Friday, 15 January 2010

Hari Hari Yang Berlalu

Yeay, Ajid dah balik... Pagi tadi hospital scan kepala Ajid then doktor kata kepala Ajid tiada masalah urat saraf. Mungkin sebab dia dah lama tak exercise, tiba tiba exercise berat, mungkin badan dia terkejut, sebab tu dia macam takut takut sikit... Alhamdulillah, semuanya selamat. Jadi tiada apa-apa yang perlu dirisaukan lagi...Ajid pun dah balik rumah and skang tengah nyenyak tidur dengan Nurul..Kakak kesayangan dia tue...

Bisnes pagi tadi kat UIA PJ tue pun okay..Ramai la jugak yang membeli setelah 4 hari berkampung disana. Mungkin mereka baru tahu bazaar. Sebab memang tiada aktiviti pelajar yang berlaku sepanjang hari penjualan. Walaupun bazaar tu terletak betul betul di hadapan asrama pelajar, ramai pelajar yang tidak aware mengenai perkara tersebut sampai lah hari ini. Sewaktu tengah deal ngan sorang customer ni tadi, dia cakap la sebenarnya timing untuk kitorang berniaga di situ salah sebab ini awal bulan.Januari lagi...Banyak duit telah dihabiskan untuk anak-anak sekolah dan sebagainya. Betul juga apa yang dikatakan itu. Tapi me balas balik bagitau customer tue, nak buat macam mana, organizer yang offer tapak, jadi kitorang, peniaga cuma mengambil peluang yang datang, mana tau dapat rezeki....tak tahulah pulak yang sebenarnya memang tiada event pelajar yang dilakukan sepanjang minggu ni.. dan kebetulan pula, student plak bagitau diorang tengah nak menghadapi final exam plak..jadi kebanyakan student yang ada lebih senang balik rumah time weekend ataupun lebih selesa duduk di asrama masing masing study....herm...mcm tu la pula... Tapi tak apalah. kalau ada rezeki tak kemana kan.. Jadi alhamdulillah, tadi memang ada sambutan .. Tapi kebanyakan nya pun membeli T-shirt muslimah design baru....

Cakap pasal T-shirt muslimah ni pulak...Harga dia RM 25 jer sehelai..dah kira sangat murah dah tue..walaupun ramai juga yang jual T-shirt yang sama, tapi yang buat dia berbeza adalah jalur jalur garisan yang di bahagian lengan dan di bawah baju... Jadi walaupun ramai peniaga yang jual baju brand yang sama ( agaknya dari pembekal yang sama kot ) tapi jalur yang ada memang berbeza... Jadi tidak mengganggu penjualan peniaga yang lain..Kalau ada rezeki, customer datang ke kita, tiada masalah....

Esok nak pergi tengok wayang dengan Akmar pula..Walaupun dah start cuti dah nak masuk dekat 2 bulan, tapi tak jumpa Akmar lagi sampai sekarang..Marah pula dia...hehe..Maaf yer Akmar...esok kita g dating ergh..hehe...ok lah..nanti esok sambung lagi...okies...

No comments:

Post a Comment