2:::

Hari ni hari kedua Mira buat dua tugas, balik lambat lagi. Dah lah hari ni harijadi Mira, kena balik lambat pulak.Nak siapkan kerja cepat tapi tadi ada lawatan CEO plak dan jamuan makan kat Level 18. Seronok betul dapat kambing panggang. Dah lama mengidam nak makan kambing puas puas macam waktu kat atas kapal dulu. Akhirnya dapat juga di harijadiku..Hehe.. Best betul...

Crew-crew kapal yang datang office hari ni semua langkah kanan sebab tak tahu pun sebenarnya ada majlis makan-makan hari ni. :) rezeki diorang la agaknya tu.. Dah puas makan baru datang kat mira buat U.S Visa.Tapi Mira tak sempat lah nak tangkap gambar.

Akhirnya, hari ini Mira balik sangat lambat dan sangat penat. Mama dah beli kek kat rumah tunggu Mira nak potong kek. Dapat kek lagi hari ni..haha..Dari hari sabtu sampai hari ni, tiap tiap hari kek. Nasib baik tak jadi macam hantu kek kat TV3 tue..haha.. Yang tu lagi lah parah..Kalau trainer Mira tau mesti dia bising nie sebab tiap tiap hari makan kek.. :)

Sunday, 18 April 2010

:::Hantu Kek:::

Dari minggu lepas lagi Mira tetiba nak makan Cheese Kek.Tiba-tiba je tekak ni teringin sangat nak makan kek dari hari sabtu lepas. Tapi ditangguhkan sebab baru je lepas makan Nasi Ayam Manchongkam. Kalau setiap hari makan makanan yang diidam-idamkan, bagi Mira, tiada kepuasan bila kita dapat makan pun. Jadi tiap-tiap hari sewaktu ditempat kerja Mira asyik terfikir pasal Cheese Cake. :)

Akhirnya, semalam, 17 April 2010, Mira pergi makan Cheese Cake dengan Akmar. Kebetulan dia ada di rumah minggu ni. Lepas tu, dah alang-alang ajak Akmar pergi cuci mata dekat IKEA. Banyak betul benda baru. Dah lama Mira tak menjejak kaki kat IKEA tu.Akhirnya, ada jugak Secret Recipe dekat situ. Jadi apa lagi. Cheese Cake Satu !!!

My Classic Cheese

Akmar Chocolate Indulgence

Sedap betul cake lepas seminggu mengidam..Yang lucu, sejak semalam, hari ni pun makan kek lagi. Sebab Utama Kedai KEK KING CONFECTIONARY buat promotion sale pulak..ADoi...40% discount to any product yang mereka jual. Apa lagi kebetulan Birthday Mira dan adik sedara Mira jatuh pada bulan 4 dan pada minggu yang sama walaupun selang 4 hari sahaja bezanya. Mira pun belanja makan kek lagi pada hari ini.


Romance Cream Cheese Cake  


 Chocolate Cake

Fifa and Her Cake

Suka budak ni dapat kek. Tapi sebab kek yang dijual dibawah harga promotion. Rasa dia pun faham faham jelah. Boleh diterima lagi. Mira cuma nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada semua yang dilahirkan pada bulan April nie.

Mira pernah jumpa seseorang yang dilahirkan pada tarikh yang sama dengan Mira. Unik sungguh ciptaan tuhan. Perangai Mira dengan dia lebih kurang sama. Lebih kurang panas baran, tetapi kami berdua sukakan warna yang sama dan hampir tiap tiap hari memakai baju warna yang sama. Lucu juga bila dikenangkan semula. Kasut pun brand yang sama - CAMEL. Tapi dah pasti la jenis yang berbeza. Nak dipendekkan cerita, kami senang ngam dengan satu sama lain.Tapi masih ada perbezaan. Mungkin dia berfikiran lebih jauh dari Mira. Ye lah. Dia kan lelaki. Betul tak..Mira jumpa dia pun sewaktu bertugas di atas kapal. Agak-agak boleh ke jumpa orang lain yang sama tarikh lahir dengan Mira lagi. ~~Wondering~~

Friday, 16 April 2010

:::Temuduga terbuka 18hb April 2010 :::

Sudah lama agaknya Mira x buat entry yang baru... Termasuk hari ni dah sebulan lebih Mira bertugas di HQ MiSC membantu Pn. Rosma untuk U.S Visa..Satu pengalaman membantu para pelaut membuat visa ni. Ada ayng mudah tanpa memberi sebarang alasan untuk terus memohon. Tapi ada juga yang memberikan seribu satu alasan. Ada juga pelaut yang offer Mira masuk MLM lagi..hehe..Macam-macam ragam yang Mira dengar. Tak kurang juga yang marah Mira sebab visa lambat siap. Tapi tolong la, bukan salah Mira ya. Diharap masing-masing bersabar dan tunggu jawapan dari U.S Embassy. Mereka akan hubungi anda sebaik sahaja permohonan anda diluluskan. :)

Bermula minggu depan, tugas Mira akan bertambah buat sementara. Ini kerana my supervisor cuti 2 minggu dan Mira akan ambil alih tugas dia buat sementara sahaja. Semalam dia hand over selama satu hari sampai pukul 8 malam baru balik dari office. Banyak nya report yang dia kena buat. Adoi..Mira anggap jer sebagai satu cabaran.. Sebab report yang dia buat terus direct pergi ke VP. ( habis la Mira kalau salah buat ) ...Berdebar tunggu hari ISNIN nanti.. Mira harap tiada apa-apa.

Oh.. Semalam di office mira dapat satu mesej kepada mereka yang berminat untuk mencari kerja. Ada temuduga terbuka akan dilakukan. Ada 10 majikan yang akan terlibat.Semua maklumat seperti berikut:-
 
Aktiviti Tarikh : 18.4.2010 (Ahad)
Masa : 12.00 tengahari - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung Jalan Melati,Bukit Beruntung, 48300 Rawang,Selangor. 


Semoga Berjaya !!!!
 

Saturday, 10 April 2010

:::ExAm Gred 41:::

Setelah beberapa entry, penulis menulis dalam bahasa inggeris, rasanya teringin berubah angin membuat entry didalam bahasa melayu pula..grammar masih terumbang ambing.. :) ..Jika tidak mencuba, sampai bila kita harus menunggu betul tak ???

Pagi tadi, penulis telah pergi ke Sek. Men. Seksyen 4, Kota Damansara untuk menduduki peperiksaan Gred 41.. Bermula tahun ini, peperiksaan ini akan digabungkan untuk 12 jawatan Gred 41 sekaligus..

Sesiapa yang inginkan maklumat mengenai peperiksaan khas ini bolehlah klik di sini Tips PTD . Blog ini menyediakan banyak maklumat mengenai tips tips yang diperlukan untuk menjawab peperiksaan dan banyak perkara lagi. Walaubagaimanapun, semuanya masih bergantung kepada diri anda sendiri untuk lulus didalam peperiksaan tersebut. Bersedia awal adalah lebih baik daripada last minit. Jangan jadi seperti penulis, terlalu banyak maklumat sehingga bercampur aduk semuanya. Dan akhirnya, semua yang dijawab bercampur aduk, tidak teratur. Adoi..

Bagi yang tidak berjaya, anda masih boleh terus berusaha. Masih ada peluang di hadapan anda. Cuba lagi bulan November okay...