Saturday, 16 January 2010

Ingatkan hari ini dapat keluar ngan Akmar, tapi akhirnya terpaksa cancel last minute. Akmar kena balik kampung awal pagi. Then, kebetulan pula kedai kat UIA PJ tiada orang yang jaga. My mom pun tak dapat pergi jaga pagi sebab ada hal, semua apa yang terjadi ada hikmahnya, jadi aku lah dengan rela hatinya pergi merelakan diriku ini untuk pergi menjaga kedai.( Cewah, ayat bukan main lagi ). Tapi sebelum pergi tue, keluar breakfast ngan sorang kawan sekolah ni, merangkap jiran kawasan perumahan aku juga. Dah lama x berborak dengan dia seperti biasa. Ye lah, semua orang ada hal masing masing kan bila dah semakin dewasa ini. :) Borak punya borak, sebenarnya aku dah lambat pergi kedai ni, tapi sebab da lama x berborak dengan dia, aku buat tak tahu je dengan masa, akhirnya dia pun terpaksa beransur jugak sebab ada kerja kat opis dia... Hari sabtu pun ada keje kat opis...Komited habis dengan kerja dia...then aku pun beransur pergi ke kedai...

Sebab dah seminggu pergi kesana tiap-tiap hari, dah tak terasa sangat jauh, rasa macam sekejap jer dah sampai ke destinasi...Tetapi hari ni, sangat sunyi, mungkin student ramai dah balik rumah ataupun keluar weekend outing. Kitorang para peniaga nie, dah rasa sangat mengantuk, nasib baik dah kenal sesama sendiri, jadi macam satu keluarga. Jadi tak adalah rasa bosan sangat. Kalau rasa penat sangat menunggu, aku pun berjalan dari satu tent ke satu tent yang lain, melawat diorang..hehe... tiap tiap khemah ada macam macam ragam... Tapi tent yang paling best, tent yang ada kat tengah, sebab tent dia warna biru, jadi sejuk je, tak panas sangat...ramai yang lepak kat tent ni... hehe ..termasuklah aku...diorang kata 'tent peniaga yang paling beriman, sebab tu sejuk' hehe...ye ler...

Cuma satu je kelemahan buka bazaar kat sini.. Organizer buat bazaar seminggu, tetapi rupanya tiada event yang dijalankan, jadi customer tak ramai, ramai peniaga yang tutup awal sebab diorang tak dapat bernafas nak bayar duit sewa tapak pun tak mampu....kesian betul...ada juga peniaga yang datang direct dari Perak, baru 2 hari buka, dah balik...Lepas tue, skang ni musim student Matrikulasi UIA tengah final exam...sebab tu sunyi....Tetapi walau apa pun, terima kasih jugalah pada organizer sebab memberikan peluang kepada kami para peniaga untuk mencari rezeki kat sini..Cuma mungkin timing tue tak berapa kena..Jadi harap organizer lepas nie, lebih teliti bila nak menjalankan sesuatu projek di masa depan... :)

No comments:

Post a Comment