Sunday, 10 January 2010

Aktiviti Sewaktu Cuti

Seronoknya dapat cuti lama... Semua kengkawan pelik naper cuti lama sangat... Ye la.. Dah namanyer pun keje berbulan-bulan straight tak der cuti... Padan la kalau dapat cuti pun lama lama jugak kan... :)


Apa jer aktiviti nak buat time cuti cuti nie ??? 2 bulan yang pertama cuti habis.. Sekarang ni tengah stand by... jadi aktiviti yang dilakukan pun lebih pada aktiviti nak mencari income la..nak cover balik cost cost yang telah dihabiskan time cuti bebetul hari tue... Shopping sakan.. haha

Salah - satu aktiviti yang paling disukai, blogging la... walaupun ni adalah post yang pertama.. :) .. sebelum ni banyak baca blog orang lain sebab nak tau konsep yang macam mana diorang tulis blog nie.. Macam - macam blog ada ... tapi lain kali sumer blog blog yang disukai tue akan di tag skali so that boleh dikongsi bersama....

Aktiviti lain plak, tolong mak jual baju kurung and baju kebaya dll di UIAM, Gombak.. Jemput jemput la datang boleh bagi harga special kalau datang sini ... sebut jer tinta merah..nanti orang bagi harga spesial... *.*...Buka kiosk setiap hari, jadi time nak spend masa ngan kengkawan susah sikit, sebab malam jarang bleh keluar.. Kalau setakat pergi kedai mamak depan rumah ni boleh la.. tapi kalau selalu jumpa kat situ pun, habis modal untuk berborak agaknya... Ye la, aktiviti orang kan rutin, jarang jumpa orang lain, jadi kalau berborak ...tak der idea nak borak apa sangat kan.. :( ....


Lepas tue, sekarang ni pun berat dah bertambah.. segan nak jumpa orang sangat..huhu.. ye la..jauh sangat beza dari dulu. Bukan x nak diet, dah cuba dah, tapi bila x dapat result macam orang lain dapat, jadi frust.. Biler dah frust, tu yang semakin banyak makan tue.. Bersenam.. Ramai jugak yang suruh bersenam... Kengkadang tu ada jugak pergi, tapi lagi banyak tak pergi daripada pergi... hehe... biler tengah bersemangat, hujan plak...biler sedang bermalas - malasan, time tue cuaca cantik jer... lepas tue seronok kalau dapat pergi joging sesorang, tapi kengkadang tue, rasa macam tak secure pun ada juga.. plan nak pergi register gym.. gym yang dekat Wangsa Walk yang baru buka tue.. Celebrity Fitness.. Ada sesiapa tak yang dah register kat situ..?? Camner, ok tark..??

No comments:

Post a Comment